제25회°

7.7K 856 179
                                    

°ㅡ

AKU menggeliat malas sebelum duduk bersandar dikepala katil . Aku pandang ke tempat tidurnya , kosong . Jam didinding aku kerling sekilas sambil menguap tanpa menutup mulut . Tangan kiri sudah menggaru kepala yang tidak bersalah itu sehingga rambutku kusut .

No wonder dia tak ada . Dah masuk tengah hari pun . Patutlah lena semacam aku tidur . Dah lama aku tak tidur macam ni , kalau dulu-dulu kat rumah , mesti kena bebel dengan mama sebab bangun tidur lewat .

Alahai , rindulah pula dekat mama , papa , budak kecil dua ketul tu pun . Apa khabarlah adik-adik aku tu ? Sihat ke tidak ? Makin tinggi ke makin terbantut ? Hurm , belum sampai sebulan pun lagi tapi dah rindu .

Malas nak berteka teki benda yang tak pasti , aku terus bingkas bangun dan pergi mandi . Perut aku pun dah lapar so kena masak pulak lepas ni . Kenapalah dia tak letak maid dekat apartment ni ? Saja nak mengajar aku jadi bini mithali ke macam mana ? Huh !

Usai aku mandi , aku terus memakai seluar track bersama tshirt ungu biasa . Aku membelek diri didepan cermin buat seketika , hurmm , mata aku lembab dan ada dark circle . Ahh , lantak dialah . Bukannya aku nak pergi tayang muka kat mana-mana .

Mataku singgah kepada bajuku semasa aku sedang menyikat rambut . Heh , ungunya baju ni . Aku sepatutnya bakar semua baju warna ungu , naik alergik aku dengan warna ni . Tapi tak apalah , malas nak pergi tukar .

Selepas aku bersiap , kaki aku atur untuk mengemas katil . Usai mengemas , baru aku perasan ada semangkuk bubur dan segelas air susu strawberry dalam talam atas meja tepi kepala katil . Dan , ada sebiji bintang diperbuat dari hasil lipatan kertas .

Aku terus capai bintang itu dan meniliknya . Lantas otakku , teringat sesuatu . Tak … Tak mungkinlah .

Flashback

[ 4 tahun lepas ,
Di perpustakaan
Sekolah Tinggi Megahit . ]

Nota biologi yang berwarna warni aku tenung bagai mahu tembus saja kertas itu . Dah dua jam aku membaca dan menghafal tapi satu habuk pun tak masuk . Hingus dalam hidung aku sedut agar tidak mengalir keluar .

Ya , tepat sekali .

Aku tengah demam .

Kepala aku tongkat dengan kedua-dua belah tangan sambil merenung nota itu lagi . Keluhan berat aku lepaskan . Dan , tiba-tiba ada sebiji bintang kertas berwarna kuning keorengan bergolek didepanku .

Aku memandang kekiri dan kekanan , memerhati makhluk yang membaling sampah sesuka hati . Namun tiada sesiapa disitu kecuali seorang sunbae didepanku ini . Aku mencapai bintang itu lalu meniliknya .

Kertas yang dilipat itu nampak seperti bertulisan , maka aku terus membukanya .

「 Hey , tak faham ke ? Nak aku ajarkan ? 」

"Huh ? Siapa pulak bagi ni ? " soalku kepada diri sendiri walaupun aku tahu aku tak akan dapat jawapannya .

Buku sunbae didepanku tiba-tiba diletakkan kebawah . Dia tersenyum kepadaku sambil membetulkan cermin mata petaknya . Auch , sunbae ni comel sangat .

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now