part 41

38 1 0
                                    

Tiga minggu telah berlalu. Sepanjang tempoh itu banyak juga dugaan yang datang. Pertempuran demi pertempuran di hadapi mereka di pelbagai lorong jalan-jalan dalam kota menakutkan itu.

Selain serangan makhluk tenggiling besi yang bagai tidak berkesudahan serta munculnya kabus-kabus tebal penuh misteri,mereka di hadapkan pula dengan cuaca buruk tidak menentu.

Hujan lebat serta banjir dan taufan menyebabkan segerombolan manusia dan makhluk alam Pari yang bersama-sama berjuang meneruskan kehidupan itu terpaksa berpindah-randah bagai nomad.

Lebih malang bila ada segelintir dari mereka menemui maut,samada dari kecelakaan atau pun jatuh sakit.Lebih parah bila ada yang enggan berpindah kerana terpaksa menemani anggota keluarga yang uzur dan tidak mampu meneruskan perjalanan.Jumlah orang-orang yang terus berjuang untuk hidup makin lama makin sedikit.

Buat masa ini mereka berlindung di sebuah deretan bangunan di area 12. Hujan renyai-renyai. Mendung di langit yang masih siang.

Sejuk mencengkam diri setiap orang. Keperitan hidup semakin di rasai.

Ketika yang lain-lain duduk tersandar tepi bangunan sambil berteduh dari hujan,Ham duduk di satu sudut dalam keadaan tak berbaju.

Nita,Shikin dan Zira sebak lalu mengesat air mata bila lihat Ham sampai terpaksa mengikat perutnya dengan tali dan batu kerana terpaksa menahan lapar. Jali menghampirinya.

"Sabar Ham,sikit masa lagi mungkin kita akan jumpa sesuatu untuk di makan" pujuk Jali sambil menepuk-nepuk di bahu Ham.

"Aku dah tak boleh tahan lagi bro.." Ham menangis. Jali duduk di sebelahnya. Mata Jali merah-merah. Hiba dia melihatkan keadaan Ham yang begitu. Kalau di waktu mereka mudah mendapatkan makanan pun Ham sering mengadu lapar, apatah lagi lah di kala waktu darurat begitu.

Encik Musa dan Zupri tak sampai hati lihat Ham begitu. Dalam hati masing-masing berdoa agar saat-saat sukar begitu segera berlalu pergi.

Pak Akob tenang saja bersila dan menyandarkan tubuhnya ke dinding. Tak banyak dia bercakap semenjak dua menjak ini.

Combi menguis-nguis di celahan batu tepi jalan. Ada sesuatu yang di dapatinya lalu di gigit dan di bawanya pergi. Kucing gemuk itu berlari mendekati Ham. Seekor katak kecil di letak nya sebelah Ham. Kemudian dia mencakar-cakar kaki Ham seakan memberitahu yang ia telah mendapatkan 'sesuatu' untuk Ham makan.

"Terima kasih Combi. Kau pun tahu memahami keadaan aku. Cuma katak tu tak boleh aku makan" kata Ham sebak.

Tersentuh hati mereka melihatkan perbuatan Combi. Betapa haiwan pun tahu menunjukkan erti kemanusiaan dan menyayangi tuannya.

Masa berlalu. Ham terbaring di kaki lima. Telinganya berdengung. Mata nya mulai terasa kabur. Di rabanya kocek seluar. Ada sebatang pen dan kertas. Dengan tangan yang menggigil di cuba juga sedaya upaya menuliskan sesuatu di atasnya.

Hujan masih renyai di sertai bunyi guruh kecil. Angin bertiup sejuk sekali. Pen terlepas dari jemari Ham. Tubuh gemuk nya tertiarap tidak bergerak. Mungkin sudah tidak bermaya.

Kertas kecil itu melayang di tiup angin. Sempat Jali menyambut dan membacanya. Serta-merta wajah pemuda berambut panjang itu berubah.

"Apa semua ni Ham?! Kau memang tak guna Ham! tak guna!" Jali membentak-bentak macam orang hilang akal. Hairan yang lain-lain melihat kelakuan Jali.

"Kau nak mati sangat kan! Hah!?" terkejut betul semua orang bila Jali merembat ke kaki Ham. Ham tetap kaku tidak bergerak mahupun melawan. Keadaan jadi genting.

"Jali! hentikan! kau dah gila ke? nak bunuh Ham! kau langkah mayat aku dulu!" Zupri bangun menerpa. Mahu di hadiahkan penumbuk ke wajah Jali. Mujur Encik Musa tangkas menghalang. Kecoh keadaan di kaki lima bangunan tu. Orang-orang lain termasuk makhluk alam Pari turut terkejut dan tertanya-tanya apa yang sedang berlaku?

Turmoil KotaWhere stories live. Discover now