" Kamu semua keluarga pesakit bernama Go Seu Rin ke ? " soalan klishe tu jugak yang terbit dari mulut doktor muda ini .

Tak ada soalan yang releven sikit ke ? Kalau bukan keluarga , memang tak ah kitorang nak berpanas punggung kat sini . Bikin panaslah doktor ni .

" Ya , kami kawan dia . " sahutku cepat . Tak kisahlah soalan tu klishe ke apa , yang pasti aku nak tahu jugak keadaan Seurin macam mana sekarang .

Walaupun bukan salah aku , atau sesiapa , tapi aku tetap rasa serba salah . Kalau aku yang telefonkan Taehyung tadi , tak adanya dia terbaring dekat tengah-tengah tempat sejuk seperti itu .

" Saya mak mertua dia . "

" Mak saudara mertua . " Hyunji membetulkan ayat makcik tadi yang tak lengkap itu .

" Suami . " tiba-tiba Taehyung muncul dari belakangku dengan sepatah perkataan yang menyatakan statusnya .

" Puan Seurin baik-baik saja cuma sel-sel kanser dalam tubuh dia dah semakin merebak , masa dia mungkin dah tak lama . Jadi , saya sarankan supaya bagi dia berehat secukupnya . " jelas doktor itu sebelum menggariskan sebuah senyuman manis .

" Baik apa macam tu ? Dah makin teruk adalah ! Doktor jangan main-main boleh tak ! Bagitahu kami yang Seurin tu baik-baik je ! Sel-sel kanser dia tu tak makin merebak ! Please ! " aku memegang lengan doktor muda yang kacak itu sambil merayu .

" Maaf , cik . Itu yang telah terjadi . Saya cuma sampaikan laporan kepada cik dan keluarga . " katanya sambil menggosok belakang tapak tanganku perlahan .

Eyy doktor ni . Tahulah aku cantik , tak payah kut nak mengurat aku macam ni . Lelaki yang aku cintai ada dekat belakang aku je ni tau . Nak kena tumbuk ke ?

" Ehem , puan . " Taehyung berdehem sebelum terus membetulkan statusku sambil menarik tanganku agar tidak menyentuh lengan doktor yang berlapikkan kot putihnya itu .

Apa ni ? Kut ya pun jealous , tak payahlah bagitahu doktor ni yang aku ni janda anak dua . Ops , anak sorang . Sorang lagi anak jagaan je .

" Oh , maafkan saya . " doktor itu tersenyum janggal .

" Habis , dalam jangkaan doktor dia mati bila ? " soalan yang tak dijangka itu keluar dari mulut mak saudara Taehyung . Kami termasuklah doktor terkedu .

Apa dia fikir doktor ni Tuhan ? Doktor cuma mengubati penyakit , bukan utusan Tuhan yang boleh ragut nyawa orang bila dah sampai masanya . Tu kerja malaikat maut !

" Mommyㅡ "

" Taehyung , kalau dia mati cepat , kamu boleh dapatkan harta yang ayah dia tinggalkan untuk dia . Kamu tak nak ke ? "

Tch , dasar mata duitan ! Tamak tak bertempat . Doktor tadi sudah memita diri , seakan-akan tahu bahawa perang akan tercetus tak lama lagi .

" Mommy tak ada hak ke atas harta isteri Tae . Mommy cuma mak saudara ! Bukan mak kandung ! " akhirnya , ini kali pertama aku nampak Taehyung membentak mommynya .

Kenapa bukan masa aku jadi isteri dia dulu ? Kenapa bila orang itu ialah Seurin ? Kenapa bukan aku ? Takkanlah aku sepatutnya mati waktu tu baru dia nak membentak mommynya seperti ini ? Atau sebenarnyaㅡ

[✔] Terkahwin Tanpa Sengaja ➷ taehyungWhere stories live. Discover now