part 30

35 1 0
                                    

"Shikin,Zira..kemari jap!"laung pemilik sebuah kedai roti dan kek.

"Alamak, bos panggil kita lah Zira" kata Shikin yang sedang sibuk membancuh adunan kek di dapur kedai.

Setelah mengeluarkan sebuah bekas berisi roti gebu yang baru di masak dari ketuhar,Zira pun melucutkan sarung tangannya.

"Jom Shikin,nanti lambat mengamuk Encik kerbau tu" kata Zira.

"Ya Encik Buff. Ada apa ek?"

Makhluk berupa kerbau berbadan manusia,pakai cermin mata, gempal dan pendek sedang duduk di meja kaunter sambil leka bermain laptop.

Curut nya besar. Berkepul-kepul asap keluar dari mulutnya. Zira dan Shikin terpaksa kibas sedikit kerana bau nya teruk betul.

"Uhuk!" Shikin terbatuk.

"Oh ya,ni gaji kamu" kata Encik Buff sambil menyerahkan dua buah sampul. Berseri-seri wajah Shikin dan Zira.

"Haha terima kasih Encik Buff. Terlupa lak hari ni dapat gaji" kata Zira.

"Itulah, ingatkan kami ada buat salah ke apa tadi" celah Shikin.

"Hahaha. Oh ya,hari ni kita kerja sekerat hari je" kata Encik Buff.

"Aik? kenapa pulak?"

"Bini aku kat rumah nak beranak. Jadi kamu bolehlah pulang"

"Yayy..."

Lepas berkemas, Shikin dan Zira pun keluar dari kedai. Papan tanda Buff's Bakery terpampang besar di atas kedai.

"Baru pukul sebelas pagi ni. Abang Ham pun mesti tengah busy amek budak-budak sekolah. Kita nak balik rumah naik apa?"tanya Zira sewaktu lalu di pekan.

Shikin sengih-sengih je.

"Jom ikut aku" katanya. Dua gadis tu merayap di tengah-tengah laluan orang ramai di pekan.

"Mari naik kuda unikorn. Murah! Murah! boleh pergi ke mana saja yang kamu mahu" teriak seorang pakcik keldai tua sambil bunyikan loceng. Tak ramai yang tertarik. Mungkin dah biasa sangat dengan hal begitu.

"Jom kita naik" ajak Shikin. Zira tak menolak.

Duit di masukkan ke dalam peti di tangan pakcik keldai.

"Terima kasih nak. Silalah naik. Cakap je kat kuda tu ke mana awak berdua nak pergi"katanya.

"Terima kasih pakcik"

Seekor kuda putih dengan dua pelana di pilih oleh Zira dan Shikin.

"Kita gi pasar dulu. Beli barang rumah sikit" cadang Zira.

"Hantar kami ke pasar" arah Shikin yang duduk paling depan.

"Baiklah" jawab kuda putih dengan tanduk tajam di kepala tu.

Berdesup kuda tu berlari kencang sebelum terbang ke udara.

"Wah! seronok ah!" Shikin dan Zira teruja.

"Hahaha rasa macam dalam buku cerita dongeng pun ada" kata Zira. Seronok dapat melihat suasana kampung dan pekan dari atas udara.

"Eh tu macam bas abang Ham" kata Shikin sambil tunjuk di sebatang jalanraya. Sebuah bas sekolah warna oren terkandas dalam sebuah kesesakkan lalu lintas.

"Kuda,turun jap. Pergi dekat tepi sebelah pemandu bas oren tu" arah Shikin. Kuda tunggangan tu menurut saja.

"Abang Ham!" jerit Shikin dari luar tingkap bas sambil melambai. Terkejut Ham bila tengok ada kuda unikorn terbang di tepinya.

Turmoil KotaWhere stories live. Discover now