part 18

42 1 0
                                    

"Nak tambah lagi?" tanya jurujual di kedai jual makan.

Ham mengangguk laju. Mulutnya tak henti-henti mengunyah. Pinggan di hulur. Ada beberapa pelanggan lain yang melihat gelagat Ham hanya geleng kepala.

Tiga ketul peha ayam dan french fries di isi penuh dalam pinggan Ham. Combi menyambar seketul dan melompat ke lantai.

"Siut punya Combi huhu" kata Ham.

Tak lama kemudian sorang demi sorang pelanggan beredar. Kosong. Tinggal Ham,jurujual dan Combi.

"Hari ni last aku jaga kedai" kata jurujual tiba-tiba.

"Kenapa pulak?" tanya Ham.

"Esok aku kena kerja kilang komponen. Lemmy dah bagi arahan. Orang dah makin kurang katanya"

"Apa mereka buat kat kilang tu?kenapa orang asyik kurang?"

"Manalah aku tau. Kat sini bro,tak kira la kau kerja kedai jual makanan atau bar,takkan kekal. Esok lusa muka-muka baru pulak akan ambil alih"

Ham sendawa kekenyangan. Air Coke habis segelas.

"Bro..esok kau amek alih pulak jaga kedai ni"

"Boleh ke?huhu"

"Lemmy memang suruh aku cari pengganti pun"

Ham setuju.

"Err..tapi,aku tak reti nak kerja ni"kata nya.

" Senang je. Jom aku ajar kau"kata jurujual.

                      * * * * * * * *

Sementara tu Jali dan Zupri telah di kerumuni orang-orang Lemmy.

"Pergh buat muka ketat pulak" kata Jali.

"Jomlah kita blah bro. Mereka ramai." kata Zupri sambil tarik Jali. Nak tak nak terpaksa lah mereka angkat kaki.

                      * * * * * * * *

Pak Akob dan Encik Musa yang keletihan selepas berdansa di bar duduk sebentar di meja lalu memesan minuman.

Nita yang bekerja sebagai pelayan datang menghantar minuman mereka.

"Amboi pak Akob dengan Encik Musa..bergelek sakan nampaknya. Kenapa tak teruskan?" tanya Nita.

"Amek nafas jap. Satgi kami sambung balik" kata Encik Musa.

"Yang pakaian kamu tu pun dah seropa pempuan gatal aku tengok Nita. Apa sudah jadi?" tanya pak Akob.

"Ni je kerja kosong yang tinggal" kata Nita.

"Aih ini sudah baik..lepas ni kau pun boleh teman aku dengan pak Akob menari ye Nita?" kata Encik Musa tersengih.

"Ahaha yelah tu. Menari tu menari jugak,Zira dengan Shikin kerja kat kilang pasang komponen lepas tu tak balik-balik dah,Encik Musa dengan pak Akob ada tau ke?"

Kali ni pak Akob dan Encik Musa tersentak.

"Betul ke ni?"

"Betul lah ni. Zupri dengan Jali tengah pi cari dorang. Hai..tak tau lah jumpa ke tidak" cerita Nita.

"Kalau begitu moh kita join Jali dan Zupri cari budak dua orang tu" ajak pak Akob. Bersegera Encik Musa mengikutnya.

                       * * * * * * * *

"Sekarang aku dah ajar kau segala kerja kat kedai ni. Kau boleh buat tak semua tu?" tanya jurujual.

"Huhu boleh bro. Sambil duduk-duduk kentut atas kerusi pun boleh buat" kata Ham.

Turmoil KotaWhere stories live. Discover now