°ㅡ
PANDANGAN itu , pandangan yang aku rindu . Yang aku sering mimpikan , yang aku pernah igaukan . Ya , pandangan tajamnya . Tanganku digenggam dengan kemas , langsung tak dilepaskan . Dia sudah berdiri betul-betul didepanku .
ALAMAK ,
MATILAH AKU .DIA DAH BERDIRI .
Apa yang aku perlu buat ni ? Sesungguhnya dalam hati nak aje terus melarikan diri sampai ke rumah namun bila fikirkan tanganku dipegangnya , rasa meremang pula bulu roma .
Rasa takut , jangan cerita . Memang takut yang amat , bukan takut apa , takut kena buang kerja lepas kena lempang dengan dia . Kalau aku kena buang kerja , aku nak makan apa ? Anak aku nak makan apa ?
" Ikut aku . " tanganku yang digenggamnya sambil menarikku .
" Ta-ta-tapi-tapi-tapㅡ "
" Ikut jelah . " dia menarikku dengan kasar tanpa memperdulikan perkataan ❛ tapi ❜ ku yang tergagap-gagap dan cacat itu .
Dia menarikku sehingga berada dilaman belakang restoran tanpa memperdulilan pergelangan tanganku yang sudah mula terasa sakit dek tarikannya yang sungguh kuat itu . Dia ni tak reti ke nak pegang elok-elok , tarik perlahan-lahan ?
Yang dia tahu hanya memaksa !
Dari tu sampai sekarang , tak pernah berhenti memaksa . Lepas tu menyemak dalam hidup orang . Rosakkan kehidupan aku dan blah macam tu tanpa bertanggungjawab diatas apa yang dia buat .
" Let me go ! " aku merentap tanganku apabila kami sudah sampai dilaman belakang restoran namun dia masih lagi memegang tanganku sambil memandang tepat ke dalam mataku .
Tubuhku dipeluknya secara tiba-tiba . Pelukan itu terlalu kemas sehingga membuatkan tak mampu melawan daripada hanya membiarkan dia memeluk tubuhku .
Tanganku mahu mengusap belakang badannya namun bila difikirkan dia bukan suamiku , aku memaku tanganku disisi tubuh . Langsung tak bergerak mahupun seinci . Seluar aku pegang sambil cuba bertahan .
" Aku rindu kau . " ucapnya perlahan dengan suara yang sedikit serak-serak basah .
Dia nak menangis ke ?
Heh , lima tahun kau tak cari aku . Tup-tup cakap kau rindu . Apa yang kau tengah rancang ni , Kim Tae Hyung ? Aku bukan boneka kau yang kau boleh ❛ main ❜ tatkala kau bosan untuk melepaskan kebosanan kau yang berleluasa tu . Aku manusia yang mempunyai hati dan perasaan .
" Aku minta maaf atas apa yang aku pernah buat lima tahun lepas . Aku bodoh sebab dengar kata-kata mommy dan Seurin . Aku tengok budak tu langsung tak sama dengan aku . Aku tahu tu bukan anak aku . Haeun , kembalilah pada aku . Aku merayu . " dia melepaskan pelukannya sebelum melutut sambil memegang kedua-dua belah tanganku .
Aku kehilangan kata-kata . Aku hanya menayang wajah bekuku kepadanya . Aku membuang pandangan ke arah lain agar tidak cair dengan renungan penuh harapannya itu . Renungan yang pernah memperbodohkan aku lima tahun lepas .
Aku dah tutup buku lama dan dah bahagia dengan buku baru . Aku tak nak sejarah hidup aku berulang . Apa yang keluarga dia buat terlalu memberi kesan pada hidup aku . Selama ni pun bukannya dia cari aku balik ! Huh .
Bila berjumpa macam ni baru reti nak minta maaf ? Datang melutut ? Kau dah terlambat Taehyung . Terlalu terlambat . Anak kita dah berusia 5 tahun dah pun . Dah pandai membaca dan menulis pun ! Kenapa baru sekarang kau nak tunjuk muka ? Kenapa bukan sebelum ni ? Sebelum anak kita lahir ? Atau sebelum anak kita tahu erti kehidupan dan mengenali manusia ?
YOU ARE READING
[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyung
Fanfiction⊱ ──────꒰ 2017꒱────── ⊰ 〖 COMPLETED 〗 ❝ Pain makes you stronger , Tears makes you braver , Heartbreak makes you wiser . So thank the past for a better future . ❞ Ini bukan perkahwinan yang dipaksa mahupun perkahwinan yang disebabkan cinta tetapi pe...