Part 15

3.7K 133 8
                                    

APRON disangkut di tempat penyangkut. Hana menghidangkan makanan untuk sarapan pagi di atas meja makan.

Wajah dipangut kearah Jungkook yang baru sahaja turun dari bilik. Lelaki itu kelihatan kemas dan segak luar biasa pada hari ini, tidak seperti sebelumnya.

Selalunya Jungkook hanya mengenakan baju kemeja tanpa tali leher dan suit, tetapi hari ini sedikit lain. Dia berpakaian lengkap. Suit hitam, dipadan dengan tali leher berbelang hitam putih. Rambut pula tersisir rapi.

Hana tidak berkelip melihat penampilan Jungkook yang umh itu! Jungkook nampak manly dan handsome. Tapi, sisi comelnya masih ada. Hehe!

"Apasal kau tengok aku cam tu? Cam tak pernah tengok orang aje." Bidas Jungkook sarkastik. Dia duduk dikerusi.

Tanpa menghiraukan Hana, dia terus menyeduk nasi goreng kimchi ke dalam pinggan lalu dia makan dengan senyap.

Hana melongo. Satu senyuman ditarik.

"Kenapa harini oppa pakai kemas?" Soal Hana hairan. Kening Jungkook terangkat.

"Sibuk ar kau ni. Rini aku ada meeting, tu sebab kena pakai kemas. Ugh!" Jawab Jungkook malas. Pipinya mengembung, kerana penuh dengan nasi.

Hana tersenyum melihat gelagat Jungkook. Geram nak cubit pipi suaminya itu.

"Oh. Ingat apa. Btw, oppa hensem hari ni. Buat Hana jatuh makin ke dalam..."

"Maksud kau? Aku tak hensem lah sebelum ni?"

"Hehe. Taklah! Oppa selalu hensem dimata Hana. Tu sebab Hana makin jatuh ke laut asmara cinta kat oppa.."

Mata mereka bertaut lama. Mata Jungkook menikam tajam mata coklat Hana, buatkan gadis itu menjadi tidak senang duduk kerana ditenung begitu tajam.

"Kenapa oppa pandang Hana cam tu? Saya salah cakap ke?" Tergugup Hana bersuara. Pandangan mata dilarikan ke arah pinggan nasinya.

Tidak sanggup bertentangan mata dengan Jungkook. Dia berasa lain macam sahaja dengan renungan Jungkook tersebut. Mata itu menatapnya sangat lembut, tidak seperti sebelum ini dingin dan beku sahaja.

Jungkook meletak sudu dan garpu setelah habis sepinggan nasi goreng kimchi buatan Hana, dia bingkas bangun dari duduk. Sebelum dia berlalu, dia berkata.

"Aku pergi dulu. Jangan lambat lagi masuk kelas!"

Hana memandang susuk Jungkook sehingga menghilang daripada pandangan mata. Helaan nafas terhembus. Senyuman kecil terukir dibibir.

"Don't sadly Hana! You can do it! Fighting! Hancurkan hati dia yang beku gila namatey tu! Jangan mengalah! Ugh! Aku akan pasti dapat tundukkan si mamat kutub selatan tu!"

Kepala diangguk dengan penuh semangat sambil tersenyum lebar. Kedua belah tangan digenggam kemas.

"Fighting!?"

• • •  • •

"HYE Jungkook!" Irene masuk kedalam bilik Jungkook dengan senyuman menawan.

Jungkook menghembus nafas berat sambil mengusap dada bidangnya, tatkala mendengar suara lantang wanita itu, nasib tidak melatah. Jikalau itu terjadi, mahu disorok ke mana mukanya itu.

"You ni! Kalau nak masuk tu bagi lah salam ke apa ke dulu, ni tak main terjah aje! Adab you kat mana huh? Lutut? Siku?" Jungkook menyembur sinis lagikan pedas.

"Sorry! Hehe."

Irene tersenyum sumbing. Tidak terasa hati dengan kata-kata pedas Jungkook itu. Dia duduk dikerusi. Dagu ditungkat dengan kedua tangan. Wajah kacak Jungkook ditilik.

Jungkook rimas jadinya apabila diperhatikan begitu. Namun, dia buat bodoh sahaja. Malas mahu melayan Irene itu.

"Kook-ah.. You dah fikirkan belum?" Soal Irene dengan mata tidak lepas daripada memandang setiap ichi wajah Jungkook itu.

Dia sangat berharap lelaki di hadapannya ini, menjadi kekasihnya. Sudah lama dia pendam perasaan ini.

Jungkook mengerling Irene sekilas.

"Fikirkan apa?" Jungkook beralah. Pura-pura tidak faham.

"Fikirkan tentang perasaan I kat you lah.."

Jungkook merenung wajah Irene sangat tajam, sehingga membuatkan wanita itu salah tingkah dengan pipi mula berona. Irene berasa jantungnya bagai mahu meletup kerana renungan Jungkook itu.

"What you want from me?"

Irene mengukir senyuman manis, seperti dapat green light dari Jungkook. Apakah Jungkook mahu menerimanya?

"I tak minta lebih pun dari you kook-ah. I hanya nak cakap apa yang I rasa. I really love you so much. I want you. I want you approve me into your life. Would you be my boyfriend Jungkook?"

Luah Irene tanpa berselindung lagi. Terus terang dengan apa yang dia rasa.

Jungkook terkedu mendengar luahan Irene, buat kali kedua. Tanpa sedar tangan dia tergenggam kemas. Rahang dia mengeras. Sedetik kemudian dia tunduk sejenak, lalu kepalanya diangkat semula. Irene dipandang datar dan tajam.

"I'm..."

• • • • •

"YUHUU! I'm sorry, korang dah lama ke tunggu?" Soal Jimin sambil melabuh punggung di kerusi. Keenam kawannya dipandang dengan senyuman bersalah.

"Tulah orang kata. Janji melayu kan. Janji pukul berapa, datang pukul berapa? You really not got jamles! Ugh!" Kata Yoongi mendatar, tetap menusuk ke tangkai jantung Jimin yang dengar.

Yang lain hanya diam sambil membuat hal masing-masing. Jimin mengaru leher.

"Sorry lah ek? Tadi ada meeting mendadak. Aku nak call, tapi tak sempat." Jimin buat muka belas kasihan.

"Ugh! Yalah! Tu aje alasan kau." Bidas Namjoon pula.

"Entah!" Balas mereka serentak. Jimin buat muka.

"Ish! Aku kan dah minta maaf. Eleh sikit-sikit nak salah kan aku. Korang pun sama ajelah! Ni pun korang free tu sebab datang awal. Kalau tak jemu juga nak tunggu! Ugh!" Kata Jimin tidak puas hati kerana dipersalahkan.

Tak sedar diri dia pun sama! Salahkan orang pula! Dua kali lima sahaja, tetap jawapannya sepuluh! Desis hati Jimin sebal.

Keenam kawannya tersengih kambing. Kena tepat diatas hidung masing-masing dengan sindiran Jimin itu.

"Don't care!" Bidas Yoongi selamba sambil mengorek lubang telinganya dengan jari telunjuk. Jimin menjeling menyampah.

"So? What's story today?"

Enam pasang mata tertala ke arah Jungkook. Jungkook berasa rimas kerana ditenung begitu.

"Why?"

"I feel, you want to share something story with us? Hmm?"

"Eh.. mana ada aku kata nak share something? Pandai aje." Jungkook beralasan. Kepala ditunduk, melarikan wajah daripada ditenung tajam oleh para abangnya.

"Please don't lie, Jeon Jungkook. I see into your eyes. I know you want share something. Please say it. Any problem?"

"Ah! Biar aku teka. About Hana right?"

Jungkook gigit bibir. Keenam kawannya dipandang, kawan yang sudah dia anggap sebagai abangnya itu. Nafas panjang dihela. Perlahan dia buka suara menceritakan apa yang dirasa dan buat dia berserabut sejak kebelakangan ini.

*******
Tbc 👋

Abaikan typo 😅.

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang