part 11

37 3 0
                                    

"Gila bapak hutan ni. Jarak pokok dekat sangat dengan rel keretapi" kata Zupri yang baru terjaga dari tidur sambil asyik memerhatikan ke luar tingkap.

"Kalau di buatnya pokok tumbang atas rel camne lah ye?" kata Encik Musa.

Tak lama kemudian mereka semua di kejutkan dengan bunyi keretapi terlanggar sesuatu dan membrek dengan cemas.

"Eh apa dah jadi?"

Para penumpang mulai cemas dan tertanya-tanya.

Kapten Misrun menghampiri dan memaklumkan keretapi terlanggar sebatang pokok yang tumbang di atas rel.

"Ai masin lidah Encik Musa. Betul-betul jadi" kata pak Akob.

Pintu gerabak pun terbuka. Semua orang sibuk nak turun dan lihat sendiri apa yang terjadi. Mereka berjalan menuju ke depan kepala keretapi.

"Mak oi besar nya pokok" kata salah seorang penumpang. Terbeliak mata setiap orang.

"Camne ni kapten? siapa pulak yang larat nak mengalih pokok sebegini besar?" tanya penumpang lain.

Kapten Misrun menggarukan kepala. Belum pernah terjadi masalah seperti tu sepanjang pengalaman nya memandu keretapi.

"Hari dah senja ni. Hai bermalam di tengah hutan le jawabnya kita" kata seorang makcik tua.

"Ala pak Akob kan ada" sampuk Jali.

"Pak Akob??"

"Ke tepi" kata pak Akob sambil membetul-betulkan kopiah nya.

"Pffft" terdengar beberapa penumpang berdekit menahan ketawa. Rasa geli hati tak tertahan.

Pak Akob biarkan saja. Dia pun menyinsing lengan baju.

Batang pokok itu di angkat.

"Ish berat sangat ni..aduh berat.." kata pak Akob dengan mimik muka macam orang separuh mati.

Ahahahaha

Terdengar ketawa penumpang lain.

Pamm!

Tau-tau batang pokok tu melambung tinggi lalu tercampak ke dalam hutan di tendang pak Akob selamba je.

Yang gelak berdekah-dekah tadi terlopong bagai tak percaya.

"Itu pokok. Kalau aku tendang kamu semua tadi ke planet Pluto perginya" kata pak Akob sambil berlalu pergi ke gerabak.

Pucat lesi semua yang ada sambil berpandangan sesama sendiri. Sepatah haram tak mampu di ucap.

Jali tersengih-sengih melihat wajah-wajah mereka yang tidak mengenali pak Akob.

"Sudah,masuk semula ke gerabak. Kita akan teruskan perjalanan" kata kapten Misrun.

Pada ketika keretapi mahu bergerak,sebuah lagi pokok tumbang di atas rel. Kemudian di ikuti beberapa batang pokok lagi hingga menyebabkan semua orang berasa pelik.

"Apa sudah jadi?takde angin takde ribut,tumbang aje pokok-pokok ni?"kata kapten Misrun sewaktu dia dan penumpang keluar semula untuk melihat.

"Jangan-jangan hutan ni berhantu tak?" kata seorang penumpang.

"Mulut jangan cabul" tegur penumpang lain.

Keadaan senyap. Tak siapa berani berkata-kata. Semua mata menoleh dan memerhatikan hutan-hutan di sekeliling. Bermacam-macam andaian timbul di benak masing-masing.

Hari kian gelap. Kabus misteri sudah muncul seperti biasa. Cengkerik hutan bersahut-sahutan. Sesekali tiupan angin agak kuat dan menderu-deru bunyinya.

Turmoil KotaWhere stories live. Discover now