°ㅡ
TANGAN mama aku usap sambil mengelus lembut pipinya manakala dua lagi adikku menemani papa . Nasib baiklah kedua-dua mereka telah stabil , tiada apa-apa kecederaan dalaman . Aku dengar accident ni berlaku dengan satu kereta mewah tapi entah siapa makhluk yang tak reti nak berhati-hati tu .
Jam pada skrin telefon bimbit aku tengok , sudah jam 3 petang tapi masih tak ada reply dari suami aku . Dia marah sangat ke sampai tak balas mesej ni ?
Dia ni tak habis-habis buat aku serabut fikirkan dia . Nasib baik aku sayangkan dia , kalau tak , memang dah lama aku lari dari rumah .
Tanganku tiba-tiba terasa digenggam , aku terkejut lantas memandang kearah mama . Mataku membulat , baru saja mahu berlari mencari doktor , mama menarik tanganku . Macam daun kering ditiup angin , aku tertarik kearahnya .
" Mama rindu Eun . " tubuhku dipeluknya erat , aku membalas .
" Mama , Eun panggil doktor dulu ya ? " aku memandang anak mata mama .
" Kamu tak makan lagi ke Eun ? " soalan itu hanya kubalas dengan sengihan pendek . Kalau aku jawab ya , kena bebel pula .
" Belum lagilah mama . Puas dah Ujin dengan hyung paksa , dia tak nak jugak berganjak . " sampuk adikku , Lee Woo Jin yang entah dari mana munculnya .
" Kamu tu ada gastrik , pergilah makan . Mama okay je ni . Yang kau risau sangat kenapa ? Bukan masuk ICU pun . " kata-kata mama membuatkan aku bingung .
" Habis Ung kata mama dengan papa masuk ICU ?? " aku menyoal , tak faham .
" Takkan kamu tak tahu perangai adik kamu tu macam mana ? Kami berdua cuma cedera ringan , esok dah boleh balik pun . " rasa geram terhadap Euiwoong mula mengunung .
Aku punya risau pasal ni , siap bagitahu suami aku lagi . Nanti kalau dia tahu benda ni rekaan adik aku macam mana ? Marahkah dia kepadaku ?
" Hyung nak noona datang cepat-cepat . Dia rindukan noona sangat . " balas Woojin sambil mendekati katil mama .
" Jangan risau , kami tak apa-apa . Yang masuk ICU bukan kami tapi dua lelaki yang terlanggar belakang kereta kami . Mama ingat nak pergi jumpa jugak mereka , nak lawat .
Lagipun disebabkan anak anjing melintas , lori dekat depan berhenti mengejut , papa pun berhenti lepas tu kereta kat belakang tu tak sempat nak berhenti agaknya , tu yang terlanggar tu . " cerita mama panjang lebar .
Aku mengangguk laju .
" Kamu pergilah makan , Haeun . Nanti gastrik datang , susahkan suami kamu pulak . "
Mama , tak susahkan dia pun . Dia pun belum tentu balik rumah malam ni . Mesej aku pun tak berjawab sedari tadi . Dah senja dah pun . Happy sangat ke dengan si ungu tu ? Apa yang mereka buat ?
" Okay . " aku terus meminta diri , risau mama perasan perubahan wajahku .
Langkah kaki aku atur ke cafeteria walaupun sebenarnya aku tak ada selera nak makan . Benda yang jadi semalam memberi impak pada aku . Aku tak pasti apa yang aku nak rasa , sedih atau gembira atau marah ?
Macam ni ke pengakhiran rumah tangga kami ?
Tak , aku tak nak berakhir macam ni . Paling kurang , biarlah kami sama-sama setuju untuk berpisah . Bukan hanya dia yang mahu .
Taehyung , aku harap masih ada ruang dalam hati kau untuk aku . Lepas ni , aku janji , aku layan kau . Aku takut . Takut dengan kekuatan nafsu kau bila ia telah mempengaruhi kau .
YOU ARE READING
[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyung
Fanfiction⊱ ──────꒰ 2017꒱────── ⊰ 〖 COMPLETED 〗 ❝ Pain makes you stronger , Tears makes you braver , Heartbreak makes you wiser . So thank the past for a better future . ❞ Ini bukan perkahwinan yang dipaksa mahupun perkahwinan yang disebabkan cinta tetapi pe...