°ㅡ
AIR mata tak berhenti mengalir dipipi meskipun puas aku seka . Hatiku sakit ditenggelam lautan cemburu yang mula bergelora . Ya , ini disebabkan rangkulan Seurin kepada Taehyung tadi . Dia kata dia ada meeting tapi belum sampai sejam aku meninggalkannya di pejabat tadi , dia dah terpacak dekat sini dengan gadis itu .
Bahuku terasa seperti disentuh oleh seseorang . Aku hanya mengabaikannya . Angin sejuk sudah mula menampar-nampar belakang telapak tangan yang aku tekup ke muka . Mungkin mahu hujan , tadi aku tengok langit mula mendung je seakan memahami perasaanku sekarang ini .
" Haeun . "
Namaku yang dipanggil dengan begitu lembut membuatkan hatiku semakin sebak . Rasa serba salah mula muncul dan kini menebal . Perasaan bercampur baur itu membuatkan esakan aku semakin teruk .
" Haeun-ah , uljima . " kepalaku digosoknya beberapa kali sebelum aku menyeka air mataku dan terus memandangnya .
" Ya , saya tahu awak marah saya . It's okay . Tapi saya pun marahkan awak juga sekarang ni . " dia buat muka marahnya . Air mataku kembali menitis namun wajah comelnya itu membuatkan aku tersengih pahit .
" Hey , berhentilah menangis . Saya tak boleh berdiri dan duduk sebelah awak , tahu ? " dia masih tersenyum mengusik sambil mengetuk-ngetuk kerusi rodanya seakan-akan memberitahu bahawa kerusi roda ini ialah penghalangnya .
Aku masih lagi tersengih pahit . Macam mana dia boleh sekuat ni ? Macam mana kalau dia tahu aku dah kahwin ? Apa aku nak buat ? Marahkah dia ?
Kedua-dua tangannya ditekap kepipiku sebelum ibu jarinya memainkan peranan untuk menyeka air mataku sambil tersenyum manis . Matanya mula berkaca .
" Kenapa awak tak datang melawat saya ? Dua minggu saya tunggu awak sampai hari ni . Nasib baik tadi saya ada niat nak melawat anak-anak Hyunji . " ucapnya dan dia masih lagi tersenyum .
Stop smiling Taeyang . You hurt me so much . Dont pretend that you are fine . You had promised me to not hurt me .
Kata-kata itu hanya mampu terluah dalam hati . Air mata aku tahan sebaiknya . Aku tak mahu dia sakit sebab aku menangis . Walaupun kami dah tak ada apa-apa hubungan , aku perlu berpegang pada janji yang kami sendiri tabur bahawa kami tidak boleh menyakiti sesama sendiri .
" Ma-maaf . " aku meminta maaf kepadanya namun dia masih tersenyum .
" Awak pergi mana selama ni ? Saya tunggu awak , tahu ? " soalnya lagi .
Oh Tuhan , macam mana aku nak hadap senyuman dia ni ? Hati aku semakin sakit .
" Atau sebab awak nampak Sohye ? " senyumannya terus mati .
Meskipun wajahnya tidak dihiasi senyuman , dia masih lagi nampak sangat ceria . Mungkin sebab itulah dia jadi kekuatan aku suatu masa dahulu ?
Belum sempat aku keluarkan satu patah perkataan pun , Taeyang sudah kembali tersenyum manis tetapi kali ini bersama air mata yang menitis dipipinya . Aku tergamam .
" Taeyangㅡ "
" Maafkan saya sebab tak dapat tunaikan janji saya pada awak . Saya betul-betul minta maaf . " dia menundukkan kepalanya .
YOU ARE READING
[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyung
Fanfiction⊱ ──────꒰ 2017꒱────── ⊰ 〖 COMPLETED 〗 ❝ Pain makes you stronger , Tears makes you braver , Heartbreak makes you wiser . So thank the past for a better future . ❞ Ini bukan perkahwinan yang dipaksa mahupun perkahwinan yang disebabkan cinta tetapi pe...