제22회°

8K 846 156
                                    

°ㅡ

[ Day 10 in Jeju-Do ]

°•

PUAS aku ' selongkar ' satu rumah , tapi tak jumpa-jumpa jugak . Aku mula runsing . Kepala yang tidak gatal aku garu sekuat hati tanda sudah serabut gila . Macam mana benda tu boleh hilang !? Dahlah mahal , baru beli pulak tu .

Nanti apa pula tanggapan suami beku aku pada aku nanti ? Apa yang dia akan cakap nanti ? Atau dia akan berubah jadi dia yang cold-hearted macam dulu tu ?

Oh Tuhan , penat-penat aku ubah dia jadi romantik , takkanlah dengan kecuaian aku sendiri , aku kehilangannya . Kalau boleh , aku nak hentak kepala aku dekat dinding . Biar rasa bengang tu hilang sikit .

" Morning sayang . " dia tiba-tiba datang lalu memelukku dari belakang .

Jantungku ibarat mahu melompat keluar dengan perbuatan mengejutnya itu . Boleh terkena serangan jantung aku macam ni . Dahlah aku hilangkanㅡ

" Kenapa kau tak pakai cincin kahwin kita tu ? "

ALAMAK . MATI AKU .

Jantungku sudah berdebar-debar semacam . Kenapalah dia boleh sedar benda tu terlalu cepat ? Kenapa dia ni jenis yang perhatikan semua benda ?

" Urm , saya takut hilang . Cincin tu kan mahal . " aku tipu dengan lancarnya . Aku rasa , kalau ada Anugerah Penipu Terbaik , aku dah lama sandang .

" Semahal mana cincin tu , tak seberharga kau dalam hidup aku . Kalau hilang pun bukannya satu masalah . Boleh beli baru , kan ? "

Dan sekarang aku rasa nak selam kepala aku dalam kolam ikan koi dekat laman rumah tu sebab terlupa yang suami aku ni manusia yang paling kaya yang aku pernah kenal . Senang betul dia cakap .

" Tapi kalau kau betul-betul hilangkan , aku takkan maafkan kau . Cincin tu baru lagi tau tak ? Tak pernah pun aku beli cincin semahal tu dekat sesiapa sebelum ni . " dia dah mula kembali kepada karakter asalnya , kuat membebel tapi tegas .

Dan semestinya kata-kata dia tu mampu membuatkan nafas aku tersekat ditengah-tengah kerongkong . Macam mana kalau dia tahu cincin tu betul-betul hilang ?

Oh Tuhan . Apa aku nak buat ?

" Haeun , kenapa diam je ni ? Aku bukannya bercakap dengan tunggul kayu . Haeunnnnn " dia sudah mula menjadi manja semula .

Aku menarik nafas sebelum berlagak biasa . Bibir aku muncungkan sebelum menggosok tangannya yang memeluk pinggangku itu .

" Saja nak dengar suara awak . Takutlah nanti saya tak dapat dengar dah . " bagitahuku dengan selamba .

Dia pantas memusingkan tubuhku agar menghadapnya . Wajahnya jelas sedang tak ada mood . Mungkin sebab apa yang aku cakap tadi tu kut ?

Tapi apa salahnya ?

Aku cuma bagitahu apa yang betul saja . Kalaulah nanti dia bagi silent treatment dekat aku sebab hilangkan cincin kahwin . Tu je kut .

Tak semena-mena , bibirku diciumnya pula . Mataku membuat dek terlalu terkejut . Apa dia buat ni !?

" Ni peraturan baru , kalau kau cakap benda macam tu lagi , denda kau ialah ciuman . " seolah-olah faham akan apa yang bermain dibenak fikiranku , dia berkata begitu .

Aku terus menggaru leherku dengan jari telunjuk sambil memberinya sebuah senyuman janggal .

" Oh ya , yang kau berpeluh ni kenapa ? Bukan ke baru lepas mandi ? Nasib baik kau jenis yang tak berbau sangat bila berpeluh . Kau pergi jogging ke tadi ? " dah datang dah mood bebel dia .

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungDonde viven las historias. Descúbrelo ahora