제39회°

6.1K 792 110
                                    

°ㅡ

PAKCIK Joonyoung menahan mengepal tangannya , mungkin sedang menahan marah . Wajah Gyulhui yang sudah esak menangis di pandangnya dengan penuh kasih sebelum bertukar kepada Jinyoung yang dari tadi memandang kaki sendiri , kepalanya langsung tidak terangkat .

" Papa minta maaf kepada kamu berdua . Dulu , papa tak boleh tinggalkan Suzy . Papa sayangkan dia dan pada masa yang sama , papa juga sayangkan Seojung . Papa bagi Jinyoung kepada Suzy sebab dia kata dia teringin nak anak lelaki . Lagipun Seojung dan papa boleh usahakan laㅡ "

" Stop it , ahjussi . Walaupun takdir yang telah ditetapkan oleh Tuhan bahawa pakcik adalah ayah saya , saya tak akan pernah terima . Lepas pakcik mengandungkan mama , mana pakcik pergi ? Tinggalkan dia ? Saya tak nak jadi anak kepada seorang lelaki yang tak bertanggungjawab . " perlahan sahaja suara Gyulhui mencantas kata-kata Pakcik Joonyoung .

Dan disini aku dapat faham sesuatu . Mama memang isteri sah Pakcik Joonyoung tapi hati Pakcik Joonyoung ada pada gadis lain juga iaitu Aunty Suzy merangkap mak angkat Jinyoung .

Fuhh , dahsyatnya tamparan reality yang diterima oleh Gyulhui . Dia perlu menerima seorang lelaki yang menduakan ibunya sebagai ayah dan tunang yang disayangi sepenuh hati sebagai abang .

Tiba-tiba saja aku rasa mata aku ni masuk habuk . Tangan Hyunji aku genggam dengan tangan kiri manakala pengan suamiku aku peluk dengan tangan kanan . Aku tahu Hyunji pun mungkin akan menangis bila-bila masa . Dahlah suami dia tak ada sekarang ni , jadi aku perlu tenangkannya .

Gyulhui ?

Dari tadi lagi Jimin memegang tangannya namun disorokkan dibelakang badan gadis itu . Mungkin Jimin menunjukkan bahawa dia bertimbang rasa kepada Jinyoung sebab tu tak tunjuk dia pegang tangan Gyulhui .

" Gyulhui ! Mama tak ajar tahu biadap begini ! " secara tiba-tiba , bahu kami semua terhinjut dek jerkahan mama .

Pelukan lengan Taehyung aku kemaskan , terasa takut dengan jerkahan mama yang kuat itu . Ini kali pertama aku dengar mama jerkah sebegini kuat .

" Mama ! Lelaki ni dan Aunty Suzy ada hubungan dibelakang mama ! Siap culik abang Gyul ! Sekarang masa depan Gyul dah rosak , mama ! Kenapa mama still nak back up pakcik ni ? " tangisan Gyulhui semakin esak . Sengaja dia tekan perkataan ❛ abang ❜ itu , tapi aku tak tahu apa sebabnya .

" Gyul . Aunty Suzy yang besarkan saya , don't you dare cakap macam tu ! Watch your mouth . " tegur Jinyoung perlahan , kepalanya masih lagi menunduk namun suaranya sudah bergetar . Aku tahu dia tengah menangis .

" Well , memanglah dia besarkan awak tapi dia bukan mak kandung awak . Dia cuma seorang perampas dan penculik . " nyata Gyulhui sambil tersenyum sinis .

Aku tersentak .

" Gyulㅡ "

Pang !

Kata-kata aku terhenti apabila pipi mulus Gyulhui ditampar oleh Pakcik Joonyoung . Jimin cuba kekal statik namun matanya tak habis-habis memandang Gyulhui yang sudah terduduk di lantai .

" As i said , i don't have a dad . " perlahan namun perit didengari , Gyulhui berkata sebelum kembali berdiri .

" Kalau kamu tak mengaku dia ayah kamu , mama juga tak ada anak seperti kamu . " kata-kata mama membuatkan aku dan Hyunji berpandangan sesama sendiri .

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now