part 12

39 2 0
                                    

Selesai membunuh para penumpang yang keluar tadi,makhluk tenggiling besi itu menembakkan lazer ke gerabak depan. Terang dengan pelbagai lampu dan lilin yang di tinggalkan mangsa.

Tingkap keretapi mencair seperti yogurt. Mata-mata merah seperti tentakel sotong itu merayap ke dalam gerabak mencari mangsanya.

Lampu dan lilin yang di nyalakan oleh para penumpang terbunuh tadi di musnahkan kesemuanya.

Gerabak depan kembali bergelap.

Makhluk aneh tersebut melangkah pergi meredah hutan. Bunyinya yang seakan robot itu semakin lama semakin menjauh dan terus hilang.

Keadaan kembali sunyi-sepi. Hanya cengkerik hutan masih giat bernyanyi.

Semua orang di gerabak paling belakang menarik nafas lega.

"Fuh! tamat dah cerita horror malam ni" kata pak Akob tersandar di kerusinya.

Kapten Misrun masih menggigil-gigil.

Yang lain-lain asyik pula mengunyah popcorn.

"Apa rancangan kita seterusnya?" tanya Encik Musa.

"Aku tak fikir kita nak teruskan perjalanan kita malam ni juga. Lagipun gelap kat luar kalau kita nak pergi alihkan batang-batang pokok tu sekarang" kata Zupri.

"Hish,Esok je lah kot buat tu semua. Kang silap-silap datang balik benda tu ke mari" kata Nita.

"Kapten Misrun,tempat yang kita nak pergi tu jauh lagi ke?" Shikin mencelah.

"Oh,dah tak jauh. Cuma tak sangka pulak malam ni jadi begini, kalau tidak,mungkin kita dah tiba" jawab kapten Misrun.

"Ada apa je kat sana nanti?" tanya Zupri.

"Tempat perlindungan yang selamat. Jangan risau, ramai orang yang dah aku hantar ke situ. Entah-entah ahli keluarga dan kawan-kawan kamu pun ada di situ" jelas kapten Misrun.

"Baiklah kalau begitu. Hm,malam ni kita bermalam jelah kat sini. Esok baru gerak" kata Jali.

"Betul tu. Sebelum tidur nak buat apa?" tanya pak Akob.

"Basuh kaki" jawab Nita.

"Salah" jawab pak Akob.

"Habis tu?"

"Sebelum tidur kita bantai lah makan dulu. Berkeroncong perut aku ni" kata pak Akob.

"Hahahaha"

Bekalan makanan yang di bawa tadi di makan bersama. Cuma mereka berasa seperti ada kekurangan.

"Nanti kita dah terselamat,macam mana pulak dengan abang Ham dan Combi?" tanya Zira.

Semua orang terhenti sejenak. Wajah tembam si Ham bermain di fikiran. Entah apa lah nasib nya?

"Maafkan aku. Sebab aku lah kamu semua terpisah dengan kawan kamu tu. Setelah aku hantar kamu nanti aku pusing semula ke terminal dan cari kawan kamu tu" kata kapten Misrun.

"Baik kapten. Kami pun harap dia masih ada di sana" kata Zupri.

Tiba-tiba kapten Misrun baru teringatkan sesuatu. Dia melaung-laungkan nama seseorang.

"Alamak! Atai mana si Atai?takkan dia pun keluar dengan penumpang tadi?" kapten Misrun mulai cuak.

"Atai? siapa pulak Atai tu kapten?"soal mereka.

Kapten keretapi tu pun mengeluarkan lampu suluhnya lalu bangkit dari kerusi. Dia menyuluh sambil berjalan menuju ke gerabak hadapan.

" Atai! oh Atai! kat mana kamu?"laungnya di setiap gerabak.

Turmoil KotaWhere stories live. Discover now