PART 32 : His secret

2.3K 101 5
                                    

Tilda's POV

" Mom, Haider's with me. He's taking me to my apartment. Ya ya.. I'm sorry. Got a bit dizzy just now. Can you tell Lia to bring all my belongings together.. Ahaa..thanks to Lia..See you tomorrow. Daa.. Good night mom, dad, Lia and all. Thank you so much, " aku mengakhiri perbualanku dan menekan butang merah.

Handphone Haider yang kupinjam itu kuserahkan semula.

Dia menyambut handphone tersebut dengan pergelangan tanganku sekali.
Membawa aku dekat dengan tubuhnya sehinggakan bau badannya memenuhi rongga deria bauku.

Aku sekarang ini sehelai sepinggang.
Satu barang pun tiada padaku, termasuk handphone.
Tubuh kubawa mengikut rentak langkah Haider.
Ketika ini aku sedang diselubungi rasa bersalah dan tidak tenteram.

Haider diam.
Hanya dengusan nafas sahaja yang kedengaran.

Langkah kami seiring menuju ke arah Land Rover Range Rover Evoque SE Premium SUV miliknya.

Dia membukakan pintu dan menolak lembut tubuhku masuk ke dalam kereta

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia membukakan pintu dan menolak lembut tubuhku masuk ke dalam kereta.

Dengan perasaan nak dengan tak nak sama banyak, aku ikutkan sahaja rentak gerakannya.

Tubuh kusandarkan pada passenger seat dan dia kembali ke sebelah muka pintunya dan menghenyakkan tubuhnya di sebelah tempat driver.

Tanpa sebarang kata-kata, dia menarik seatbelt dan memakaikannya pada tubuhku.
Aku hanya membatu.
Hanya anak mata sahaja yang melihat bagaimana rapatnya tangan Haider pada tubuhku ketika dia hendak menarik seatbelt pada sisi sebelah kiriku.

Teringatkan Isaac yang meminta aku sendiri memakai seatbelt membuatkan aku melepaskan keluhan.

Mereka terlalu berbeza.

Haider masih mendiamkan diri.
Pintu kereta dikunci dengan automatic lock.
Dia menekan button power dan terus memulakan pemanduannya.
Haider terus membelokkan keretanya ke arah jalan besar.
Tangan kanannya kuat menggenggam stereng.
Manakala tangan kirinya membuka radio.
Berkumandang lagu Animals nyanyian Maroon 5.

Gross! Aku terasa geli mendengar lirik lagu psiko itu.
Tetapi aku masih tidak berkata apa-apa.

Pandanganku tumpah ke arah jalan raya yang ada sekelilingku.
Signboard kuperhatikan.
Eh kejap.
Ini bukan jalan balik ke Gombak!

" Haider, where are you taking me?" aku memalingkan tubuhku ke arahnya.

Haider masih menumpukan kepada pemanduan.
Seolah-olah tidak mendengar kata-kataku.

" Haider, where are you taking me?" aku mula menguatkan sedikit suaraku. Kegelisahan menguasai diri.

Haider menarik nafas.

" Bangsar.." jawabnya.
Aku mula merasa tidak selesa. Kenapa ke Bangsar pulak ni?
Jam dah nak dekat pukul 11.00 malam. Dahlah satu apa pun aku tak ada ni.
Handphone yang paling penting tu pun aku tak teringat nak ambil tadi.

CULIK [ Completed ]Where stories live. Discover now