제14회°

9.1K 956 121
                                    

° ㅡ

[ Day 2 in Jeju-Do ]

°•

INI pelik bin ajaib ni .

Tak silap aku , sebelum aku pejam mata , aku ada dalam kereta dengan Taehyung . Kami berdua tengahㅡ i dont want to mention it so fahamkan sendiriㅡ tapi sekarang bila aku buka mata , aku terbaring elok atas katil sebuah bilik yang dihiasi dengan pelbagai perabot dari luar negara .

And yes , aku tertidur . But siapa yang angkat aku masuk bilik ? Dia ke ? Gosh , sado gak enn dia tu ?

No wonderlah rupa bilik dia dalam Vila Tata kepunyaan dia macam ni , diakan CEO syarikat terkenal . Gila tak kaya ? Cuma tulah , aku menyampah bila aku tengok baju-baju dia semua daripada jenama GUCCI manakala baju aku pula daripada bundle .

Kami berdua macam langit dan bumi perbezaannya tetapi takdir telah menemukan kami . Sesungguhnya , tiada istilah kebetulan dalam dunia ini , semuanya telah ditakdirkan oleh Tuhan . Takdir ni kita tak boleh ubah .

Sebaik-baik perancangan , baik lagi takdir yang telah ditetapkan untuk kita . Maka , terimalah takdir itu dengan hati yang terbuka . Bukan apa , semua yang berlaku ni ada sebabnya . Yang kita perlu buat cuma tunggu dan bersabar .

Tanpa berlengah lagi , aku terus bingkas bangun dan menapak keluar daripada biliknya untuk mencari gerangan lelaki yang aku mula cintai itu .

Tengah aku meninjau-ninjau pandangan dalam rumah dia , aku ternampak satu figura lelaki yang kelihatan tegap daripada belakang dan nampak kool bila dia masukkan kedua-dua belah tangannya dalam poket seluar melalui tingkap sliding . Rambut ? Disisir kemas . Sungguh kemas .

Pantas senyuman lebarku terukir . Tak tahu sama ada senyuman gembira atau senyuman nakal . Aku tak nampak senyuman sendiri . Yang pasti otak aku sudah mula merancang satu perancangan kebudak-budakkan iaitu ;

Kejutkan dia yang berdiri macam tugu negera dekat depan kolam ikan . Kalau aku bernasib baik , aku dapat tengok ' ketam ' mandi dengan ikan dalam kolam tu . Tu pun kalau dia jenis cepat terkejutlah .

Walau apa-apapun , tak salah kalau kita mencuba . Betul tak ?

Sepantas kilat aku berlari keluar rumah sebelum berjalan menjengkit ke arahnya . Risau dia dapat kesan pergerakan aku jadi , aku memutuskan untuk berjalan macam siput babi dekat kebun Nek Mah .

Sebaik saja aku berada tepat dibelakangnya , aku menarik nafas panjang sebelumㅡ

" What are you doing , Kim Ha Eun ? " dia memusingkan tubuhnya menghadapku .

Aku yang nak kejutkan dia ni pula yang terkejut . Nasib baik aku tak tertolak dia tadi . Kalau tak , memang adalah scene aku tolak kau masuk dalam kolam , kau tarik aku sama . Mati pula ikan-ikan koi belaan dia ni nanti .

" Macam mana awak tahu saya ada kat belakang awak ni ? " aku menyoal tak puas hati , siapa je suka rancangan yang gagal ?

" This villa have many maids , sayang . Once kau melangkah keluar setapak dari bilik , diorang dah bagitahu . " jelasnya sebelum kembali memusingkan tubuhnya menghadap kolam ikan .

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now