part 37

46 1 0
                                    

"Mana dapat nama Galfindof tu? suka main golf ke?" tanya pak Akob sewaktu berjalan sambil berbual dengan ketua-ketua puak alam Pari.

"Dah ribuan tahun puak Galfindof wujud,golf pun belum ada lagi" jawab ketua pawang kerdil.

"Tapi pak Akob pun boleh tahan juga. Boleh jadi rimau?" kata Pertapa Beku yang berpakaian kelubung seperti ripper tu. Wajahnya putih seperti salji.

"Keh keh.. kalau kat dunia manusia, orang tua dulu-dulu guna ilmu tu untuk jaga kebun dari di masuki pencuri. Kalo tak,naya lah buah durian kena kitai" jawab pak Akob.

"Ooh gitu..anak-anak buah aku pun dari kalangan pokok buah-buahan banyak juga mengadu hal-hal begitu. Pencuri ni bila sudah masuk kebun yang banyak buah,dia pun ingat sedang berada di taman syurga,boleh petik suka hati je" kata Poka si ketua puak pokok alam Pari.

"Aku ingat la kan,kalu semua pokok-pokok durian boleh bergerak macam Tok Poka ni baru aman sikit kebun-kebun tu. Jangankan pencuri,tuan punya kebun pun cabut lari" kata pak Akob.

"Hahahaha" gelak sakan ketua-ketua puak alam Pari.

                        ∆π∆π∆π∆

"Adoi! Tenggiling-tenggiling tu dah di kalahkan semuanya. Ketua-ketua puak alam Pari dan pakcik tua manusia tu nampaknya dah bersatu. Makin susahlah kalau macam ni ayah" kata Ziggy tersandar di sit kapal angkasanya yang berbentuk seperti mesin penyedut hampagas.

"Itu lah kau Ziggy, waktu manusia lapan orang tu di kejar gerombolan tenggiling kat gurun dulu kenapa kau pergi lepaskan asap hitam interdimensi tu hingga mereka semua terperangkap ke alam Pari?"

"Aku dah panik time tu ayah. Mereka dah nampak aku. Sebelum aku kena langgar dengan bas si gemuk tu, baik aku cabut lari. Dalam panik tu aku tersalah tekan butang asap hitam interdimensi ke alam Pari" jelas budak kecil berpakaian aneh dengan fesyen rambut pelik.

"Kesilapan kau hanya merumitkan lagi keadaan tau tak? Hm,gasak lah kau Ziggy. Pandai-pandailah kau cari jalan bagaimana nak selesaikan masalah ni" kata ayahnya.

                         ∆π∆π∆π∆

Jali berbaring di atas bumbung sebuah kereta yang tersadai betul-betul tepi bangunan tempat mereka berteduh. Fikiran nya melayang sambil memerhatikan langit kota yang sedikit mendung.

Beberapa makhluk alam Pari pun ada di sekitar situ. Ada yang duduk-duduk di kaki bangunan,berbual, bermain dengan anak-anak dan sebagainya. Keadaan di situ tak ubah seperti penempatan segerombolan pelarian.

"Aaaaaa!!" terkejut Jali bila dengar ada suara budak menjerit. Cepat-cepat dia bangun dan melompat turun dari bumbung kereta.

"Bro jom pi tengok. Apa hal tu" ajak Zupri. Jali menurut. Selain mereka ada beberapa lagi orang lain turut berlari menuju ke arah suara jeritan tadi.

Rupanya ada kanak-kanak terpijak kaca-kaca tingkap bangunan pecah yang bertaburan. Jali,Zupri dan lain-lain membantu budak kecil berwajah musang itu membuang serpihan kaca di tapak kakinya yang luka. Ia menangis kerana sakit.

Dari celah-celah orang yang berkerumun itu muncul lah si ibu musang. Segera ia mendapatkan anaknya. Sedih melihat anaknya yang luka itu.

"Kaki nya dah luka. Tak boleh di biarkan macam ni je. Mesti di rawat" kata Jali.

"Kalau camtu,mari kita cari kedai farmasi kat sekitar sini bro." kata Zupri. Jali bersetuju. Dia meminta ibu musang supaya bersabar seketika sementara mereka mencari bantuan perubatan.

"Bro! " laung Ham bila ternampak Jali dan Zupri.

"Ham! kasi tau yang lain-lain, kami pergi cari kedai farmasi. Ada anak musang luka kaki terpijak kaca" balas Zupri.

Turmoil KotaWhere stories live. Discover now