part 26

39 1 0
                                    

Sendawa kekenyangan mereka lepas makan roti besar tu. Masing-masing tersandar di bawah pokok tempat mereka berteduh. Saki-baki makanan yang tak habis jadi rezeki Combi le jawabnya.

Macam-macam jenis makhluk lalu-lalang kat pasar. Ada orang kerdil,beruang tanah jual pakaian, zirafah jual sayur-sayuran,lembu jual burger dan sosej,manusia bersayap boleh terbang dan sebagainya.

"Apa?? alam Pari?" tercengang-cengang semua. Ham mengangguk.

"Huhu itulah kata si penjual roti tadi. Segala macam makhluk pelik-pelik hidup bermasyarakat dan harmoni. Setakat bas boleh terbang tu biasa je" kata Ham.

"Haih,dah macam kat alam fantasi je bunyinya" kata Zupri.

"Haa aah,betul lah tu,alam pari-pari le maksudnya" sampuk Jali.

"Tak hairan. Alam kan ada banyak. Ini salah satu lah dari cabang alam ghaib" ujar pak Akob. Mereka mengangguk dan termenung memikirkan hal tersebut.

"Haus doh.." Ham terbaring kat rumput macam orang sakit tenat.

"Hah itu ada budak gajah jual susu naik basikal..haa panggil dia sini" kata pak Akob.

Jali siul-siul je, laju budak gajah tu mengayuh basikal menghampiri mereka. Tengok kotak besar dengan perkataan 'MILK" di belakangnya dah tau dia jual susu.

"Awak-awak semua ni nak beli susu apa?" tanya budak berupa gajah.

"Susu lembu" jawab mereka serentak.

Lapan botol susu lembu di keluarkan dari kotak besar di belakang basikal dan di hulurkan pada mereka.

"Kami pelancong manusia dapat free je kan?" tanya Zira.

"Ya. Selamat datang ke alam Pari" ucap budak gajah si penjual susu.

"Terima kasih dik" kata Nita.

"Sama-sama,jumpa lagi bye" kata budak gajah. Dia melompat ke basikal nya dan berkayuh pergi.

"Comel je budak gajah tu kan?" kata Shikin.

Ham bingkas bangun mencapai sebotol. Laju di teguk nya susu tu. Semua orang minum susu masing-masing.

"Haha budak gajah tadi buat aku teringatkan watak siri television kanak-kanak tahun 90an dulu lah" kata Zupri.

"Cerita apa?"

"A.L.O.N.G" Zupri menyanyi sambil mengeja.

"Along!" yang lain-lain menyambut, siap ketawa. Watak along si maskot kucing besar bermain di fikiran.

"Kau nak cakap kita berada di alam kanak-kanak ke?" tanya Jali.

"Entahlah" kata Zupri.

"Laa ok lah alam ni. Haiwan dan manusia hidup harmoni. Habis,nak balik semula ke alam kita yang tengah huru-hara tu ke?" tanya Nita.

"Tak payah dah. Kita tinggal sini je. Cari rumah kediaman. Lupakan hal makhluk tenggiling besi tu terus" ujar pak Akob terbaring dengan kopiah menutup ke muka.

"Ok,sekarang ni mana kita nak pergi? Nak tinggal pun kat mana?" tanya Encik Musa serius.

"Merayap je lah mana-mana pun. Nanti tengok camne kesudahan nya" kata Jali. Tiada sesiapa pun bangkang cadangan tersebut.

Meriah suasana pasar. Riuh-rendah dengan suara macam-macam makhluk.

"Wei cantik lah jaket bulu-bulu ni" Nita tertarik betul dengan pakaian yang di jual kat sebuah kedai.

"Haa itu mahal sikit cik kak" kata si penjual nya seekor beruang gemuk pakai kemeja.

"Kenapa lak?"

Turmoil KotaWhere stories live. Discover now