제56회°

6.5K 761 161
                                    

°ㅡ

SPAM comments juseyo ♡

°•

AKU tak habis-habis mundar mandir di ruangan hospital . Perasaan risau sudah menjalar hebat didadaku . Aku risaukan Seurin , nampak macam keadaannya sudah bertambah teruk je .

Doktor pun belum nampak batang hidung ni , menambahkan lagi rasa risauku . Check up apa yang lama sangat ni ? Haish . Meskipun hanya lima belas minit berlalu tapi tetap dirasakan lama .

Kedengaran derapan tapak kaki seseorang , aku terus menoleh ke arah bunyi itu . Alangkah terkejutnya aku apabila melihat kelibat itu , Tuhan saja yang tahu .

Rileks Haeun , kau boleh hadap dia ni . Dah lima tahun kut berlalu . Kalau dia masih bencikan kau , buat tak layan sudah .

" KAU !? "

Amboi , baru je fikir macam tu , dah serang aku terus ? Makcik ni memang nak kena pukul dengan pemadam api ke macam mana ni ?

" Ya , saya . Bekas isteri anak saudara makcik . " balasku dalam nada yang mungkin menyakitkan hatinya tapi aku peduli apa ? Dia bukan mak mertua aku .

" Macam mana kau boleh ada dekat sini ? Ni mesti kau yang buat Seurin macam ni ! Perempuan busuk hati ! " bentaknya sambil mendekatiku .

Eee mulut tu , aku stepler baru tahu ! Ni mesti kes tak bayar insurans . Ha , tulah , gila harta lagi , sampai insurans mulut pun lupa nak bayar .

" Makcik lek lu , ni hospital tau . Jangan buat bising . Hospital ni bukan makcik punya . " bidas Hyunji yang setia disebelahku manakala Gyulhui sudah ditahan diwad bersalin . Dia mengadu sakit tadi .

" Oh my god , jadi betullah kata orang dulu-dulu bahawa kawan tu cerminan ? Tengoklah tu , dua dua kurang ajar ! " bidasnya sambil menjeling kami berdua .

" Oh kalau macam tu Seurin pun sama jelah . Dia kawan kami apa , sekarang ni . " balas Hyunji , kali ni tak ada dah adab dia dengan orang tua .

Makcik ni elok dibakar hidup-hidup . Tak payah nak beradab sangat , huh !

" Mungkin sebab Seurin tu nak ubah perangai teruk kalian ni . Sampai sini bau hati busuk tu , tau !! "

Tch , over betul makcik ni . Aku memberinya senyuman mengejek . Kalaulah aku dapat buat macam ni dulu , mesti seronok , kan ? Tengok dia punya bangang tu boleh pergi sejauh mana .

" Laaa , bukan bau hati makcik ke tu ? " dengan sungguh annoyingnya , Hyunji menyoal kembali . Sebuah senyuman mengejek dihadiahkan kepada makcik itu .

" Kau ni kan !! " makcik itu menggenggam tangannya sekuat hati .

" Kau ni apa ? Kami manusialah . Takkan tak nampak , kut ? Makcik kan buta hati , tak tahu pulak saya makcik ni buta mata jugak . " perli Hyunji . Aku menyikunya , kata-kata itu agak kasar bagiku .

" Akuㅡ "

Maka , doktor pun keluar dari bilik itu sebelum sempat makcik itu menyumpah seranah kami . Baguslah , tak payah dengar kata-kata makcik itu . Makin dengar , makin rasa nak salai !

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now