PART 26 : Surprise

2.4K 118 13
                                    

Anna Maria's POV
South Korea, Korea

Dengan penuh berhati-hati sambil melindungi angle diriku daripada terexpose kepada CCTV yang dipasang merata-rata tempat dalam ruang kediaman, aku akhirnya berjaya meloloskan diri dari bilik tahanan yang telah kudiami selama sebulan itu atas bantuan Ahjumma Kim, Tray dan Xavi.

Aku tidak menoleh ke belakang lagi setelah berjaya melepaskan diri dan terus menuju ke arah kereta yang dipandu oleh Tray dan Xavi di celah-celah semak di luar pintu pagar kediamanku.

Ahjumma Kim sempat menghulurkan kepadaku satu bagpack berisi sedikit pakaian, makanan ringan, passport dan purse.

Walaupun aku memilih untuk meninggalkan, tetapi hatiku tetap sayu apabila melihat kediaman yang nampak gah di luar tetapi suram dengan kasih sayang di dalam itu dari jauh selepas kereta yang dipandu Tray bergerak laju membelah lautan kenderaan di jalan raya.

Appa tak pernah menzahirkan kasih sayang yang sebenar-benarnya padaku.
Hanya kepada oppa lah, tempat aku bermanja.

Dan Ahjumma Kim juga ada menceritakan padaku bagaimana omma menjadi mangsa kerakusan nafsu appa selepas isteri appa meninggal dunia.

Rupa-rupanya, appa telah lama menyukai omma tetapi perasaannya ditentang dan tidak direstui oleh keluarga hanya kerana omma seorang anak maid di kediaman itu.

Tambah memilukan apabila oppa hanya bertepuk sebelah tangan dan
Omma tiada perasaan kepada appa walau sekelumit pun melainkan rasa hormat kepada tuan rumah.

Dan kejadian hitam berlaku kepada omma ketika dia berada di taman selepas menyambut birthday kawan baik lelakinya iaitu Oh Jang Min.
Mereka memang berkawan rapat antara satu sama lain dan saling mempunyai perasaan tetapi masing-masing menidakkan kerana mahu mengejar masa depan yang lebih baik sebelum settle down in marriage.

Dan omma hanya baru berusia 18 tahun ketika itu!

Kesian omma.
Omma menderita selama dua tahun. Dia dikurung dan diseksa zahir dan batin. Melayan dan mengikut kehendak appa sehingga akhirnya dia melahirkan anak kembar perempuan iaitu aku dan adikku.

Ahjumma Kim tak mampu berbuat apa-apa apabila appa menggugut akan membunuh omma, satu-satunya adik yang dia ada di dunia ini.
Oleh kerana itu dia mengumpul kekuatan yang sangat lama dan berazam tidak mahu aku mengikut jejak langkah omma, dikurung dari dunia luar dan menderita.

Setelah mendapat maklumat bahawa Appa sekarang berada di Daegu manakala oppa pula berada di Chungcheon, Gangwon Province melawat Bae Kyun unni, kekasih hatinya, aku terus mengatur strategi.

Bagaimana pula Tray dan Xavi tiba-tiba mahu membantuku?
Its all about offer and deal.
Aku telah membuat serahan 200,000 Euro kepada mereka dengan menggunakan akaun yang telah Gio sediakan untukku seminggu yang lepas ketika kedua-duanya datang melawatku.

Walaupun tempoh aku bersama Gio hanya sebulan lebih, dia terlalu mempercayaiku dan memasukkan sejumlah wang yang besar ke dalam akaun tersebut walaupun aku mengatakannya ia tidak perlu ketika itu.

Tapi sekarang ini, duit yang kufikir tidak penting itu telah menjadi sangat penting apabila aku memerlukan duit tersebut untuk melepaskan diri dan pulang semula ke pangkuan Isaac.

I get the money from the father just to get back and live with his son again.
How irony.

Tray menekan pedal minyak dan memandu kereta dengan kelajuan paling maksimum.

Tidak boleh lewat seminit, kami perlu sampai ke airport sebelum orang suruhan appa tersedar yang aku telah melepaskan diri.

***********

Isaac's POV

Selepas selesai sahaja meeting dengan beberapa rakan niaga baru yang datang dari negara Asia di New York City, aku menaiki pesawat peribadi untuk pulang semula ke kediaman rasmiku di Mansion Villa, Rome, Italy.

Aku sebenarnya tak selalu sangat pun travel dengan private plane.
Kadang-kadang aku lebih suka menaiki pesawat biasa untuk merasai kehidupan seperti orang biasa. Lagipun, harta kekayaan yang ada sekarang ini bercampur dengan harta kekayaan papa oleh itu aku mahu belajar berusaha dan survive dengan cara sendiri.

Atas rasa inisiatif itulah, aku mengusahakan syarikat sendiri yang sekarang ini telah berkembang maju dan berjaya selepas bertapak lebih 5 tahun dalam industri sains dan teknologi maklumat dunia.

Aku meletakkan kot dan melonggarkan tali leher mencari posisi yang selesa berlunjur di atas seat pesawat dan ingin melelapkan mata seketika sebelum sampai ke Rome.

***************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


***************

Aku melangkah ke kediamanku dengan perasaan kosong.
Badanku letih dan tidak bermaya.
Dalam kepala sudah aku aturkan plan mahu berendam di dalam bathtub, having light dinner and gone to deep sleep.

Sebaik sahaja kakiku menghampiri dapur dengan niat mahu meneguk air, telingaku menangkap perbualan yang rancak dengan gelak tawa.

Aku menghampiri dapur dengan perasaan penuh debaran.

Dimataku sekarang ini, Alonza sedang berbual-bual dengan seseorang dalam bahasa Itali.

Suara yang mengencangkan lagi debaran didadaku.

Aku berjalan menghampiri Alonza dan dengan sekelip mata, suara yang kudengari tadi menjerit kuat.

" Theo!!!!! "
Anna Maria berlari ke arahku, melompat dan melilitkan kakinya di sekeliling pinggangku.

Aku terkedu. Mataku membulat.
Alonza juga memandangku, menghantarkan pandangan yang aku sendiri tahu dan faham maksudnya.
Aku membalas dengan mengucapkan kata-kata yang tidak mengeluarkan suara ' see me after this. '
Alonza menunduk sambil menganggukkan kepalanya.

" Oh God! I miss you! Mi mance amore! " (I miss you,love!)
Dan pelukannya dieratkan sehingga dadaku merasa sesak.

Anehnya, hati ini tidak merasa apa-apa.

Sentuhannya tak lagi menghantar signal bahagia.

Tetapi tangan kiriku tanpa sedar, menepuk belakangnya perlahan-lahan.

Sungguh, tiada lain rasa dihati ini selain daripada rasa kesian.
Kesian akan dirinya yang dahagakan perhatian dan kasih sayang.

***********

(A/N)

Koranggg..
sorry ya..
Anna Maria sangat licik..
Dia akan pursue kalau dia nakkan sesuatu perkara tu..
Dia sanggup buat macam-macam untuk kejar target dia.
Termasuklah Isaac Theodore Benjamin.
Adakah Isaac akan kembali bersama Anna Maria dan melupakan Tilda?

Stay tuned guys!!

CULIK [ Completed ]Where stories live. Discover now