PART 27 : Kim Na-Reum

2.3K 110 0
                                    

Flashback
1992
Somebody's POV

Tubuhku pegun.
Aku memandang kawasan sekeliling airport yang dipenuhi dengan pelbagai jenis orang.

Aku mendukung erat anak perempuanku. Cukuplah aku hanya terpisah dengan kakak kembarnya, jadi aku tak mahu dia terpisah dariku.

Shin Jae-Ha, anakku itu kukucup dan kuhidu baunya yang nyaman.
Dia tergeliat kegelian.
Tergelak kecil apabila diusik-usik manja.

Aduhai anak

Ups! Tento obrázek porušuje naše pokyny k obsahu. Před publikováním ho, prosím, buď odstraň, nebo nahraď jiným.


Aduhai anak...meski lahirmu tak kupinta tapi melihatmu buat pertama kali sudah buat aku jatuh cinta.

Masih teringat lagi kesakitan melahirkan beberapa bulan yang lepas, kejamnya Tuan Shin tidak membawaku ke hospital.
Dia lebih sanggup memanggil doktor dan nurse peribadinya.

Aku melahirkan kedua-dua bayiku di kediaman itu.
Kediaman yang sama tempat aku dibesarkan dari sekecil tapak tangan.

Sanjungan aku kepada Tuan Shin musnah apabila berlakunya satu kejadian yang tak akan aku lupakan seumur hidupku.

Aku baru sahaja selesai mengemas kawasan meja taman tempat menyambut birthday Jang Min dan sedang berjalan kaki hendak pulang semula ke kediaman yang merupakan rumah keluarga Tuan Shin ketika lelaki itu mengheretku masuk ke dalam keretanya yang bertinted gelap.

Aku meronta-ronta sehingga habis tenaga, merayu-rayu sehingga habis suara tetapi dia langsung tidak menghiraukanku.

Tangan dan kakiku digari, pergerakanku terbatas.

Dia membawaku ke suatu tempat yang jauh daripada kawasan kediaman dan disitulah kesucianku diragut.

Aku terlalu bingung, pedih dan perit.
Aku menangis tanpa henti sehingga longlai, pengsan dan tidak sedarkan diri.

Aku tak tahu masa bila dia membawaku pulang ke rumah dan mengurungku di dalam salah satu bilik yang ada di dalam kediaman itu,sehinggalah aku terjaga dari pengsan dan cuba membuka pintu tetapi gagal.
Aku mencuba berkali-kali sehingga kelelahan.

Bermula detik itulah, Tuan Shin sering mendatangiku tanpa belas.

Aku tak ubah seperti hambanya.
Aku tak punya hak untuk bersuara walaupun makan pakaiku tetap dijaga dengan baik.

Setiap bulan dia akan memberikanku pakaian baru, dia akan mengemaskan penampilanku, memotong kuku kaki dan tanganku malah dia juga akan memandikanku dan mengambil tahu bila masa haidku datang.

Aku jadi takut dan keliru.
Ada masa dia seolah-olah menyayangiku.
Ada masa dia tak jauh beza seperti binatang buas yang kejam.

Aku menggeleng-gelengkan kepalaku.
Aku tak mahu ingat semuanya.
Aku mahukan kehidupan baru.
Aku mahukan kehidupan yang suci daripada dosa dan noda.
Aku tak sanggup lagi.

Walaupun keputusan aku melarikan diri dari kediaman Tuan Shin akhirnya membawa padah apabila aku diculik oleh lelaki asing yang bertutur dengan bahasa asing, sekurang-kurangnya aku telah mencuba, mencuba untuk mengubah nasib diriku dan lari dari cengkaman lelaki bernama Shin Kyun Sung.

CULIK [ Completed ]Kde žijí příběhy. Začni objevovat