PART 20 : Meet again?

2.5K 123 1
                                    

Present
The dark room
Tilda's POV

You missed me, love? " dia menundukkan tubuhnya dan merapatkan wajahnya ke arahku.

' DAMN! ' aku mencarut di dalam hati.

Aku bergelut dan membuat bunyi bising. Aku mahu duct tape ini dibuka.
Aku lemas. Aku mahu mengeluarkan suaraku.

Papa Isaac masih menggelakkan aku.
Aku tahu dia papa Isaac tetapi masalahnya aku tidak kenal siapa dia.
Siapa dia sampaikan dia berani buat begini pada diriku.
Mataku mencerlang menentang pandangannya.

Dia menegakkan tubuhnya.
Tangan kirinya menghampiriku.
Duct tape ditarik kasar.

Berair mataku menahan pedih apabila bulu-bulu romaku yang melekat pada duct tape itu tercabut sekali tetapi aku bertahan.

" Who the hell are you?! " keras nada suaraku, aku terus bertanya kepadanya tanpa bertangguh apabila mulutku bebas kembali.

Giovanno menepuk tangannya.
Dia berjalan mengelilingiku.
Sebelum tanpa amaran, tangannya yang besar itu mencekik leherku.

Aku menjerit tetapi tak lepas.
Ruang penafasanku menjadi sempit.
Urat di dahiku timbul.
Mataku perit menahan seksa dicekik.
Jantungku berdegup tak tentu arah.
Air mataku mengalir deras membasahi pipi.

Aku tak mampu nak menahan seksa itu sebelum dia melepaskan genggamannya pada leher dan menolak aku jatuh daripada bangku yang kududuki.

Aku terbatuk-batuk, tercungap-cungap menyedut nafas yang hampir terputus tadi.
Azab.
Air mataku masih mengalir tetapi tidak sederas ketika mula-mula menahan seksa dicekik tadi.

" You don't need to ask me that question, my dear.. You know me so well I can't even tell.. " dia merapatkan dirinya ke arahku. Badanku ditarik dan dia mendudukkan aku di atas lantai yang sejuk dingin ini.

" Please.. I can't understand this. What is going on right now.. " aku mengendurkan suaraku. Cuba bermain reverse psychology.

Bukan jawapan yang aku dapat tetapi tindakan Giovanno yang merapatkan jarak antara kami menyebabkan aku mulai rimas.

Bau cerut bercampur dengan perfume cologne yang dipakainya menyesakkan ruang pernafasanku.
I just hate smoker!
Please..
Tetapi aku hanya bisikkan di dalam hati.

Wajah zahirku masih cuba maintain membuat muka sayu dan meraih simpati.

"Don't act innocent Anna. Tell me where do you take the files in my room!!" suaranya tiba-tiba naik satu oktaf.
Betul-betul disebelah telingaku sehingga badanku tersentak menahan rasa terkejut.
Dia menghentakkan penumbuknya di atas lantai.
Aku hampir tersedu.

" Whatever you ask me now, I don't have any idea.. " aku menggeleng-gelengkan kepala. Pada waktu begini, percayalah yang aku bukan nak tunjuk berani tetapi aku perlu defend diri aku yang teraniaya dan tak bersalah ini.

Giovanno berdiri.

" Rick, whip her. Hard! " dia memberikan arahan kepada salah seorang lelaki yang berada di situ.

Aku cuba mengengsot dan bergerak walaupun aku tak tahu mahu di bawa ke mana tubuhku ini, walaupun aku tahu usaha ini sia-sia. Aku mahu bergerak menyelamatkan diri dengan sisa tenaga yang ada.

Zasssssss!
Satu sebatan hinggap di belakang badanku.

"ARGHHHHHHHH!!!!" aku melepaskan jeritan perih.

" Harder! " Giovanno memberikan arahan lagi.

Satu sebatan singgah lagi di belakangku. Tempat yang sama. Aku terasa belakangku berbirat setiap kali rotan itu hinggap di badanku.
Jeritan demi jeritan kulepaskan.

" Please..please.. " aku merayu-rayu, memohon agar dihentikan sebatan itu.

Giovanno kembali mendekatiku lagi.

" Now you tell me, where do you take the files, Anna Maria.. " dia bermain dengan nada suara, lembut tetapi penuh tekanan.

Anna Maria!
Nama ini lagi.
Dua kali nyawaku terancam hanya kerana wanita itu!
Siapa dia?!!!
What the heck!!

" I am not Anna Maria! " aku terlepas menggunakan nada suara yang agak tinggi. Aku sukar mengawal diriku. Gentar,cemas,takut bergaul menjadi satu.

" How dare you playing around with me!" Tangannya yang besar itu menampar pipi kiriku.
Terteleng aku dibuatnya.
Pipiku perit dan pedih.

Ya Allah. Aku mohon ya Allah. Berikan bantuan kepadaku ya Allah.
Air mataku mengalir deras.

I can't take this anymore. Please stop this agony.
Jiwaku merintih.

Ketika Giovanno cuba menyentuhku lagi, tidak semena-mena tumpuan semua orang yang berada di dalam bilik gelap ini terpesong ke arah bunyi tembakan yang bertalu-talu dari luar pintu bilik.

Peluhku mengalir deras.
Mataku sudah kelam tak bercahaya.
Bayangan ajal terasa semakin dekat.

Seumur hidupku,ini kali pertama aku mendengar bunyi tembakan. Jelas.
Tekakku sudah sakit.
Suaraku semakin serak dan tenggelam timbul.

Aku hanya nampak Giovanno dan orang-orangnya bangun menuju ke pintu keluar membiarkan aku dengan keadaan yang masih berikat.

Namun belum sempat mereka sampai di muka pintu, pintu itu ditolak kasar dari luar.

Aku nampak satu bayangan lelaki yang tinggi.
Dia memegang pistol.
Di belakangnya ada beberapa orang lagi. Mereka semua memegang pistol.

Aku dengar tembakan demi tembakan berbalas di dalam bilik itu sehingga tanpa sedar, pandangan mataku kelam dan aku tidak sedarkan diri sekali lagi.

***********

(A/N)

Koranggggg,
Sorry kalau part ni cam ganas sikit ya.
Just to make the story look real so memang sis buat jugaklah part Tilda diseksa walaupun dalam masa yang singkat.
Hee..
So siapa lelaki yang muncul tu?
Apa kena mengenalah Anna Maria dengan Gio dan Isaac,
Korang ada idea tak?

Apapun stay tuned for my next updates guys!

Thank youuuu..

CULIK [ Completed ]Where stories live. Discover now