Part 90

1.7K 72 0
                                    

JUNGKOOK mengelap sudut bibir JungNa yang comot dengan butir-butir nasi.

"Makan tu janganlah gelojoh sangat, tengok dah bertaburan nasi." tegur Hana kepada kedua anaknya. Duo kembar itu, menyengih tidak bersalah menampakkan gigi arnabnya yang persis macam papa mereka. Jungkook dan Hana hanya menggeleng kepala sahaja melihat gelagat duo kembar, si permata hati mereka itu.

"Lepas makan, kamu berdua mandi ye."

"Ok mama!"

Hana tersenyum dan mengerling Jungkook sekilas yang tersenyum memandang telefonnya.

"Senyum lain macam je? Siapa mesej?"

"Nothing." jawab Jungkook acuh seraya, meletakkan telefonnya kedalam poket seluar.

Hana memandang Jungkook dengan mata dikecilkan. Perasaannya mengatakan yang Jungkook sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.

• • • • •

"THANKS. Saya harap semua berjalan dengan lancar. Saya tutup dulu, if ada apa-apa. Just call me okay? Bye."

Talian dimatikan, telefon bimbitnya diletakkan di atas meja yang berada di balkoni. Jungkook melabuh duduk diatas kerusi yang tersedia dibalkoni tersebut.

"Hai dinda, diorang dah tido ke?" Jungkook bertanya, sebaik sahaja dia memandang Hana yang baru masuk kedalam bilik dan wanita itu menuju kearahnya.

"Hai juga. Ha'ah dah. Kanda buat apa kat luar memalam ni?" kata Hana seraya mendudukkan dirinya dikerusi berhadapan dengan Jungkook.

"Saja nak ambil udara malam." balas Jungkook dengan senyuman terlakar dibibir. Hana turut menyunggingkan senyum bila Jungkook menghadiahkan senyuman kepadanya.

"Dinda, esok dalam petang sikit. Kanda nak dinda pergi ke suatu tempat ni."

"Kesuatu tempat? Kat mana?" soal Hana bingung.

"Adalah. Nanti kanda kasi tau dinda besok. Dan JungHa dan JungNa tu, kanda akan hantar mereka ke rumah omma. Biar diorang bermain kat sana, sementara kita keluar berdua." senyum nakal bermain dibibir Jungkook. Hana mencebik dengan pipinya sedikit berbahang, bila Jungkook memberikan kenyitan mata kepadanya.

"Ok."

• • • • •

Dear Dinda,

JungHa dan JungNa kanda bawa mereka ke tempat kerja kanda, sorry tak bangunkan dinda. One more thing, dalam pukul 5.30 petang. Kanda nak dinda pergi ke Sungai Han. Jumpa kat sana ye? Bye!

From your hensem hasben.😎

HANA tersengih membaca nota yang ditampal dipermukaan cermin solek. Nota berwarna biru laut itu, dicabut dari cermin lalu disimpan kedalam laici.

"Apa yang dia rancang ye? Tak sabar pula nak tau." monolog Hana dengan perasaan gembira.

Selepas itu, Hana masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya. Selesai membersihkan diri dan buat apa yang patut. Dia terus turun ketingkat bawah.

Suasana rumah pada pagi itu, teramat sunyi sepi. Jikalau tidak, rumah itu bising dengan suara jeritan tawa daripada duo kembar dan juga suaminya.

"Haih. Terpaksalah, aku duduk terperap dalam rumah ni sesorang." kata Hana. Sekotak susu, dikeluarkan dari peti sejuk lalu dituang kedalam gelas. Dia meneguk air susu tersebut hingga habis. Kotak susu disimpan kembali kedalam peti. Gelas yang digunakan sebentar tadi, dibasuh lalu dibilas.

Hana menuju ke ruang tamu, punggungnya dilabuh keatas sofa. Baru sahaja, Hana mahu menyalakan tv. Loceng rumah berbunyi. Dia merengus halus, lalu dia bangun dan menuju ke pintu utama.

Pintu rumah dibuka lebar, dia memandang hairan kepada pekerja pos laju itu. Kemudian dia tersenyum membalas senyuman pekerja lelaki itu.

"Ada surat cinta ke?" Hana menyakat nakal.

"Ada. Tapi bukan surat cinta." jawab pekerja posman itu. Dengan senyum kecil.

"Hah?"

"Nah." sejambak bunga mawar yang pelbagai warna terpampang di hadapan wajah Hana.

"Ambillah Puan, ikhlas dari seseorang yang Puan Jeon kenal."

Hana menyambut huluran daripada posman itu dengan teragak-agak.

"Siapa yang.." Hana terkedu bila tidak mendapati pekerja posman dihadapan.

"Eh? Dah bla ke mamat posman tu? Cepat betul. Ugh! Lantaklah." Hana menutup pintu rumah, ruang tamu dituju. Dia menghempas punggung diatas sofa.

Sejambak bunga mawar yang berada digenggamannya dipandang. Dia menarik kertas kecil yang terselit, diantara bunga.

For you dear, hope you like it. I love you.😘

Senyuman Hana makin melebar, dia sudah tahu siapa yang bagi bunga mawar tersebut kepadanya.

Bunga mawar tersebut dihidunya. Wangi dan menenangkan.

Hana memandang sejenak bunga mawar tersebut.

"Bunga mawar ni, warna dia lain-lain.  Bilangan bunga pun lain-lain." gumam Hana. Dia mengira sejumlah bunga mawar tersebut.

"Bunga mawar merah ada lima kuntum. Bunga mawar putih ada sekuntum. Kalau bunga mawar hitam dan merah jambu ada dua kuntum."

Hana termenung memikirkan makna daripada sebalik bunga mawar tersebut.

"Apa maksud dia, bagi bunga mawar yang pelbagai warna? Aku rasa mesti ada sesuatu yang dia nak sampaikan kat aku. Dia ni memang, suka sangat buat aku berteka-teki." rungut Hana, seraya membelai bunga tersebut. Senyumannya mengembang.

• • • • •

TEPAT pukul 5.30 petang, Hana tiba di Sungai Han. Suasana di Sungai Han sedikit lenggang.

Hana tersentak bila bahunya dicuit daripada belakang. Segera dia berpaling, untuk melihat gerangan siapa yang mencuit bahunya. Dahinya berkerut, mendapati seseorang yang mengenakan kostum arnab berdiri dihadapannya.

"Comelnya."

"Puan Jeon Hana."

Hana tersentak kerana terkejut.

"Macam mana awak tau nama saya? Awak siapa?"

Orang yang mengenakan kostum arnab itu hanya diam, tidak lama kemudian orang yang berkostum itu menarik lengannya.

"Puan tak payah, ambil tau pasal saya.  Yang penting saya orang baik, puan jangan risau. So, please follow me."

Dengan terpaksa Hana hanya pasrah dan mengikuti jejak kaki orang berkostum arnab tersebut. Sesekali dia mencuri pandang kearah orang tersebut. Perasaannya sahaja atau memang betul yang suara orang yang mengenakan kostum arnab itu sebiji macam Jungkook. Namun dia hanya senyap dan tunggu apa yang terjadi selepas ini.

Mereka berdua berhenti disebuah tempat yang tiada orang. Hana terpegun melihat pemandangan dihadapannya.

Dia mendapati sebuah meja makan yang sudah dihias dengan cantik berada dibawah pokok sakura dan berhadapan dengan Sungai Han.

"Puan Jeon, silakan duduk." orang berkostum arnab tersebut menarik kerusi kepada Hana dan Hana hanya menurut.

"Thanks. Tapi.."

"Puan tunggu sini ye, saya minta diri terlebih dahulu." seusai berkata, orang yang berkostum arnab itu beredar.

Hana memandang belakang tubuh orang itu, matanya jatuh ke bawah. Dia tergelak bila melihat, ekor arnab itu bergerak-gerak seiring orang tersebut berjalan.

"Comel."

*****
Tbc

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now