[part1];special.chapter

6.3K 612 119
                                    

Jjang!!

Sorry sebab lambat (busy sikit lately ni),
But here you go, my promise for y'all!
Special chapter!!
Rindu dengan Haeun dan Taehyung?
Nah, lepaskan rindu korang semua tu🌻



°ㅡ

LADANG LOBAK MERAH yang terbentang luas di depan mata, dihiasi dengan gumpalan awan gelap menghiasi langit serta memayungi bumi meskipun berat menganggung hujan, aku tersengih sendiri. Disinilah dimana cinta kami berkembang mekar, disinilah aku nampak sini kebudak-budakkanya. Dan disini jugalah tempat kami bertemu semula setelah kami berpisah enam tahun lepas.

Diam tak diam, hubungan kami dah menjangkau tujuh tahun. Siapa sangka dari hari pernikahan yang tak disangka -sangka disebabkan pengantin lelaki bertukar menjadi sebuah perkahwinan yang banyak likunya?

Aku harap agar hubungan kami akan sentiasa bahagia seperti sekarang. Masing-masing pun dah tua, jadi kalau masih lagi bertindak seperti kanak-kanak macam apa yang dah terjadi sebelum ni, memang lingkuplah kisah kami ni. Makin tak ada penghujung.

"Sayang," tubuhku dipeluk dari belakang sebelum ubunku dikuncup lembut olehnya. Pinggangku dipeluk kemas olehnya, hembusan nafas tenangnya singgah lembut kekulit leherku.

"Awak dah tidurkan Taebin ke?" soalan biasa itu aku utarakan kepadanya.

"Of courselah, sayang! This is Kim Tae Hyung, okay! Tidurkan baby tu kecik punya hal. Awak je tak tahu." balasnya sambil sebelum mendaratkan kepalanya di atas bahuku.

"Yalah, yalah. Nanti kalau Taebin merengek, awak kena pujuk dia. Kata pandai sangat, kan?" aku dah mula buat perangai nak susahkan hidup dia.

Sebenarnya, aku masih merajuk dengannya. Yalah, nak datang ladang dia ni pun banyak kerenah. Macam-macam benda aku nak kena buat untuk pujuk dia ambil cuti. Bukan senang nak bercuti di sini meskipun ini ladang dia sendiri.

Kalau tak sebab Hyungseob dengan Jieun ugut nak merajuk, memang taklah suami workholic aku ni nak ambil cuti. Dia kata hujung bulan, tapi sampai hujung tahun pun belum bercuti lagi. Kesian anak-anak aku tu.

"Awak ni suka sangat merajuk. Saya dah ambil cuti ni kan? Awak kena faham situasi saya, saya ni-"

"Ya, ya. Sebab awak CEOlah awak sibuk. Tak ada masa untuk keluarga, ya saya faham tu. Dah, saya nak tengok Hyungseob dengan Jieun kejap." aku terus melepaskan diri dari pelukannya. Malas nak bertekak dengan dia kerana hal itu.

Entah mengapa lately ni dia suka sangat buat macam tu. Dia selalu sangat guna pangkat dia sebagai alasan. Aku bukan apa, ada juga aku tanya staf di sana, katanya projek besar syarikat pun dah lama jalan. Jadi, CEO pun tak busy sangat sebab dia bagi tugas dekat anak-anak buah.

Yang kelakarnya dia kata yang suami aku ni tak buat apa-apa pun di pejabat. Hari-hari hadap dia punya PA sebab nak bincang something. Dahlah personal asisstant dia tu bukan lagi Seungwoo, jadi aku sedikit resah tentang itu. Maklumlah, PA dia tu perempuan. Seksi tu jangan ceritalah. Kalau tak pakai baju senteng, memang bukan dialah. Well, nama pun Go Jeurin, adik mendiang Seurin.

Aku tak naklah ada syak wasangka dekat suami aku sendiri. Runtuhnya tembok kepercayaan bermakna runtuh jugalah sesebuah rumah tangga. Aku sayangkan dia, aku tak nak kehilangan dia. Aku kena siasat pasal ni.

"Mama! Mama!" suara Jieun yang memanggil mematikan segala lamunanku. Aku segera menoleh ke arahnya sambil tersengih.

Habis comot anak gadisku yang satu ini. Dengan mukanya berlumuran lumpur, baju dan seluar tak usah ditanyalah. Memang macam mandi lumpur! Badak sumbu ke anak aku ni?

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now