Part 1

127 4 0
                                    

Pinn! Pinn! Ponn! Ponn! bunyi hon kedengaran di sana-sini. Hujan renyai kian mencurah-curah lebat. Jalan di sekitar bandaraya jam teruk. Masing-masing nak cepat supaya tidak terkandas lebih lama dalam kesesakkan yang membosankan.

Zupri melihat jam tangannya. Pukul 10:12 malam. Dia terfikir mungkin ada kemalangan di hadapan, kerana biasanya jalan di bandar taklah sesesak malam ini.

Bosan Zupri pun memasang radio di dalam keretanya. Tiada lagu menarik yang berkumandang. Dia menyandar di sit dan baru perasan dah hampir 10 minit kenderaan-kenderaan tidak berganjak. Zupri mengeluh.

Tiba-tiba dia lihat beberapa pemandu lain di hadapan nya telah keluar dari kereta masing-masing. Hujan menyebabkan mereka terpaksa berpayung.

"Apa hal ni?" fikir Zupri.

Payung di sit belakang pun di capainya lalu turut serta keluar dari kereta dan mendekati pemandu lain.

Pandangan masing-masing terarah ke bahagian hujung depan. Kelihatan orang ramai bertempiaran lari dan meninggalkan kenderaan mereka.

"Cepat lari! benda tu di perbuat dari logam! awas tembakkan lazer dari matanya!" teriak seseorang yang berlari ke arah Zupri dan lain-lain.

"Logam? mata keluar lazer?" Zupri tertanya-tanya. Ketika yang lain-lain telah berlari menyelamatkan diri dia masih berdiri tercegat atas jalanraya yang di kelilingi kenderaan yang beratur panjang.

Selagi tak di lihatnya dengan mata kepala sendiri jangan harap lah dia nak percaya. Zupri terus menanti sambil berpayung dalam hujan yang turun mencurah.

Penantiannya berbaloi. Kenderaan-kenderaan nun di hadapan sekali tunggang-terbalik di libas sesuatu.

Zupri tercengang-cengang melihat suatu makhluk seakan bentuk tenggiling di perbuat dari logam merangkak-rangkak seperti labah-labah sebesar sebuah rumah.

Bunyinya menakutkan. Enam kakinya seperti kabel-kabel besi yang mampu mengangkat setiap kenderaan dan menghempaskan nya ke atas jalan raya.

Zupri tertanya-tanya di mana pula letak mata nya yang di katakan mampu mengeluarkan lazer itu?

Soalan nya terjawab sendiri bila lihat melalui tapak cengkaman kaki makhluk tu keluar cahaya merah. Tiang lampu isyarat mencair bila di tembak pancaran lazernya.

Ia terus merangkak sambil menghumbankan kenderaan yang beratur panjang itu ke kiri dan kanan. Ada yang di hempas dan ada pula yang di lemparkan ke bangunan yang berada di sekitarnya.

Enam mata dari cengkaman kaki nya kalau tidak di gunakan untuk berjalan ia akan melilau mengawasi sekeliling.

Apa saja benda yang bercahaya akan menarik perhatian nya. Lampu kenderaan, lampu isyarat,tiang-tiang lampu di sepanjang jalan atau kedai dan bangunan yang terang-benderang pasti akan di dekati dan dimusnahkan nya.

Zupri berpaling untuk pergi menyelamatkan dirinya sebelum makhluk itu menghampiri. Langkahnya terhenti bila menyedari ada beberapa lagi entiti yang sama muncul dari beberapa arah lain.

Keretanya di tinggalkan lalu dia berlari menuju ke suatu lorong di belakang bangunan yang gelap. Zupri terus berlari dan berlari melepasi beberapa jalan di bandar.

Dia tak keseorangan. Ramai lagi yang sedang berusaha sedaya-upaya melarikan diri sejauh mungkin. Ada yang memanjat pagar,ada yang bersembunyi di tempat sampah,ada yang pecah masuk ke bangunan terbiar dan sebagainya.

"Hei cepat tolong tarik benda ni!" teriak seseorang.

Zupri dan beberapa orang lain membantunya. Penutup sebuah pembentung paip bawah tanah hampir berjaya di buka. Mereka terfikir untuk bersembunyi di dalamnya. Lagipun makhluk besi sebesar rumah itu takkan muat masuk ke situ.

Turmoil KotaWhere stories live. Discover now