PART 8 : Signora

4.4K 183 0
                                    

Sarapan pagi tadi yang dibawa oleh Alonza masih di atas round glass table tidak disentuh.

Dalam hati Tilda tertanam rasa was-was. Dia sedar bahawa sekarang ini dia berada dalam kediaman orang bukan Islam.

Kebarangkalian bekas pinggan yang digunakan bercampur aduk dengan makanan yang haram, daging khinzir aka bacon misalnya adalah tinggi dan mungkin juga tuan rumah ini ada membela anjing dan seluruh ruangan rumah ini perlu dipijak dengan berhati-hati.

Tilda berjalan mundar-mandir. Sekejap dia bergerak ke kiri, sekejap dia bergerak ke kanan.
Kuku pada ibu jari tangan digigit.

Sambil menyarung sandal putih yang disediakan dalam ruangan bilik tidur itu, Tilda menuju ke attached wardrobe, tujuannya untuk membuat pemeriksaan mana tahu barangan peribadinya ada di situ, bolehlah dia menukar pajama yang tersarung pada tubuhnya ini kepada pakaian baru yang lebih selesa.

Dia menyelak ruangan yang paling dekat dengan katil dan rahangnya hampir jatuh. Kesemua barangan peribadinya sudah siap tersusun dengan kemas. Semua. Tak ada yang berkecuali. Siap ada tambahan beberapa pakaian, beg tangan dan kasut yang baharu. Semuanya padan dan memang mengikut saiznya. Macam nak duduk lama. Macam tak ada harapan untuk dia keluar dari rumah ini.

Tilda mencari-cari luggagenya di setiap ruangan. Dia perlu mengemas kesemua barangan peribadinya untuk kemudahan menjalankan escape plan yang masih dirancang dalam pemikiran.

Setelah semua kawasan digeledah, ternyata luggagenya tiada di dalam bilik itu.

Tilda menghembuskan keluhan berat.
Dahinya dipegang. Tangan kanannya mencekak pinggang.
Suhu bilik yang nyaman tidak dapat melegakan hatinya yang tidak keruan.

Dia berjalan menuju ke arah tingkap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Dia berjalan menuju ke arah tingkap. Melihatkan keadaan di luar yang masih redup tetapi ada rasa berbahang, Tilda mengagak waktu sekarang ini mungkin dalam jam 11 pagi.

Perutnya mula bergelodak kelaparan.
Dia menggosok-gosok perutnya.
Bibir bawah digigit.
'Syhhhh.. Slow down little tummy. We can't eat here, please behave..'
Tilda 'memujuk' perutnya supaya tidak meragam dan buat hal.

Tanpa mahu memberatkan pemikiran, Tilda mencapai tualanya yang siap disangkut dengan hanger, dia membawa sekali stand collar single breasted blouse berwarna biru gelap bersama long black pants untuk disalin selepas siap mandi.

Matanya terpesona melihat ruang rekabentuk bilik air yang mewah dan sangat moden itu. Tidak keterlaluan kalau dia katakan yang pemilik rumah ini merupakan seorang billionaire yang mempunyai aset berjuta-juta Euro sehinggakan semua ruangan dalam rumahnya mempunyai luxurious details.

Tilda menuju ke ruangan rak sebelah sinki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tilda menuju ke ruangan rak sebelah sinki. Kesemua mandian dan syampu yang terdapat pada rak itu dibelek ingredientnya.

Setelah berpuas hati dengan kandungan bahan yang halal, dia memulas pili air dan memenuhkan air di dalam bathtub.

Dia mahu berendam di dalam jakuzi itu sambil menenangkan fikiran yang haywire, kusut dan buntu.

**********

Dalam masa yang sama, setelah selesai bercakap dengan private lawyer di dalam bilik study, Isaac berjalan menuruni tangga menuju ke ruangan dapur yang terletak di Ground Floor dan memanggil Alonza.

" Alonza

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


" Alonza.. "
" Si signore, cosa posso aiutarti? " (Yes, sir, what can I help you?)
" Voglio dirti alcune cose, " (I want to tell few things to you)
" Si, signore. "

Alonza yang sedang menyediakan bahan untuk memasak makanan tengahari menghentikan kerjanya.
Dia menuju ke sinki dan membasuh kedua-dua belah tangannya.
Kain bersih dicapai dan tangannya dilap bersih.

Kepada pembantunya yang bernama Loretta, dia berpesan agar kerja-kerja dapur diteruskan terlebih dahulu tanpanya dan memberitahu bahawa dia akan kembali membantu setelah selesai mendengar arahan daripada Tuan Isaac.

Langkah mereka berdua beriringan menuju ke dalam mini office yang terletak di tingkat 1 sebaris dengan bilik study.

Isaac mengarahkan Alonza duduk di atas kerusi berhadapan dengannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Isaac mengarahkan Alonza duduk di atas kerusi berhadapan dengannya.

Beberapa perkara dan arahan dikeluarkan dan Alonza mendengar dengan penuh teliti.

Dia tahu benar yang tuan Isaac tidak mahu sebarang kesilapan berlaku lagi seperti yang terjadi pada hari ini.

Wanita yang disangkakan Anna Maria itu rupanya orang lain dan sangat tiada kaitan dengan Anna Maria.

Impak dari kesilapan ini boleh membawa kepada kejadian yang bakal menggugat reputasi Tuan Isaac Theodore Benjamin yang bukan sedikit tetapi boleh menyebabkan dia dipenjarakan atas kesalahan menculik.

Sebagai loyal worker yang telah berkhidmat dengan keluarga Benjamin turun-temurun, dia perlu memastikan secrets remain in this house dan tidak boleh dihebohkan kepada dunia luar.

***********

Setelah selesai menerangkan beberapa perkara kepada Alonza dan memintanya untuk tidak menyediakan lunch untuk dia dan Tilda pada hari ini, Isaac berjalan menaiki tangga ke tingkat 2 yang menempatkan master bedroom yang dihuninya.

Di tingkat 2 itu juga memuatkan beberapa guest room dan special room yang salah satunya di huni oleh Tilda yang sebelum ini didiami oleh Anna Maria.

Dia ingin menyegarkan tubuh badan dan menukar kepada pakaian yang lebih kasual.

Sebentar lagi dia ingin membawa Tilda keluar makan dan membincangkan beberapa perkara penting bersama wanita itu.

****************

(A/N)

Harini ada mood nak update banyak sikit since next week dah start kerja and yeah, reality hits hard! Haha.
Until this point,
Tilda cuba menerima keadaan yang dia sedang lalui.
Hari ketiga ini, dia masih berada di Bumi Itali tetapi ditempatkan di dalam sangkar emas.
Dirinya terperangkap dan tidak berjumpa jalan keluar.
Tapi tapi tapi,
Haaaa..
Kalau nak tahu sama ada Isaac ni kejam atau tidak, jangan lupa teruskan bacaan korang ya.

Till we meet again in next update!
💋💋

CULIK [ Completed ]Where stories live. Discover now