제44회°

6.3K 841 456
                                    

°ㅡ

PEJAM CELIK pejam celik , dah genap seminggu Seurin melahirkan anaknya . Hari ini , hari yang paling dinanti oleh semua orang kerana hari ini keputusan DNA test bayi itu akan keluar . Wajah sunggul Taehyung aku pandang sebelum dia menghadiahkan aku sebuah jelingan tajam .

Hmmm , macam nilah rumah tangga kami . Hambar . Tak macam dulu . Tak ada lagi kegedikan comelnya , kemiangannya . Tapi tak apalah , at least dia cuba buat aku benci dia agar senang aku melepaskannya nanti .

" Katchi haja ( kita pergi sama-sama ) . " ajaknya sambil mengemaskan kedudukan jam ditangannya .

" Tak apalah . Saya naik cab . " balasku sebelum mengigit sekeping roti bakar sapu jam strawberi .

" Heh , naik cab ke naik kereta jantan tu ? " soalnya sinis sambil memandangku atas dan bawah beberapa kali .

" Kalau pergi dengan dia pun , apa salahnya ? Bukannya awak kisah pun pasal saya . Apa saya makan , saya sakit ke tak , saya dah mandi ke belum . Awak bukan macam dulu so live your life and mind your own business . " balasku sambil terus menutup suis pembakar roti .

Sekeping roti aku biarkan terjuntai dimulutku manakala sekeping lagi aku pegang dengan tangan kiri . Aku terus melangkah ke rak kasut yang berdekatan dengan pintu rumah . Telefon yang berada di tangan kanan aku hidupkan , ibu jariku laju men-scroll kenalan untuk mencari nombor Jihoon .

Namun , telefonku tiba-tiba ditarik dari atas olehnya . Roti yang terjuntai dimulut aku pegang dengan tangan kiri yang mana terdapat sekeping lagi roti .

" Apa awak nak ? Pulangkan balik . " aku meminta dengan cuba menggapai telefon yang dia pegang secara tinggi . Mentang-mentang tinggi macam tiang elektrik , sajalah nak dera aku yang ibarat pondok telefon awam ni ?

" Katchi haja . " dengan tanpa nada , dia mengarah . Muka aku pun tak pandang malah dia pandang kasut yang berada di atas rak .

Apa dia ingat muka aku macam kasut ? Muka dia tu yang mintak kaki !

" Shireo ( tak nak ) . " aku masih lagi cuba menggapai telefonku yang dia ambil .

" Apa yang istimewa sangat jantan tu , hah ? " soalnya sambil merenung mataku .

" Lebih istimewa daripada Seurin awak , mungkin ? " aku cuba psychonya . Roti yang masih berbaki , aku gigit .

Apa dia ingat dia je ada hati ? Aku bukan manusia ke ? Halu , aku ni perempuan yang mengandung , hormon tak stabil . Perasaan bercampur baur ! Cepat terasa tau !

" Apa kaitan Seurin dengan jantan tu ? " dia membentak . Daguku dicengkam dengan tangan kirinya , kuat . Cukup untuk membuatkan aku terasa sakit .

" Berhenti panggil dia ❛ jantan ❜ ? Dia bukannya haiwan dan dia tak layak dipanggil macam tu . " kataku perlahan . Dia mencengkam daguku dengan semakin kuat sebelum bibirku ❛ diterkamnya ❜ .

Kudrat aku lemah . Aku tak boleh menolak tubuhnya yang kian menghampiri . Cengkamannya didaguku masih lagi kuat . Dua keping roti ditanganku sudah jatuh dari gengaman . Aduhai , membazir je .

Dia tersengih . Bibirnya dijilat dengan cukup-cukup menggoda sambil memandang ke arahku . Dia cuba untuk menciumku lagi namun aku memalingkan mukaku ke arah lain .

" Apa awak buat ni !? " tubuhnya aku tolak sehingga dia berlanggar dengan rak kasut dibelakangnya . Dia tersengih sinis . Sumpah psycho .

" Kau isteri aku . Sepatutnya benda ni bukannya benda yang kau nak marahkan . " bagitahunya sambil mengemaskan rambut depannya agar menutup seluruh bahagian dahinya .

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now