제26회°

7.1K 843 403
                                    

°ㅡ

AKU bangun dari perbaringanku apabila Taehyung datang dengan semangkuk popcorn . Ni semua salah Hyunji petang tadi . Kata-kata Taehyung tentang ❛ projek ❜ malam ini bermain-main dimindaku . Kalaulah petang tadi aku betul-betul sepak si Hyunji tu sampai mati , kan bagus ?

Biar anak dia jadi anak yatim . Kalau aku masuk lokap , suami aku yang kaya ni boleh ikat jamin . Apa guna duit dia yang berkepuk-kepuk , ladang yang luas , syarikat yang tinggi tu kalau ikat jamin bini pun tak boleh ?

Taehyung melabuh punggung disebelahku bersama semangkuk popcorn dalam pelukannya . Remote control dicapainya lalu menukar channel . Tekan punya tekan , dia berhenti sebaik saja info channel itu memaparkan cerita Twilight .

Dalam banyak-banyak movie baru , movie lama jugak yang tarik perhatian dia . Nasib baiklah aku pun peminat cerita ni . Ni semua sebab rupa paras Edward Cullen tu mampu menggetarkan hati ini .

Dulu-dulu adalah jugak aku berangan nak jumpa Encik Vampire yang handsome macam tu tapi macam tulah . Vampire manalah wujud , tu semua mitos saja . Lelaki sebelah aku ni pun boleh dikategorikan ❛ vampire jugak tau tak ?

Kau dah ❛ gigit ❜ tekak aku tu sampai satu leher . Habis kena bahan dengan si Hyunji tu . Aku tak tahu pulak aku ni malang sampai semua nak bahan aku petang tadi . Tak adil betul semua back up Hyunji .

" Yang kau senyap je ni kenapa ? " soalnya sambil menyiku bahuku perlahan sebelum mendaratkan lengannya atas bahuku . Halah , mentang-mentang dia tinggi dari aku .

" Taㅡ Tak ada apa-apa . " tak guna .

Dalam banyak-banyak hari , hari ni jugak dia datang gemuruh tak tentu pasal tu . Dahlah suami aku ni jenis manusia yang suka mengusik . Habislah .

" Kenapa gagap ni , sayang ? " mangkuk popcorn diletak atas meja sebelum tubuhku dipeluknya dengan erat macam teady bear .

Aku dah kata tadi .

" Mana ada gagap . " aku cuba menutup kebenaran yang sudah terang lagikan bersuluh dengan lampu sportlight .

" Ni mesti pasal petang tadi , kan ? " leherku diciumnya sebelum dia menggigit perlahan .

Dah datang dah perangai ❛ vampire ❜ dia . Aku sepak celah kangkang nanti mandul pulak . Kesian , tak ada keturunan . Nanti siapa nak warisi syarikat dia tu ?

" Awak buat apa ni ? " aku cuba untuk melarikan diri namun dia mengeratkan lagi pelukan .

" Haeun , come onlah . Kata nak anak . " dia sudah mengeluarkan suara manjanya .

Apa dia ingat aku ni kilang anak ? Buat sekali dapat ? Yang mengandungkan sembilan bulan 10 hari budak tu nanti aku . Yang dapat alahannya aku . Yang mengidam macam-macam nanti aku . Kau reti buat aje , tanggung pun tak !

" Not nowlah . " aku terus berdiri apabila dia melepaskan aku .

" Nak jugak !! " dia berdiri dan buat-buat comel depan aku .

Dia ingat aku cair sampai nak ❛ terkam ❜ dia , esok terus mengandung ? Pleaselah Taehyung . Aku pun tak tahu kenapa malam ni aku rasa tak selasa dengan perlakuannya . Mungkin sebab malu petang tadi tak habis lagi kut ?

" Buatlah sorang-sorang . " aku mula melangkah ke bilik namun dia menarikku dan menolakku ke sofa semula .

Aku tabah je dapat suami macam ni . Haih .

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now