part 7

35 3 0
                                    

Ketika hari senja kian gelap,kabus-kabus misteri muncul kembali. Akhirnya Ham membuat keputusan mengajak yang lain-lain turun berjalan kaki saja kerana kabus agak menghalang penglihatan.

Seorang demi seorang turun dari bas.

"Pelik lah,dari mana asal kabus ni?" kata Encik Musa.

"Itulah pasal. Semalam camni jugak" balas Jali.

"Wei kat depan tu ada hotel besar kan? kita menginap di situ je lah" kata  Nita.

"Setuju!" sokong Zira dan Shikin.

"Hahaha hotel lah paling banyak makanan. Jom jom jom" kata Ham.

Sambil berjalan di kaki lima menuju ke hotel yang di maksudkan mata masing-masing cukup awas di kiri-kanan.

"Gila. Dah macam asap vape kabus-kabus ni" kata Zupri. Dia mengibas-ngibas sambil berjalan.

"Berhenti!" kata pak Akob tiba-tiba.

"Kenapa pakcik?" tanya Ham.

"Shhhh...aku rasa ada Tarbus kat depan tu" jawab pak Akob.

"Hah? tarbus?"

"Penyamun tarbus ke? alahai cukup-cukuplah dengan ubi rebus tu tadi. Takkanlah penyangak lagi?" kata Jali.

"Ahahaha ubi rebus berak cirit tu ke?" Ham menyampuk.

"Bukan. Yang kat belakang kamu tu Ham" kata pak Akob.

Ham menoleh ke belakangnya. Semua orang menoleh ke arah belakang Ham.

"Kabus tebal je pakcik. Habuk pun tak nampak"

"Tapi dia nampak kamu. Kan Tarbus?" kata pak Akob.

Tiba-tiba sepasang mata merah menyala betul-betul muncul di belakang Ham di susuli oleh beberapa pasang mata lagi. Terkedu semua orang.

"Itu makhluk tenggiling besi! Lari!" Macam lipas kudung mereka bertempiaran.

"Alamak! tarbus yang ni tak nak lah waaa" kata Ham sedaya-upaya melarikan diri.

Malang seribu kali malang seluarnya di tarik oleh salah satu kepala bermata merah seperti kabel besi tu.

"Woi semua! datang selamatkan aku! Waaaa..ini macam tak boleh jadi. Hoi korang sini lah! aku kena tangkap ni" macam nak menangis Ham terpekik-terlolong meminta tolong.

Meronta-ronta dia ingin melepaskan diri. Terjerembab tubuhnya yang gemuk gedempol tu di atas jalan.

"Ham!" yang lain-lain datang semula dan bersama-sama membantu menarik tangan nya.

"Tarbus! lepaskan dia!"kata pak Akob.

Makhluk itu buat tidak reti saja. Ia terus menarik-narik seluar Ham.

" Alaaa..cair lah bontot ni kena lazer waaa. Buatlah sesuatu.."Ham mulai panik. Dia menumbuk-numbuk jalan tar macam bayi tak dapat susu.

"Laa ini anak makhluk tu aje. Dia suka nak main-main dengan seluar kamu tu Ham. Bagi aje lah kat dia. Nanti beredar lah dia" kata pak Akob.

"Huhuhu habis saya nak pakai apa je nanti?"

"Nak bagi ke nak cair bontot?" tanya pak Akob.

"Waaa bagi bagi bagi...baik lah baik..alah malangnya lah nasib huhuhu" kata Ham terkocoh-kacah dia menanggalkan seluarnya.

Tertonggeng-tonggeng si gemuk gedempol tu hanya berseluar dalam putih corak bunga-bunga sambil menyerahkan seluarnya kepada si makhluk.

Seketika kemudian 'Tarbus' pun berlalu sambil membawa pergi seluar milik Ham.

Turmoil KotaWhere stories live. Discover now