제34회°

6.8K 899 222
                                    

°ㅡ

BUKKK !

Lelaki itu jatuh bergolek selepas disepak kuat oleh Jimin dan terus digari kedua-dua belah tangannya . Lututku sudah lemah , aku terus jatuh terjelopok atas lantai . Pengalaman paling teruk sepanjang aku hidup !

Seorang pegawai polis menarik lelaki itu dan terus dibawa ke kereta peronda polis . Jimin mendekatiku , bahuku disentuhnya .

" Kan aku dah cakap tadi . Suami kau utuskan aku jadi bodyguard kau . " ujarnya sebelum terus mencempung aku yang ketakutan ini .

" Bodohlah Taehyung ni . Kata nak datang , at last aku jugak yang kena lawan lelaki gila tu . " rungut Jimin sambil membawa aku keluar dari lorong itu .

Aku tak boleh nak melawan sebab terlalu takut dan mungkin telah trauma . Kalau tak , dah lama aku ganyang mulut dia dengan tapak kasut aku ni ha ! Suka hati je bodohkan suami aku !

" Haeun !? " suara Taehyung terus muncul disebalik suara-suara orang ramai yang telah berhimpun disitu .

" Apa dah jadi ni , Chim !? " dia menyoal dalam keresahan .

" Lelaki gila tu hampir tikam bini kau . Kau lambat ni kenapa ? Nasib baik aku ada , kalau tak , mati katak bini kau tadi ! " bebel Jimin .

Taehyung terus berlari ke arah lelaki itu dan terus menghadiahkan sedas tumbukan sehingga lelaki itu terhuyung hayang .

" Encik , kenapa ni !? " pegawai polis perempuan itu menahan Taehyung dengan menyentuh dada suami aku .

Kalau aku okay sekarang ni , memang aku lenyek muka polis miang tu atas jalan raya ! Biar sebelah muka dia jadi buruk ! Mengada nak sentuh suami aku macam tu kenapa !?

Tangan polis miang itu ditepis oleh Hyunji . Jari telunjuknya digoyang kekiri dan kekanan didepan wajah polis itu .

" Nampak mangsa tu ? Tu bini dia . Jangan sentuh suami sahabat aku boleh tak ? " larang Hyunji dengan wajah tegasnya .

Hyunji aku sayang kau sampai mati ! Sayang kau ketat-ketat !

Penjenayah itu ditumbuk-tumbuk oleh Taehyung sehingga dia dihentikan oleh dua pegawai polis yang memakai pakaian biasa . Aku syak , lelaki nilah ❛ sasaran ❜ Jimin tempoh hari .

" Encik , jangan sampai dengan encik-encik saya bawa pergi balai ! " larang pegawai polis perempuan itu dengan suara manjanya .

Tuhan , berilah aku kekuatan untuk baling kasut dekat kepala perempuan miang tak guna yang sedang goda suami aku tu ! Aku nak je siat-siat daging dia buat satey !

" Sekali lagi kau sentuh isteri aku , aku sumpah akan bunuh kau ! " sepakan kuat dihadiahkan kepada lelaki itu sebelum Taehyung terus berlari mendapatkan aku dalam dukungan Jiminㅡ wait , kenapa macam aku ni baby pula ?

Aku sudah bertukar tangan . Sekarang , aku sudah dalam pelukan Taehyung . Aku segera menyorok wajahku yang mula terasa mahu menangis itu .

" Kau tengok tu , Gyul . Aku rasa korang berdua tertukar badanlah . Kau boleh rileks je , tapi dia menangis . Biasalah terbalik . " perli Hyunji dari belakang .

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now