제46회°

6.2K 795 177
                                    

°ㅡ

MAHKAMAH Tinggi Seoul menjadi tantapan mataku , tangan Jihoon sudah aku genggamㅡ cuba mendapat kekuatan darinya untuk menghadapi keluarga ex-husband-to-be dan keluargaku sendiri . Dua minggu sudah berlalu dengan begitu pantas .

Ya , penceraian kami akan disahkan diatas sehelai surat yang telah ditandatangani oleh kami sendiri . Suka atau tak , rela atau paksa , kena terima semua ini .

" Gwaenchana Haeun-ah , kita masuk dan ambil je . Lepas tu balik , okay ? " pujuk Jihoon sebelum terus menarikku masuk ke dalam mahkamah tu .

Setelah mengambil sampul surat tersebut , aku terus melabuh punggung di salah satu bangku yang berada diluar mahkamah . Ahli keluargaku termasuklah Jihoon turut serta .

Bukan aku tak nampak mama dan papa dari tadi pandang Jihoon lain macam . Aku belum lagi kenalkan Jihoon kepada mereka jadi memang mereka akan pelik . Tanpa berlengah , aku terus melihat pengesahan tersebut .

【 Penceraian antara Kim Tae Hyung dan Lee Ha Eun ; disahkan .】

Wajah mama dan papa yang kekeliruan aku pandang , hiba . Aku tak nak pun bercerai , tapi perkara dah jadi , nak buat macam mana lagi , kan ?

Benarlah kata orang hati-hati bila nak buat permintaan sebab kadang-kadang kita pun tak faham dengan permintaan yang kita buat sampailah ia menjadi kenyataan .

Sesungguhnya aku menyesal dengan permintaan yang aku pernah buat sebelum ni . Perkahwinan yang belum sampai setahun pun dah terputus ikatannya dek permintaan ceraiku beberapa bulan lalu .

" Haeun , mama nak kamu bagitahu mama apa kaitan kamu dengan lelaki ni . " soal mama yang sudah mula memandang wajahku dengan tajam selepas aku memasukkan semula kertas A4 putih itu ke dalam sampul suratnya .

" He is Park Ji Hoon . Kawan lama Eun masa zaman sekolah . And now dia doktor kanak-kanak . Kami tak ada apa-apa hubungan pun . Cuma kawan yang boleh dikategorikan sebagai sahabat . " mendengar kata-kataku yang macam tak ada mood , Jihoon mengangguk laju .

" Makcik , pakcik , jangan risau , saya akan jaga Haeun dan kandungannya baik-baik . Lagipun , dia tinggal dengan mak saudara saya dan kawan dia pun ada sekali . " Jihoon tayang sengihnya .

Aku sudah mengusap perutku . Ya , aku yang sengaja suruh Jihoon mention pasal kandunganku depan ibu bapaku supaya alasan untuk aku tinggal di Busan yakni dirumah Mami Jess kukuh .

" Kandungan !? " soal mama dan papa , terkejut . Wajah mereka seolah-olah baru lepas tengok Papazola keluar dari skrin televisyen .

" Ya , ma , pa . Eun mengandung anak Tae . Tapi , kami dah janji akan bercerai kalau anak yang Seurin lahirkan tu anak Tae jadi Eun terpaksa rahsiakan berita pasal kandungan Eun daripada dia mahupun mama dan papa sebab tu Eun nak tinggal dekat rumah Mami Jess , mak saudara Jihoon . Lagi jauh dari dia , lagi bagus . " air mataku sudah mula bergenang ditubir mata . Rasa sebak mula menyerang diri .

" Tak apalah , Eun . Mama percayakan kamu dan sahabat kamu ni . Jihoon , jaga anak mama dan cucu mama , ya ? " dari suaranya , aku dapat rasa mama tengah berbelah bahagi , tak tahu nak sedih atau gembira .

" Baik , makcik . Saya akan jaga cucu makcik macam anak saya sendiri . " sahut Jihoon sambil tersenyum manis .

" Kalau perlukan apa-apa , call papa , ya , sayang ? " kepalaku digosok-gosok perlahan oleh papa .

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now