PART 7 : Wrong-doings

4.7K 197 0
                                    

**Edited**

Isaac POV

(Author's Note : Isaac is an American citizen. His POV suppose to be written in English since his mother-tongue is American English,tapi to make it blend dengan the whole story, i just mixed both language secara harmoni walaupun tak memartabatkan kedua-dua bahasa. Sorry if you guys got offended with my writing yang ikut suka hati guna bahasa je ni taw. Just look at the bigger picture and immersed in this story.. Hee..)

****

Aku bingung.
Masih terasa genggaman erat pada sebelah tangan kananku.
Siapa wanita yang telah aku bawa pulang semalam?

Seharian aku minta Dominic memerhatikan dia setelah aku ternampak dia pertama kali di Roma Termini. Waktu itu, aku baru kembali dari meeting trip di Prague.

Memandangkan Anna Maria pernah menghilang, jadi aku tak mahu dia lari jauh lagi. Maka aku terpaksa menggunakan cara yang agak kasar untuk membawanya pulang semula ke rumah kediaman kami.

Anna Maria yang aku kenali merupakan seorang yang lincah, chicky dan manja.
Dia suka memakai mekap yang tebal pada bahagian mata.
Rambutnya dark brown dan ada sedikit red highlight.

Tapi sayangnya dia pergi menghilangkan diri tanpa khabar sebulan yang lepas dan kehilangannya hanya disedari semasa Alanzo hendak membawa sarapan pagi kepadanya pada pagi keesokkan harinya.

Aku terpanar.
Berita kehilangan Anna Maria membuatkan aku hilang punca.
Pagi itu, semua appointment aku cancelkan, aku minta Samantha, secretaryku menukar ke semua appointment hari berkenaan ke tarikh yang lain.
Kemana dia pergi menghilang?
Atas alasan apa dia menghilangkan diri?
Berminggu-minggu aku cuba menjejakinya tetapi menemui kegagalan sehinggalah pada hari Isnin, 26 Mac jam 8.30 malam.
Aku nampak dia.
Aku nampak 'Anna Maria', tanpa solekan tebal dan membawa gaya yang lebih santai.

Dan semalam, dalam diam aku memasuki ruang bilik hotel 'Anna Maria'. Memerhatinya tanpa melakukan sebarang bunyi yang boleh menimbulkan kecurigaan.

Aku tak rela sesiapa menyentuhnya, oleh sebab itu aku sendiri yang mahu membawanya pergi.

Melihatkan dia seakan terleka, aku tekup mulutnya dengan kain yang telah kusapu chloroform. Cukup untuk membuatkan 'Anna Maria' terlelap.

Tanpa membuang masa, aku cempung dirinya bridal style dan memberitahu receptionist hotel bahawa dia terpaksa check out awal kerana mengalami demam panas mengejut.

Barang-barang peribadinya kuminta Dominic settlekan dan ketika dia masih tidak sedarkan diri, Alanzo dan pembantunya mengemaskan barangan wanita tersebut ke dalam attached cupboard yang terletak dalam bedroom tersebut.

Keluhan berat kulepaskan.
Aku baru berhajat untuk menemui Anna Maria dan meminta penjelasan daripadanya pagi ini sambil memberikan warm hug seperti biasa tetapi semuanya seakan satu kesilapan besar.

" Benvenuto a casa, amore, " (Welcome home, love) aku menyapanya dengan penuh kasih sayang tetapi wanita yang kusangka Anna Maria itu menolak tubuhku dengan kekuatannya.
Aku tersentak.

" Who the hell are you, Mr. Gorilla? Where am I?"
Kata-katanya kasar. Aku nampak dia macam terancam.
Bukan dia.
Dia bukan Anna Mariaku.
Hanya wajahnya saling tak tumpah seperti Anna Maria.
Tetapi hakikatnya dia terlalu lain, terlalu berbeza.

Mon amore.. " (my love) aku memanggilnya.
" English please. I am not Italian. I'm Malaysian. "
Sekali lagi aku cuba menyembunyikan rasa terkejutku.
" Are you serious? Anna Maria can speak Italian fluently eventhough she is Korean.."
" Who is she? I am Tilda! Not that Anna Maria!"
" Do you get your head hit somewhere before? "
Aku menilik wajahnya.
Dalam hati ini terasa ingin menyentuh kepalanya tetapi niat itu kutahan.

Aku perhatikan wajahnya yang lembut dan natural tetapi kata-katanya tegas dan perwatakannya seperti seseorang yang berada dalam bidang profesional.

Nadanya memujuk tetapi penuh keyakinan. Loud and bold.

Aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Fikiranku berpusat memikirkan Anna Maria dan wanita yang bernama Tilda. Namanya asing dan paling mengejutkan adalah dia merupakan rakyat Malaysia dan beragama Islam.

Islam? Don't they wear something to cover their hair?

Pen di atas meja kupusingkan. Salah satu tabiat apabila aku sedang memikirkan sesuatu.

Ingatanku tiba-tiba teringatkan Yasmeen, sahabat baik semasa zaman belajar di MIT (Massachusetts Institute of Technology, Cambridge) yang berasal dari Dubai, dia juga seorang Muslim tetapi mempunyai personaliti yang menyenangkan. Cuma, ketika bersahabat dengannya, kami mempunyai beberapa halangan misalnya no friendly hugs, no light kiss on the cheeks, no alcohol party and few things yang dilarang dalam agama Islam.
I'm okay with that, perhaps we are totally just a friend, a very good one so sebagaimana dia respect gaya hidupku, begitu juga aku menghormati gaya kehidupannya.

Bahkan ketika zaman belajar, aku memilih untuk berkawan dengan semua bangsa dan semua agama dari pelbagai negara tanpa ada rasa skeptikal dan prejudis.
Kami bersahabat atas dasar sikap saling menghormati dan bertoleransi.
To be honest, I am free-thinker dan ini jalan yang aku pilih buat masa sekarang.

Memikirkan tentang 'Anna Maria' yang lain ini membuatkan aku perlu memikirkan beberapa isu sensitif yang tidak boleh aku lakukan kepada dirinya.

Dia bukan Anna Maria.
Dia Tilda.

Lamunanku tercantas.
Handphone yang terletak di dalam kot berbunyi nyaring.

Dominic is calling

Aku tekan butang hijau dan melekapkan handphone ke telingaku.

Suara Dominic menerjah gegendang telinga, membawa berita yang aku nantikan.

" Tilda Rose binti Ammar Razif, she's a tourist from Malaysia sire.. I think we've took a wrong people."

Jantungku berdegup laju.
A wrong people.
Bila-bila masa sahaja, dia akan lodge report selepas dibebaskan nanti.

Aku meletakkan kedua-dua siku di atas meja study.
Mencongak perancangan sebelum tersenyum kembali.

" A deal. Soft threats and deal.."
Nombor telefon Olindo Diggory, peguam peribadiku yang berada dalam speed dial 3 kutekan.

Setelah panggilan disambung dan disapa dari talian sebelah sini, aku terus memberitahu niatku menelefonnya,

" Ciao, signor Diggory, puoi aiutarmi a scrivere un accordo?" (Hi Mr Diggory, can you help me write down an agreement?)

*************

(A/N)

Guys, done BAB 7.
Phew! Agak mencabar bila try menulis menggunakan personal POV ni but i tried once. Hehe.
Hope korang dapat memahami cerita ni dengan baik..
Thanks for dropping by!

Keep voting, love.

CULIK [ Completed ]Where stories live. Discover now