27 | Bab 27

786 62 4
                                    

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku


Beberapa hari kemudian.

AKU masih setia di sini. Aku merasakan seolah-olah aku tidak berguna lagi di dunia ini. Apa yang harus aku lakukan?, kadang-kala aku merasakan aku seperti orang gila yang meratapi orang yang sudah tiada lagi. Haish, kenapa dengan aku?. Tangan dikepal lantas ditumbuk ke dahi.

Lapangan terbang KLIA masih menjadi tatapanku setiap hari. Hari demi hari berlalu, aku masih di sini dan cleaner pun boleh cam dah aku ni. Nasib aku pakai baju lelain je setiap hari.

Pasti, dari pukul 6 pagi hingga 10 malam, aku akan tunggu di sini. Aku menanti akan kepulangan Qayyum. Aku rindukan dia. Aku mahukan dia! Ke mana dia pergi sebenarnya atau aku je yang salah dengar?.

Surat-surat yang dikirim oleh Qayyum aku sentuh. Aku rindukan dia. Aku ukir senyuman tawar. Sekurang-kurangnya aku masih ada makanan. Makanan aku ialah tangisan.

Bangku besi yang aku duduki mula diambil orang. Aku mula mengusap air mata yang mengalir. Malu kalau orang perasan yang aku ni, terlalu gila menangis di tengah-tengah orang ramai.

Beberapa saat kemudian, aku selesai mengelap. Ekor mataku gatal bebenar ingin memandang wajah insan di sebelahku. Namun, aku diamkan sahaja. Jika tidak, nanti dia fikir aku gila.

Insan sebelahku mengenakan kemeja biru tua. Ah, warna kegemaran aku. Aku pantang bebenar kalau ada orang pakai baju biru. Seluar pula dikenakan dengan seluar berwarna hitam. Kasut?, aku syak sneaker. Gayanya sempoi sahaja. Hatiku terdetik yang mungkin dia sedang menunggu seseorang.

Lama kami berdiam, lagipun dia tidak mahu mulakan bicara. Haish, kenapa aku begini hari ini?. Dup dap sahaja hati ini.

"Hmm, cik?. Boleh pinjam telefon kejap?" insan di sebelahku mula memandang aku. Kepala diangkat dengan pantas dan satu kerutan aku hadiahkan. Apa dia nak tadi?

"Apa dia?. So-sorry saya tak dengar tadi. Apa yang awak nak tadi? "

"Telefon awak. Saya nak pinjam kejap, lagipun telefon saya dah habis bateri. Saya nak call adik saya sekejap nak pastikan dia dah sampai ke belum"

"Oh.. Kejap" tanpa rasa sedikit gusar, aku menghulurkan telefon aku kepadanya. Dia mengambilnya dengan sopan lalu mendail nombor yang tidak dikenali.

"Nah, terima kasih"

Setelah beberapa detik, dia hulurkan balik. Aku tersenyum tawar.

"Lia!"

Telingaku menangkap satu suara. Apabila aku berpaling, Imran sedang tersengeh kerang busuk menuju ke arah aku. Mata dijuling ke atas.

Apa lagi jantan ni nak?.

"Kenapa ni hah sayang? Jomlah balik. Dah dah lah meratapi orang yang dah tak ada lagi.."

Nafasku tersekat pada kerongkong. Apa dia cakap tadi?. Meratapi orang mati.

"Ehem ehem. Encik Hazrul Imran, kau dah kenapa datang sini hah? And, jangan kau berani eh nak cakap meratapi orang yang dah tak ada. Tolong sikit! Kau ingat ni drama? Pergi kau! Aku tak nak tengok muka kau!" herdikku. Hatiku mulai panas.

"Eh, aku datang sini semata-mata cari kau Aulia! Apa kau merepek ni hah? Dah memang jantan tu takde dah kan? Entah-entah dibawa ke segi tiga bermuda. Haha.. " Imran tergelak.

Blind Girl Where stories live. Discover now