39 | Bab 39

803 56 0
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku

"APA tujuan kau datang ke sini?. Tak puas lagi hati kau nak balas dendam dengan keluarga aku?"

Suara garau daripada ayah Naufal mengejutkan aku. Aku mula bangkit daripada buaian dan memandang wajahnya sekilas meskipun aku tidak nampak. Aku membuat muka tidak faham kepadanya. Dia mengeluh lalu duduk di bangku di depanku.

"Duduklah"  aku akur lalu mengambil tempat berhadapan dengannya. Mukanya dilapisi dengan kulit dan bermisai.

Gentar. Itu yang aku alami sekarang.

"Apa maksud tuan?. Saya tak faham"  kataku.

"Aku tak tahulah apa tujuan kau. Tapi, kita pernah berjanji yang aku atau kau tak akan berjumpa lagi dan saling tidak balas dendam. Adakah kau datang rumah aku ni sebagai salah satu metos untuk kau balas dendam dekat Naufal?"

Kata lelaki itu dengan lancar. Aku menggigit bibir bawahku bagi menahan tawa. Aku ada buat salah ke.

"Maafkan saya. Tapi, saya tak ada sebab nak balas dendam dengan keluarga tuan selepas apa yang telah berlaku pada saya. Diri saya. Saya dah lupakan semuanya. Dan saya tak akan ingat balik"

"Apa maksud kamu?" soalnya. Aku cerita semuanya ketika aku dilanggar ketika 16 tahun dan hilang semua ingatan sehingga insiden aku jatuh di lapangan terbang Subang sehingga aku menjadi buta.

Aku takkan buta kalau mak Qayyum tak hempuk aku kat dinding. Sebab dialah aku buta. Sampai sekarang aku rasa berdendam dengan dia. Haish. Tekup mulut cakap 'tak baik tak baik'.

"Tak mengapalah kalau begitu. Tapi, kalau kamu dah ingat, aku harap yang kau akan lupakannya" ayah Naufal bangkit lalu masuk ke dalam rumah. Aku pula tercegat di luar rumah.

Aku mengeluh sebelum turut masuk ke rumah dengan mood yang tak sekata. Apa yang telah aku buat?.

'Banyak gila manusia berdendam dengan aku'

"Meow-"

"Siti"

°°°

"MAMA rasa Naufal kena kahwin"

Naufal yang sedang minum air oren buatan adiknya tersedak di hujung kerusi. Dia mencapai tisu di meja lalu mengelap sisa air yang tertumpah. Haish, mama ni.

"Mama.... Perlu ke bincang perkara ni sekarang?. Kalau boleh, biarlah sampai keadaan reda" keluh Naufal.

"Baik bincang sekaranglah abang. Bila bincang sekarang mana tahu nanti adik dapat anak buah lebih cepat ke apa?. Kan mama kan?" Haidar menyampuk.

"Kamu pun apa kurangnya. Dah berumur takkan tak mahu kahwin lagi. Nak tunggu janda dari jiran sebelah ke apa?" kata ibunya dalam nada sindiran.

Naufal tergelak. Namun, apabila tersedar dengan pandangan maut oleh ibunya, terus dia terdiam.

"Mama bukan apa. Mama tak nak dengar orang-orang sekeliling kita perasaan yang anak mama ni bawa anak dara keluar ke hulu ke hilir. Mana taknya mama tak risau. Lagi-lagi dengan Mak Guyu. Ratu gosip kawasan kita. Aish, bawang live punya owner pulak. Pastu-"

Blind Girl Where stories live. Discover now