part 28

48 1 0
                                    

"Selamat datang ke kawasan perumahan boabab. Aku pasti kamu semua ni manusia kan?" sapa satu suara.

Tertoleh-toleh mereka mencari kelibat tuan empunya suara.

"Habis rupa kami ada macam beruk ke?" tanya pak Akob.

"Hahaha tentulah kamu semua manusia. Yang beruk tu aku..eh silap, cimpanzi heheh" tiba-tiba seekor cimpanzi besar turun dari sebatang pokok. Pakainya smart. Kemeja siap tali leher dan briefcase.

"Wah,cimpanzi pun pakai macam business man?" kata Zupri.

"Err kamu boleh panggil aku Encik Cipan. Aku lah tuan punya kawasan dan rumah-rumah pokok boabab yang ada depan kamu ni" kata nya sambil lap cermin mata besar nya dengan sapu tangan.

"Oh ye,aku pakai smart sebab aku tuan tanah. Banyak duit punya orang. Eh silap..cimpanzi"

"Hahah dan-dan je" Jali tak percaya.

"Laa betul lah. Tak caya? marilah ikut aku" kata Cimpanzi besar.

Mereka di bawa lalu di setiap rumah pokok boabab. Para penghuninya keluar dan menyapa cimpanzi besar.

"Encik Cipan datang nak kutip duit sewa ke? bukan ke kami baru je bayar minggu lepas?" kata seekor badak berbadan sado.

"Bukan lah. Ni aku saja bawa tetamu manusia tengok-tengokkan kawasan ni"

"Oh begitu" si badak tarik nafas lega.

"Basah je badan kau tu Rhino. Tengah bersenam ke?" tanya cimpanzi.

"Tengah berenang"

"Aik? ada bikin kolam ke dalam rumah tu?"

"Dalam besen je" sengih-sengih si badak sado. Misai nya tebal macam abang polis. Mereka terus di bawa berjalan lagi. Setiap rumah di pisahkan oleh pagar-pagar kayu.

"Best lah dapat duk sini kan?" kata Zira.

"Itulah,segar je mata memandang" Nita setuju.

Halaman rumah di tanam rumput karpet hijau dan bunga-bungaan.

"Jadi kamu semua minat nak menyewa di sini?" kata Cimpanzi.

Tak fikir panjang lagi,laju mereka mengangguk.

"Tapi nak bayar sewa tu.. kami mana ada wang" kata Jali.

"Jangan risau. Kamu tinggal je dulu. Kerja boleh cari. Ada duit nanti bayar lah. Kat sini pun ada banyak perkara kamu boleh lakukan untuk cari wang. Bertani,meniaga,menternak dan sebagainya.

" Huhu mana reti aku buat semua tu. Bawak bas sekolah je boleh "kata Ham.

"Kalau camtu kau bawak bas sekolah. Kebetulan penduduk kat sini pun mengalami kesukaran nak hantar anak ke sekolah. Mereka sangat perlukan perkhidmatan bas sekolah" kata Encik Cipan.

"Kalau dah setuju,mari lah aku bawak ke rumah sewa kamu" kata Encik Cipan. Mereka menuruti nya dari belakang.

Sebuah rumah di perbuat dari pokok boabab yang sangat besar tersergam depan mata. Siap ada lorong menyambung ke sebuah lagi pokok boabab yang kecil sedikit.

"Eh kami duk dengan jiran lain ke? kenapa dua pokok boabab ni di sambung?" tanya Encik Musa.

"Kamu ramai. Aku bagi rumah besar dan selesa. Oh ye pokok yang satu lagi tu ruang dapur dan tandas kamu" jelas Cipan.

"Wah menarik gila siut. Cipan, bawak lah kami masuk dalam pulak" kata Zupri.

"Mari"

"Pergh luar je nampak macam pokok gedabak zaman dahulu kala,tapi kat dalam macam pangsapuri" Jali tersandar di sofa sambil tekan punat remote control television.

Turmoil KotaWhere stories live. Discover now