[part4];last.special.chapter

8.4K 755 142
                                    

Yohalo guys!

[BACA SAMPAI HABIS NOTE YANG PALING BAWAH!!]

Ni dah last special chapter ni,
Dimohon agar kalian spam komen banyak-banyak.
Pleaseeeeeeeee!!
Lepas ni tak adalah
Terkahwin Tanpa Sengaja
Dekat noti '((

Udah, pergi baca sampai habis!!!































°ㅡ

SEPASANG KAKI milik encik suami aku tenung lama, sambil menanti kedatang yang patut hadir, Yoo Taeyang dan isterinya. Sejak diberitahu bahawa mummy kena strok lepas jatuh dalam bilik air, wanita itu meminta aku agar memanggil Taeyang ke sini. Harap-haraplah tak jadi benda yang tak sepatutnya, aku risau pasal hubungan Taeyang dan Yeon.

"Awak pergi mana semalam?" soal Taehyung setelah lama berdiam diri. Wajahnya aku pandang, dia nampak sangat-sangat tak terurus! Segaris senyuman pendek aku ukir.

"Jumpa orang yang mummy nak jumpa. With his wife. Dia nak kenalkan saya dengan wife dia," balasku sambil memandangnya, tepat ke dalam matanya. Dia menghela nafas lega.

"Bila dia kahwin? Kenapa kita tak tahu pun?" soalnya sambil menjuihkan bibirnya sedikit. Aku tersengih, comelnya suami aku ni alahai. Tak jadi nak sakit hati ')

"Yang tu saya pun tak tahu. Diorang tak bagitahu, tapi yang pasti isteri dia dah pregnant. On the way 3 bulan, kalau tak silap saya. Mesti anak diorang comel macam diorang!" aku tiba-tiba jadi excited bila bercakap pasal baby sampai terlupa anak kecilku dirumah, Kim Tae Bin.

Taebin sayang, mama tetap sayangkan kamu. Tapi mama rasa mama tahu nak kenenkan kamu dengan siapa. Harap-harap anak Taeyang dengan Yeon tu lelaki. Boleh jadi menantu aku, muahahaha

"Seriously? Tapi rasanya tak boleh lawan anak-anak kitalah kut, kan?" dia ketawa kecil sambil menarik tanganku ke genggamannya.

"Entahlah. Isteri Taeyang tu cantik daripada saya tau," saja aku cebikkan bibir, mahu bermanja dengannya. Ya, aku rindu saat itu.

"Ya ke lagi cantik daripada isteri kesayangan saya ni? Tak percayalah," Dia mencuit hidungku sebelum tersenyum lagi.

Baik, Haeun. Kau lupakan semua masalah kau. Lupakan semuanya daripada awal, yang penting kau kena lepaskan rindu kau dekat dia. Kalau lepas ni kau dah tak bersama dia, at least ini boleh jadi sejarah kau.

"Tak percaya apa ni, oppa?" soal Sohye yang baru lepas keluar dari bilik mummynya. Sohye pun sampai malam tadi, kerana sebab yang sama, dipanggil oleh mummynya.

"Adalah, sibuk je nak tahu." Kepalaku ditarik kedakapannya, aku ketawa.

"Bermanja-manja pulak dekat sini. Nak semua nurse kat sini tahu yang oppa Sohye ni dah kahwin ke? Yalah, setia sangat dekat isteri dia," Sohye mencebik sebelum berpeluk tubuh. Aku dan Taehyung sama-sama ketawa.

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang