part 49

41 1 0
                                    

Jalan raya dalam runtuhan bangunan-bangunan kota masih basah di sirami air hujan yang turun sewaktu pawang Galfindof menggunakan majik mereka tadi.

Sejuk malam itu menusuk hingga ke sumsum tulang. Kabus misteri masih terawang-awangan di hembus angin.

"Fuh teruk betul suasana bandar ni. Dah macam kat kancah perang" kata Zupri sambil duduk sebentar di atas sebuah batu konkrit dan membakar sebatang rokok.

"Tapi syukur lah,semuanya dah berakhir" kata Nita yang duduk di atas bonet sebuah kereta rosak yang tersadai di situ.

Shikin dan Zira hanya berdiri tersandar di tepi kereta tu sambil berpeluk tubuh. Masing-masing termenung jauh.

"Jauh menung tu dik?" tanya Nita. Dia tahu gadis dua orang tu dah homesick.

"Terasa rindu kat famili. Dah berbulan tak jumpa mereka" kata Zira terasa sebak.

"Takpe dik,perkara dah selesai pun. Ni masa untuk kita pulang ke rumah" pujuk Nita. Zira dan Shikin mengangguk.

Tok Poka yang mempunyai kebolehan membesarkan tubuh pokok nya hingga setinggi dan sebesar bangunan itu telah kembali ke saiz asalnya yang sebesar lelaki dewasa. Walaupun ada wajah muka yang bengis, namun ketua puak pokok di hutan sebelah barat alam Pari itu baik dan kelakar juga. Sesekali suara ketawa nya yang garau memecah kesunyian sewaktu berbual bersama pak Akob, Pertapa Beku dan pawang Galfindof.

"Eh,rasanya dah hampir setengah jam kita menunggu ni. Kenapa kita masih tak di hantar pulang ke dunia manusia?" soal Encik Musa.

"Aah kan? takkanlah Ziegfeld tu tipu kita?" kata Nita.

"Huhu ke raja tenggiling tu pengsan je? belum mati kot" agak Ham yang sedang duduk menyandar tepi batu. Pak Akob dan ketua-ketua puak alam Pari pun sedar hal tersebut. Mereka menghampiri mayat raja tenggiling.

"Jom kita tengok sekali" ajak Encik Musa. Bersegera yang lain-lain mengikuti.

"Nampaknya macam ada yang tak kena. Raja tenggiling dah pun kita tewaskan. Tapi kenapa kita masih berada dalam kota ni?" kata Pertapa Beku.

"Entah-entah dia pura-pura mati je kot?" kata pak Akob.

"Hahaha pura-pura ya? biar aku periksa" kata Tok Poka lantas dia melompat ke badan raja tenggiling dan berjalan di atas makhluk gergasi bersisik itu.

"Hoi! bangun lah! tak usah nak main-main. Nanti aku belit engkau dengan akar pokok sampai tercekik baru tahu nasib kau!" Tok Poka memberi arahan. Raja tenggiling terus kaku.

"Hahaha sudahlah. Aku rasa dia betul-betul dah ma..

Satu pancaran lazer meluncur laju menembusi tubuh pokok Tok Poka. Terkejut besar semua orang. Berlubang besar badan tok Poka. Meleleh-leleh cairan kayu darinya.

" Awas! benda tu belum mati!"teriak pak Akob. 

Mereka kembali bersedia dengan kesaktian masing-masing.

"Celaka! kau pura-pura mati rupanya!" Tok Poka belum mahu mengaku kalah. Ranting dan akar-akar nya mulai membelit kepala raja tenggiling.

Dalam pada itu tok Poka tidak sedar sisik-sisik badan raja tenggiling yang sedang dia berpijak itu telah berpusat cahaya-cahaya merah.

"Poka! awas di bawah kaki kau!"

"Hah?? kenapa? apa hal nya?"

Baru tok Poka menunduk hendak melihat cahaya tu dia telah di hujani puluhan pancaran lazer dari bawah kaki nya.

"Arghhhhh!"

Luluh dan cair seluruh tubuh ketua puak pokok itu.

"Poka!!" jerit yang lain-lain. Sedarlah mereka Tok poka telah di binasakan oleh lazer tersebut.

Turmoil KotaOnde histórias criam vida. Descubra agora