part 15

41 1 0
                                    

"Lek lu.." kata Jali sambil membuka tin minuman coke yang di pesan ke dalam gelas berisi ais. Air itu di sedut hampir setengah sebelum straw di lepaskan dari mulutnya.

"Aaah..lega bhaii" katanya lalu membakar sebatang rokok.

"Hm,jadi kita semua akan melepak je la kat bar ni?" tanya Nita sambil minum fresh orange. Dia dan lain-lain duduk di sebuah meja.

"Nampaknya begitulah. Mesti ada in charge kat sini yang akan muncul memberi arahan apa yang akan di buat selepas ni. So kita tunggu je lah kot" kata Encik Musa.

"Eh,Zira dengan Shikin macam tak selesa je kat tempat ni?" tanya Zupri.

"Aah,memang pun. Tengok lah orang-orang menari tu macam apa entah" kata Shikin.

Di suatu sudut kelihatan sekumpulan lelaki dan wanita menari seperti tak ingat dunia.

"Hm,pak Akob pun sama je" kata Zira dengan bibir muncung ke suatu sudut. Kelihatan pak Akob  makin menjadi-jadi rancak nya dia menari. Sekejap berpusing-pusing macam gasing,sekejap break dance,lepas tu twist pulak.

"Gila, masuk air orang tua ni" kata Jali. Asap rokok berkepul-kepul dari mulutnya.

Nita,Zupri dan Encik Musa cuma ketawa melihat aksi pak Akob. Tak padan usia. Makin tua makin menjadi.

"Ni kalau bini pak Akob nampak ni,konfem kena tarik telinga" kata Shikin.

"Ham,mana Ham?"

Melilau-lilau mata mereka mencari kelibat Ham di segenap penjuru bar.

"Eh,Ham ni gi mana pulak?''tanya Nita.

" Toilet kot"jawab Zira.

Sementara itu di tandas bar....

Prot! pot! pot! pooot...! bunyi kentut memecah keheningan.

Berkerut-kerut muka Ham meneran cirit nya keluar.

"Aduh.. makan apa lah sakit perut sampai macam ni?" dia mengomel sendirian. Combi duduk santai saja di atas tangki pam jamban.

Dari dalam jamban,Ham dengar ada derapan tapak kasut melangkah masuk ke ruang tandas. Dua orang lelaki kesemuanya. Selepas membuang hajat,mereka mencuci tangan di sinki sambil berbual.

Lelaki 1:"Aku dengar kapten Misrun dah hantar kemari beberapa orang lagi. Betul ke?"

Lelaki 2:"Ya,tapi sikit je. Dalam tujuh ke lapan orang macam tu. Mereka ada sedang lepak kat bar"

Lelaki 1:"Bagus,kita pun dah kekurangan orang ni"

Lelaki 2: "Macam mana boleh kurang?"

Lelaki 1: "Kau tau-tau je lah. Mereka kan cuma orang-orang biasa. Tak cukup kuat. So banyak lah yang mati"

Proott! Pott....

Langsung terkentut dan tercirit habis Ham di buatnya bila dengar perkataan 'mati'. Kuat pula bunyinya.

"Huhu mati? aku tak nak mati" fikir Ham.

"Ayuh lah keluar. Berbau lah tandas ni" kata si lelaki pertama. Bau tahi cirit semerbak. Temannya menuruti dari belakang.

"Jangan-jangan mereka nak..."

Cepat-cepat Ham cibuk berak. Dia terfikir untuk beritahu yang lain-lain tentang perbualan dua lelaki tadi. Seakan tahu Ham ingin beredar,Combi terus melompat ke bahu si gemuk gedempol tu.

"Ayuh Combi. Aku rasa mereka ni bukan orang baik" kata Ham. Dia mencuci tangan di sinki sebelum beredar.

Sementara tu pak Akob makin menjadi-jadi pula menari bersama beberapa orang perempuan seksi di ruang tari.

Turmoil KotaWhere stories live. Discover now