PART 22 : Stop this agony

2.5K 110 2
                                    

Present
South Korea, Korea
Anna Maria's POV

Aku merapatkan lututku ke dada.
Merenung ke dinding yang kucontengkan bentuk garisan menegak sepanjang dua ruas jari yang kemudian ku potong serong setelah cukup 5 garisan kubuat. Kemudian aku ulangi lagi 5 garisan menegak itu dan dipotong serong.
Dan sekarang, apabila dikira jumlah garisan itu telah mencecah 28 batang.

Itulah penanda tarikhku.
Tarikh aku ditahan di dalam bilik tahanan ini.
Bilik tahanan yang appa bina untukku.
Sudah 28 hari aku di sini.

Ruangnya terhad tetapi tidak sempit.
Keadaannya lebih kurang sama seperti dalam penjara yang bernama The Justice Center, Leoben, Austria tetapi yang membezakannya adalah bilik ini tiada televisyen dan kerusi meja.

Aku membuang pandang ke arah luar tingkap yang siap bergril dan dilengkapi dengan security code.
Keluhan berat kulepaskan.

Its been a month since the last day I met you, Theo.
Aku merintih siang dan malam. Nama Theo tak pernah sesaat pun kulupakan.

Aku langsung tidak menyangka Giovanno itu papanya. Sungguh.

Perkenalan aku dan Theo terlalu cepat menyebabkan aku tidak dapat mengenalinya dengan sempurna.

Kami terlalu asyik dan tenggelam dalam bercinta. Kami hanya bercerita tentang hal-hal perancangan masa depan sehingga terbuai leka dan tidak ada seorang pun antara kami mahu terganggu dengan perkara yang lain selain daripada kisah yang membahagiakan.

Dalam masa hampir tiga bulan perkenalan, aku langsung tak bother untuk tahu dan kenal diri kami secara mendalam apatah lagi nak menyelami kekurangan dan potensi diri masing-masing.

Cuma seingat aku, dia sering meminta maaf dan berjanji akan sentiasa jujur dan setia kepadaku. Maaf yang aku tidak pasti atas kesalahan apa.
Mungkin kerana dia kerap sibuk menguruskan syarikatnya sehingga kadang-kadang mengabaikanku.

Kami tinggal berasingan.
Aku di apartment Via del Porcellana, Santa Maria Novella, Florence dan dia di kediaman rasminya di Majestic Villa, Rome.

Tetapi disebabkan dia sering memujukku tinggal bersama dengannya, aku akur dan berpindah ke rumahnya sebulan kemudian.

Semasa berada di Italy kali kedua itu aku berazam untuk berubah, segala bentuk telekomunikasi yang melibatkan Tray dan Xavi serta appa dan oppa kuhapuskan.
Aku menghilangkan diri dan aku mahu memulakan kehidupan baru.

Hubungan aku dan Theo semakin hari semakin rapat dan sukar dipisahkan lagi.

Walau tinggal sebumbung, Theo adalah seorang gentleman yang tidak akan mengambil kesempatan kepadaku sewenang-wenangnya especially without my permission.

Dia telah menyediakan bilik khas untukku dan sentiasa menghormati privasi yang aku inginkan.

Aku hanya tahu namanya Isaac Theodore bukannya Isaac Theodore Benjamin.
Mati-mati aku ingatkan family namenya Theodore dan menganggap dia tiada middle name.

Dan siapa sangka, aku bertemu kembali dengan dia.
Dia yang telah aku nyahkan dalam ingatanku.
Giovanno Forza Benjamin.

Mengimbau kembali pertemuan antara aku dan Theo, kami berjumpa di City of Irvine, California pada satu malam sekitar bulan November 2017.

Ketika itu, dia memandu salah satu keretanya iaitu Ferrari 488 dan aku pula bersendirian tanpa sempat memberi isyarat kepada Tray dan Xavi untuk mengambilku di luar kediaman Giovanno.

Yakin bahawa dia adalah orang yang baik melalui raut wajahnya aku mengatakan padanya aku hampir diculik orang jahat, wajahku sengaja kubuat-buat cemas sebelum akhirnya dia membawaku ke bumi Italy menggunakan pesawat peribadinya malam itu juga.

CULIK [ Completed ]Onde histórias criam vida. Descubra agora