제29회°

8K 897 101
                                    

°ㅡ

KERUSI rodanya aku tolak , dia pula sibuk dengan laptop dipehanya . Pagi tadi dia sibuk membebel sebab semua kerja dah kembali bertimbun macam boleh kambus dia sebab sebulan tinggal . Dia ni memang tak sedar diri sikit , semalam baru je sedar dari koma selama sebulan , dah nak buat kerja .

Dasar workholic ! Kerja lebih penting dari kesihatan , apalah nasib ada suami yang gila kerja macam ni ? Tapi nasib baiklah muka dia bila balik kerja tu fuhh menggoda .

" Awak , dah-dahlah dengan laptop awak tu . Kalau awak nak masuk kerja cepat , awak kena berjalan dulu . Dah bangun ! " aku mengarahnya apabila kami berdua berhenti ditaman hospitalnya .

Bukan dia tak boleh berjalan pun , cuma bila dah sebulan terbaring , segala otot dah mengecut jadi kena practicelah agar otot-otot tu semua boleh kembali bergerak . Kang kejang aku jugak yang susah nak urut dia , dukung dia .

" Sabarlah . Aku nak siapkan proposal untuk new project ni . " aku sudah buat muka menyampah .

Pagi tadi dia punya gila dapat projek besar yang baru , sampai aku tak senang duduk tahu tak ? Nak aje aku mintak Rose cucuk ubat penenang dekat dia . Macam orang gila . Dan lepas tu jugaklah dia melekat dengan ❛ girlfriend segi empat ❜ dia tu .

" Awak sayang saya lagi ke laptop awak tu ? " aku memberi death glare kepadanya .

" Of courselah jawapannya kau . Laptop boleh beli tapi kau tak ada galang ganti . " jawabnya tanpa memandangku .

" Awak cakap dengan siapa ? Laptop ke saya ? " aku sudah memuncung . Bosan betullah dengan dia ni .

Ni semua salah si Jimin tu , siapa suruh dia bawakan laptop ni pada suami aku ? Mentang-mentanglah Seungwoo kena ambil cuti kerana kakinya yang patah akibat kemalangan bulan lepas , si maggi itu terlebih pandai ambil jawatan P.Anya pula .

" Haeun , please , give me five minutes . " katanya dan masih lagi memandangku .

Kalau macam nilah gayanya , kenapa dia tak koma sampai bertahun-tahun aje ? Tak adalah menyakitkan hati aku sangat . Bila mata tu celik aje , adalah benda nak buat aku sakit hati .

" Haeun-ssi . " seseorang menegurku dari belakang , aku terus menoleh .

" Ni sejak bila formal dengan Haeun ? " aku menyoal Jihoon yang datang dengan seorang budak lelaki .

" Well , sekarang dekat hospital , tempat kerja Jihoon so kenalah formal sikit . " balasnya sebelum mendukung budak lelaki itu .

" Eo ? " mataku terkebil-kebil memandang kanak-kanak itu . Macam pernah tengok , tapi kat mana ehh ?

" Jung Seok Hee ? " aku memanggil nama kanak-kanak yang aku pernah jumpa di Jeju hari tu . Tak salah aku , ni memang dia .

" Haeun kenal dia ? " Jihoon menyoalku dengan muka terkejutnya . Aku rasa nak lempang je dia ni , anak siapalah comel sangat ni ?

" So betullah dia Jung Seok Hee ? Kitorang pernah jumpa dekat Jeju hari tu . " balasku sambil meraih tangan kecil Seokhee .

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now