PART 34 x 1 : Hostage

2K 87 4
                                    


Jam 3.30 pagi.

Razif cuba menenangkan Rose yang semakin tidak tentu arah.
Wanita itu mulanya berjalan kehulu-kehilir, kemudian duduk kembali di atas sofa.

Handphone tak lepas dari genggaman.
Menunggu update dari pihak polis mengenai kehilangan Tilda.

Talia pula berpaut pada Haider.
Tubuhnya terlalu lesu dan lemah.
Kepalanya berbalut kemas.
Dia pengsan selama hampir 3 jam sebelum tersedar kembali dan terus menangkap tubuh Haider yang berdekatan dengannya.
Pelukannya erat, badannya bergetar-getar ketakutan.

Ketika Haider tiba di tempat kejadian, jam menunjukkan 12.45 pagi dan dia hanya ternampak kelibat Talia terbaring dengan kepala terkulai pada seat pemandu.

Haider menepuk-nepuk pipi Talia untuk menyedarkan wanita itu tetapi gagal.
Nafas Talia perlahan dan lemah.

Tanpa menunggu lebih lama, Haider terus mencempung tubuh Talia dan terus membawanya ke klinik swasta berdekatan.

Dalam perjalanan membawa Talia ke klinik, Haider sempat menelefon pihak polis dan segera melaporkan kejadian pecah kereta dan culik yang berlaku di Highway Duke kira-kira jam 12.30 malam berdasarkan waktu Talia menelefonnya.

Ketika di dalam klinik, Haider memberitahu doktor yang membuat pemeriksaan kepada Talia bahawa wanita itu diserang oleh sekumpulan penjahat dan menculik seorang wanita sebelum doktor tersebut memikirkan pelbagai spekulasi yang buruk tentangnya.

Selepas Talia selesai menerima rawatan, Haider membawa Talia ke rumah keluarganya.
Nombor Uncle Razif didail dan dia memberitahu yang Talia ada bersamanya dan meminta Uncle Razif untuk menunggu kepulangan mereka sebelum menceritakan hal sebenar.

Talia yang baru sahaja sedar akhirnya membuka mulut dan menceritakan tentang serangan yang berlaku kepadanya tadi.

" Yeobo, do we have any enemy? " Madam Rose memegang lengan Razif.

Razif diam. Lama.

" We are in business field, Rose. There are so much possibilities I can tell, " Razif mengusap belakang tubuh isterinya memberikan jawapan yang sepatutnya.

Madam Rose mengeluarkan tangisan.

Talia baru berhasrat untuk membuka mulut tentang cerita yang Tilda beritahu kepadanya ketika di Itali sebelum handphone Madam Rose berbunyi nyaring.

Dengan lafaz Bismillah, Madam Rose menekan button hijau dan melekapkan handphone ke telinganya.

" Annyeong Na-Reum.. "

Demi mendengarkan suara itu, lututnya terus lembik.
26 tahun lamanya suara itu tidak didengari.
Madam Rose mengenggam handphonenya sekuat hati sambil mendengarkan kata-kata daripada seseorang yang dibenci seumur hidupnya itu.

Razif, Talia dan Haider panik melihat perubahan perlakuan Madam Rose yang nampak terganggu dengan panggilan tersebut.

Madam Rose hampir terjelepok jatuh tetapi Razif sempat meletakkan bahunya sebagai penahan.
Handphonenya terhempas di atas sofa.
Air matanya berjurai-juraian tumpah membasahi pipi.

Talia dan Haider menghampiri Madam Rose

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Talia dan Haider menghampiri Madam Rose.

" Why Mom? "
" Why Aunty? "

Tanya mereka serentak.

Madam Rose menahan sedu dan mula mengatur bicara.

Shin Kyun Sung.. He got my daughters.. "

Razif tersentak.

" Daughters? " Talia kebingungan.
Haider juga.
Mereka memegang lengan dan belakang Madam Rose untuk menahannya dari rebah.

Dengan tarikan nafas dalam, Madam Rose menjawab pertanyaan Talia,

" Lia,  Tilda got twin sister.. "

Dan Talia terduduk mendengarkan kata-katanya ibunya.

Rahsia apakah yang disorokkan oleh mom and dad selama ini?

************

Isaac hampir menghempaskan handphonenya tetapi segera ditahan Dominic.

" Calm down.. Calm down.. We need his number to trace the location.. " Dominic mengambil handphone Isaac dan menghantar nombor panggilan itu kepada Levi.

Isaac kembali tersedar.
Dia baru sahaja menerima panggilan misteri pada jam 3.45 pagi waktu Malaysia.

Anna Maria hilang bukan kerana menghilangkan diri tetapi dia diculik!
Diculik oleh seseorang yang Isaac tidak kenal sama sekali.

Isaac serabut.
Memikirkan keselamatan Anna.
Memikirkan Tilda yang mendiamkan diri.
Isaac menumbuk dashboard kereta.

Dominic terjetak sedikit tetapi dia berpura-pura tenang kembali.

Handphone Isaac berbunyi kembali.
Nama Levi tertera pada skrin.

" Hello Isaac, I've got his location... "

Dan Dominic dengan cekapnya memasukkan GPS tersebut dan memandu ke arah lokasi yang diberitahu oleh Levi.

*********

" Rose..Rose..we have to inform the police.." Razif memujuk Rose yang enggan melaporkan hal panggilan itu kepada pihak polis.

" Yeobo, he had my daughters. Telling the police just make things worse!"

" Okay, but where can we meet him? Did he tells you?" Razif merendahkan tubuh agar pandangan matanya setara dengan pandangan mata Rose.

" He only mentioned KL Golden Triangle and I got no ideas where is it.. " Tangisan Rose pecah lagi. Lebih kuat dari tadi.

Razif terus menarik Rose ke dalam pelukan eratnya, menghadiahkan kekuatan dan semangat buat isterinya.

Dari belakang Rose, dia menghantar isyarat kepada Haider untuk mencari lokasi Golden Triangle of KL dan dengan berat hati dia menggumam tanpa suara, ' call the police '.

Talia menutup mulutnya.
Kepala diletakkan di belakang Haider.
Tangisannya berlagu sayu.

**********

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

**********

CULIK [ Completed ]Where stories live. Discover now