PART 29 : Business Trip

2.5K 120 6
                                    

" I'll be coming home in 2 weeks, Anna," Isaac membelakangkan tubuhnya dari Anna Maria sambil mengeluarkan luggage dari dalam wardrobe.

Luggage itu kemudiannya dibuka zip dan dihamparkan di atas katil.

Anna Maria yang hanya berpeluk tubuh di muka pintu mengatur langkah menuju ke arah Isaac dan memeluknya dari belakang.

" Can you bring me along,Theo.." dia meletakkan kepalanya dibelakang badan Isaac sambil jarinya mengelus lembut otot perut lelaki itu.

Isaac mematungkan badannya.
Dia cuba mengusir aliran rasa yang aneh dalam dirinya.

" I'm working there sweety.." Isaac meleraikan tangan Anna yang sedang memeluknya itu tetapi semakin cuba dileraikan,semakin erat pelukan itu.

Anna Maria merengek manja.

" I miss you sooo much Isaac. We didn't even have a proper meal together since I came back here.."

Isaac cuba meleraikan pelukan Anna sekali lagi dan kali ini wanita itu dengan mudah meleraikannya.

Anna kemudian menghenyakkan punggungnya di atas katil bersebelahan dengan luggage yang dihamparkan.

" Lets have dinner together then," Isaac memberi cadangan.

Anna Maria tersenyum ceria kembali.

" Really, Isaac?"

Isaac mengangguk perlahan,mengiyakan pertanyaan Anna Maria.

Dia berpeluk tubuh dan cuba meminimakan sebarang body contact dengan Anna Maria.

" I'm cooking for dinner tonight!" Anna Maria bangkit mendadak dari katil, menjengketkan kakinya dan menghadiahkan ciuman lembut di pipi Isaac.

" I can take you to restaurant..."
" Nope. I want to make a very special dishes just for you.." Anna Maria mengenyitkan matanya dan berlalu keluar dari kamar Isaac.

Isaac hanya memandang Anna Maria tanpa berkata apa-apa.

Dia memegang pipinya yang masih hangat dengan ciuman Anna dan menggeleng-gelengkan kepala mengusir rasa yang tidak sepatutnya terlintas dalam dirinya.

*************

Anna Maria menyapa Alonza dengan senyuman manisnya.

Alonza yang sedang mengemas ruang tamu dan mengelap beberapa perhiasan yang terdapat di bahagian rak itu membalas sapaan Anna dengan hormat.

" What can I help you,signora? "

Anna Maria berjalan menghampiri Alonza.

" Alonza can you help me? I want to prepare a veryyy special dishes for Theo tonight.. " Anna Maria menayangkan giginya yang putih bersih sambil memeluk manja lengan Alonza.

Alonza melemparkan senyuman.
Dia sangat menyenangi peribadi Anna Maria yang manja, mesra dan bertimbang rasa itu.

Teringatkan pertemuannya dengan Tuan Isaac beberapa hari yang lepas, senyuman Alonza tinggal separuh.

Yes, for the first time in her entire life's career, Alonza argue dengan Isaac.
Semuanya kerana Anna Maria dan Tilda.

Alonza jelas tidak menyenangi peribadi Tilda yang padanya sangat berbeza dengan Anna Maria.

Walaupun perkenalannya dengan Tilda agak singkat, tetapi dia dapat merasakan wanita itu agak tegas, rigid dan sangat berterus-terang.

Oleh kerana itulah, dia merasakan bahawa Anna Maria lebih sesuai menjadi sebahagian dari hidup Isaac berbanding dengan Tilda.

Isaac hanya terdiam ketika dia memberitahu kenyataan tersebut.

Alonza tahu, walaupun dia hanya maid di kediaman ini, tetapi Isaac tak pernah sekalipun berkurang ajar apatah lagi menaikkan suara kepadanya.

Anak itu terlalu baik untuk dilukakan hatinya.

Anna Maria dihadapannya masih mengharapkan jawapan balas.

Dengan senang hati dia mengiyakan dan akan membantu Anna memenangi hati Isaac semula dengan masakan yang sedap, selera dan menepati rasa.

*************

Isaac menarik zip luggage selepas siap memasukkan kesemua keperluan yang patut untuk digunakan dalam business trip selama.2 minggu itu.

Dia meletakkan luggage tersebut di tepi pintu dan berjalan kembali ke arah katil.

Dengan perlahan-lahan, dia merebahkan tubuhnya di atas katil sambil meletakkan lengan di belakang kepala.

Fikirannya bercelaru.
Antara papa, syarikat, Anna Maria, Tilda dan perasaan sendiri.

Papa sudah dibebaskan.
Dia tidak sanggup membiarkan papa berlama-lama di kurung di dalam rumahnya yang dibeli di Piemonte iaitu kawasan utara pedalaman di Itali.

Kepada papa, dia memohon kemaafan selain memberitahu yang dia tiada pilihan lain ketika itu selain menyelamatkan Tilda dan menerangkan kepada papa bahawa Tilda tiada kaitan dan hanya kebetulan mempunyai wajah yang serupa dengan Anna Maria.

Manakala Fred pula, telah dirampas segala kemudahan yang dia ada semasa berkhidmat dengan papa dan diberi sejumlah wang yang besar beserta perjanjian bercop setem duti untuk tidak lagi mendekati, mengancam atau berurusan lagi dengan keturunan dan kenalan terdekat Benjamin.

Dekat situ je memang dah boleh tarik nafas lega, cuma apa yang bermain di fikirannya adalah, apakah fail yang dirampas oleh Anna Maria di Beverly Hills sehingga papa sanggup melakukan apa sahaja yang melibatkan ancaman nyawa?

Dan Anna Maria pula, apakah rahsia yang dia sedang simpan?
Tak rasa bersalahkah dia mempermainkan perasaan papa dan kembali kepadanya seolah-olah tiada apa yang berlaku?

Isaac kebuntuan.
Kini hadir pula bayangan Tilda. Menghapuskan segala bayangan yang ada.
Tilda yang tahu menjaga dan mempertahankan diri.
Tilda yang tahu membezakan baik dan buruk sesuatu perkara.
Tilda yang tegas tetapi bertempat.
Tilda yang tahu cara memujuk secara profesional.
Tilda...Tilda..

**************

Anna Maria's POV

Aku berjalan menapak tangga menuju ke kamar Theo.

Dengan bahagia dan gembiranya aku ingin memberitahu kepadanya yang aku sudah siap menyediakan makan malam istimewa untuk kami berdua nikmati sebentar lagi.

Aku membetulkan pakaian yang terletak pada tubuhku.
Nightgown dress bermotif flora berwarna cream yang menutupi seluruh tubuh bahagian atas dan belahan tinggi di mid thigh.

Aku mengetuk pintu kamar Theo beberapa kali tetapi tiada respon lalu aku mengambil keputusan untuk memulas tombol dan memasuki kamar tersebut.

Aku nampak dia sedang terlena dengan tenang di atas katilnya.
Mengambil kesempatan itu, aku merebahkan tubuhnya disebelahnya.
Aku menggerakkan telunjukku menuruni lekuk-lekuk diwajahnya.

I do like his strong features.
His chiseled jawline.
His wonderful eyes.
The sharp nose.
Neat eyebrows.
Everything in him just perfect.

Aku nampak dia menggeliat dan aku makin galak mengusik hidungnya, keningnya dan apabila telunjukku tiba di bibirnya, aku menelan liurku sendiri.

Dia bergerak sekali lagi sebelum aku menarik tanganku semula.

Tiba-tiba, aku mendengar suaranya menggumam perlahan.
Aku mendekatkan telingaku untuk mendengar dengan lebih jelas apa yang disebutnya,

" Tilda...Tilda.. " mulutnya menyebut nama itu. Yang pastinya ia nama seseorang.

Aku memegang dadaku.
Jantungku terasa pilu.
Nafasku terasa sesak.

Dalam hatiku berdetak,
Who is TILDA?

CULIK [ Completed ]Where stories live. Discover now