제31회°

7.3K 802 144
                                    

°ㅡ

STRAW dalam gelas dah jadi mainan aku sejak beberapa minit yang lepas . Gyulhui ni pergi tandas ke buat tandas ? Dah naik bosan aku tunggu dia ni haaa . Hari ni hari bosan sedunia ke apa ?

" Haeun ~ "

Ehh ?

Sejak bila pulak suara Gyulhui ni jadi suara jantan ? Atau aku tak tahu selama ni kawan baik aku tu ❛ dua alam ❜ ? Fuhh , mintak simpanglah .

Tapi kalau betul , aku tak nak dah jadi kawan dia . Biar dia kawan dengan Sajat dan jadi kekasih Ijoy . Ewww , geli geleman aku .

Takut-takut aku menoleh kebelakang yakni ke arah suara itu datang . Mataku membulat apabila melihat makhluk yang berada didepanku saat itu .

Mamat ni tak ada kerja ke apa ? Polis amende macam ni ?

Ya , maggi lurus itu yang datang . Orang lain yang aku tunggu , orang lain yang sampai .

" Kau termenung apa ni ? " dia melambai-lambaikan tangannya didepanku .

" Tak , kau tu kenapa boleh ada kat sini ? " aku terus menyoalnya sambil memandang pemakaiannya .

Tshirt berlengan pendek putih , skinny jeans hitam dan kasut PUMA warna hitam berjalur putih . Rambut kuning cerahnya terbelah dua dihiasi dengan kaca mata hitam , dilehernya ada seutas rantai berloketkan sekeping logam segi empat . Di kedua-dua belah telinganya ada subang yang berbentuk cincin .

Aku cuma ada satu perkataan untuk dia iaitu kacak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku cuma ada satu perkataan untuk dia iaitu kacak . Ya , dia nampak kaya dan bergaya . Nampak simple tapi fuhh menarik perhatian . Boleh terlupa gelaran ❛ comelnya ❜ yang aku bagi tu . Sekarang ni dia memang layak dipanggil Jimin , bukan maggi .

" Aku tengah undercover . Alang-alang nampak kau , aku tegurlah sekali . " dia menolak rambut depannya dengan penuh bergaya .

Erkkkㅡ aku tarik balik semua benda yang aku cakap tadi . Dia masih lagi maggi yang berlagak dan poyo . Bencilah aku tengok dia buat macam tu dekat rambut dia , rasa macam nak cukur sampai botak licin !

Lepas tu bagi nama baru untuk dia iaitu Jimin Botak ! Waitㅡ asal macam kelakar je nama tu ? Tak boleh bayanglah kalau si maggi ni botak . Mesti kelakar .

" Kau ni tak profesionallah . Kau tengah kerja kut , tegur aku buat apa ? " aku sudah mula nak membebel .

Aku rasa aku dah berjangkit penyakit bebel dengan suami aku ni sebab tulah sikit-sikit nak membebel . Bahaya sungguh !

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now