[part2];special.chapter

Start from the beginning
                                    

"Benda ni tak sure lagi jadi saya malaslah nak cerita. Nanti makin buruk pula keadaannya. Saya bukan apa, tak naklah besarkan masalah rumah tangga cuma tulah, hati saya ni, sakit semacam," kini, giliran aku pula menunduk, tenung dan kacau jus epal dengan penyedutnya.

"Eun, benda yang tak pasti ni jangan difikirkan sangat. Kalau apa yang awak fikir tu salah, susah jadinya. Kalau tercetusnya salah faham, rumah tangga pun akan bergolak. Hilangnya kepercayaan, rumah pun roboh, tinggal tangga je nanti," pesannya dengan bersungguh-sungguh macam dia tak ada masalah pula sekarang.

Kelakar bukan?
Kami bertemu saat masing-masing ada masalah. Inilah erti sebenarnya sahabat, sentiasa ada disaat senang lagikan susah. Namun, tidak perlu untuk sentiasa berborak atau berjumpa. Cukuplah masing-masing tahu, keadaan sesama sendiri.

"Amboi awak, patutnya awak tenangkan wife awak tu. Ha, bila nak bawa dia jumpa saya? Senang sikit kita nak bincang. Kalau dia dengar cerita awak je, mungkin susah sikit nak faham. Biar saya tolong awak apa yang boleh saya tolong,"

Dia geleng.

"Kenapa geleng?"

"Eun, awak pun tengah ada masalah. Saya tambah beban awak je. Tak payahlah. Cukuplah saya rasa tenang sikit lepas cerita semua dekat awak," katanya sebelum tersenyum pahit.

"Excuse me, Mr. Yoo Taeyang. Saya ni kawan baik awak, kan? Saya tolong awak saat awak perlukan pertolongan, nanti awak bolehlah tolong saya pulak. Bukan ke tu function sahabat?" soalku sambil memandang ke arahnya dengan wajah jengkel. Aku tak suka bila dia kata aku bebankan dia. Selama ni tak ke aku bebankan hidup dia? Semua salah aku tau!

Dia diam. Macam tengah berfikir dan hadam kata-kataku sebentar tadi.

"Biar saya tebus balik salah saya. Awak jadi macam ni sebab saya. Dah banyak kali saya libatkan awak dalam masalah saya. Tak salah pun kalau saya nak tolong awak selesaikan masalah awak ni," tambahku. Memang benar semua tu. Dia accident dulu sebab aku. Dia kena bercerai pun sebab aku. Benda ni jadi pun sebab aku.

"Don't put all the blames on you. Saya tak salahkan awak ke atas semua ni. Semua ni terjadi atas kehendak Tuhan, ni takdir saya. Baik, saya terima tawaran awak untuk tolong saya tapi dengan syarat saya pun kena tahu setiap update pasal masalah awak. Setuju?"

Ewah, ewah. Dia pun dah macam ketam beku dengan penthouse tulah. Semuanya kena ada pertukaran. Apa mereka fikir sekarang ni masih guna sistem bata? Urgh, i hate that so much.

"Okay, okay. Setuju." balasku sambil memandang ke arahnya yang sedang tersenyum kemenangan.

Eee bencinya. Lagi-lagi kalah dengan dia. Memang tak boleh nak menang langsung kalau berdebat dengan dia. Nanti kalau perangai ni turun dekat anak dia, lepas tu anak dia jumpa dengan Jieun. Kalau Jieun kalah juga, memang aku kena sumpahan. Sumpahan tak boleh menang bila melibatkan keturunan Yoo Taeyang!

°•°•°•°•

DIA bercekak pinggang sambil memandangku dengan wajah penuh tanda soalnya. Ada juga terselit wajah begang menahan amarah. Sejak aku balik dihantar oleh Taeyang tadi, wajahnya tak pernah berubah sehingga kini. Dah dua jam tau aku sampai rumah.

"Tak sangka awak keluar dengan dia sampai berjam-jam. Lepas tu minta dia hantar awak balik. Mesra pula tu. Awak tahu tak apa yang awak buat ni, Haeun?" soalnya setelah menarik nafas sedalam mungkin, menghambur marahnya.

"Kenapa pula? Tak salah pun kan kalau nak keluar dengan kawan saya?" soalku sambil memandang wajahnya. Sabar Haeun, dia suami kau. Hormat dia selagi dia bergelar suami.

"Kawan ke macam tu? Patutlah nak sangat datang sini, nak keluar dengan dia? Saya ingat awak dengan dia dah tak ada apa-apa sejak dulu tapi, from what i saw before, it's proved that i was wrong!" katanya sebelum menghentak tangannya ke meja, melepaskan geram.

Aku menghembus nafas geram. "Boleh tak jangan tuduh saya macam-macam? Awak sendiri tahu kami berkawan sejak saya berkahwin dengan awak. Yang awak nak cemburu buta sangat kenapa?"

Awak ingat saya tak cemburu dengan Jeurin? Apa yang awak buat dengan dia dibelakang saya!?

Nak je aku sambung, tapi bila fikirkan soal hatinya, aku diamkan saja. Simpan dalam hati baik-baik. Mangakan sekali. Tulah masalah aku sebenarnya, terlalu peduli tentang hatinya, tak kisahkan hatiku.

"Saya ada hak nak cemburu bila awak keluar tak bagitahu saya lepas tu balik dengan lelaki yang pernah awak cintai. Lagi-lagi sekarang saya tak tahu status dia! Entah-entah dia datang sebab nak rampas awak daripada saya!" katanya sambil mendekatiku. Segaris senyuman mengejek aku hadiahkan kepadanya.

Siapa rampas siapa?
Bukan Jeurin ke yang nak rampas Taehyung daripada aku?
Wah, pandainya kau manipulasikan hidup.
Aku tak bodoh dulu, Taehyung.

"Sekurang-kurangnya, dia tak pernah berahsia dengan saya. Bukan setakat rahsia, kadang-kadang semua benda yang dia nak buat, dia nak makan apa, dia suka siapa, dia berubah hati ke tak, dia selalu bagitahu saya!

Tapi awak? Ada awak buat macam tu? Ada awak nak bagitahu? Tup-tup, ada yang mengandung. Awak ingat senang-senang ke saya boleh lupa apa yang terjadi dulu? Awak nak buat balik? Oh great, go on, Taehyung." hamburku sebelum terus berlari keluar dari bilik. Sempat juga aku langgar bahu dia. Tapi yang nak jatuhnya aku, bukan dia. Haih, kudrat aku masih lemah nak lawan dia.

Tombol pintu bilik anak bongsuku, Kim Taebin, aku pulas sebelum menapak masuk dan terus mengunci bilik itu. Kalau dia nak masuk, mintalah kunci pendua dengan maid. Tu pun kalau ego dia dah runtuhlah. Huh!

Wajah polos bayi itu aku renung dalam. Apalah nasib anakku ini? Adakah dia akan merasa apa yang Jieun rasa? Membesar tanpa seorang ayah disisi? Mampukah aku alaminya lagi?

Jawapannya, tak, Haeun.

Kau tak mampu. Kau terlalu sayangkan dia. Betul kata mama dulu,

"Jangan terlalu sayangkan manusia sebab manusia ni berubah-ubah. Meskipun dia sebaik malaikat, sepantas kilat dia boleh berubah menjadi sejahat syaitan."

Kenapa aku tak pernah dengar pesanan mak aku? Kenapalah aku ni degil sangat?

Kenapa....

....semua ni jadi pada aku?











ㅡ°

To be continue 🌻

Fuh, beta dapat rasakan bahawa korang semua mula benci beta semula sebab seksa mereka lagi.

MUHAHAHAHAHAHA

Readersku yang tersayang, maafkan beta. Beta memang suka buat macam ni HAHAHHA


[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now