part 50(Tamat)

70 1 0
                                    

"Keunggulan cinta..dari sinar mata..yang bergelora.. hati di taman berbunga..

Tuk! tuk! tuk!

"Siapa pulak yang datang tu? haih!" kata Bob. Terbantut keasyikannya menyanyi. Batang bulu ayam yang di buat gitar olok-olok itu di letak. Dia pun pergi membuka pintu kedai.

"Assalamualaikum,bro Jali ada tak?"

"Waalaikumsalam..ada..ada,bro Jali tengah baring kat sofa dalam. Masuklah" pelawa Bob sambil tersenyum dan bersalaman dengan lima orang pemuda metalhead berambut panjang. Biasalah,kedai jual t-shirts band-band metal begitu memang ramai bebudak metalhead je yang datang.

"Ahah gua rasa gua kenal lu orang..band Pemusnah kan?" teka Bob.

"Hahaha iye la kot" jawab Adam,si penyanyi kumpulan tersebut. Yang lain-lain senyum dan angguk-angguk je.

"Pergh! bro Jali cakap lu orang punya level dah macam international punya thrash metal band. Hari-hari dia dok spin demo korang 'Thrash em All' tu" kata Bob.

"Besa-besa je bro..kami tak hebat pun,huhuhu" kata Boey si pemain drum sambil keluar sikat kutu. Badannya chubby berpipi tembam.

"Boey! ko jangan buat hal boleh tak?. Kang melekat kutu-kutu rambut engko kat baju-baju dalam kedai ni" kata Zuky gitaris.

"Huhu gatal doh. Dia merayap dah ni.."

"Simpan lah ngok! malu kat orang. Ke nak aku bakar je rambut ko tu? selesai masalah" kata Adam berbisik-bisik kat Boey.

"Ko Dam..dari cerita thrash em all  sampai ke cerita ini pun kejam tak sudah huhu" kata Boey sambil simpan sikat kutu dalam poket. Bob rasa lucu pulak dengan bebudak band Pemusnah ni.

"Sebenarnya kita orang nak print out t-shirts band dengan bro Jali pulak kali ni,sempena gig bulan depan nanti" kata Hilman si pemain bass yang bercermin mata.

"Eh boleh..boleh..jap ek,gua panggil brader Jali" kata Bob sambil berlalu ke sebuah bilik kecil di belakang kedai printing t-shirts tu.

"Bro..bro..bangunlah. Bebudak band Pemusnah datang ni" kata Bob.

Jali yang terbaring di sofa pun tersedar. Kelam-kabut dia bangun.

"Eh? Bob..camne kau ada sini Bob?" tanya Jali. Bob garu-garu kepala. Nak tergelak pun ada.

"Dah gua kerja sini maka kat sini lah gua ada bro"

"Bob,tenggiling besi tu mana Bob? aku tercicir geliga sakti lah Bob. Cair kepala aku"kata Jali sambil raba-raba kepalanya.

Pecah Bob ketawa terkekek-kekek.

" Dahsat lu punya mimpi tu bro..wakakaka..siap ada geliga sakti"berguling-guling Bob atas lantai bagai di geletek syaitan dia ketawa.

"Hanat ko Bob"

"Wakakaka tenggiling besi.." merah-merah muka Bob ketawa sampai tepuk-tepuk lantai. Belum pernah dia berasa lawak sampai begitu.

Jali baru sedar dia kini berada dalam kedai printing t-shirts miliknya yang dah di tinggalkan nya selama berbulan-bulan. Segera Jali keluar dari bilik kecil tu.

Turmoil Kotaजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें