Part 64

1.9K 72 3
                                    

TUAN JEON memandang Jungkook yang menuruni anak tangga. Dahinya berkerut, tatkala melihat penampilan Jungkook yang kemas pada pagi itu.

"Nak ke mana? Kemas semacam je?" Soal Tuan Jeon acuh. Cawan kopi yang masih panas diteguknya perlahan.

Jungkook tersenyum sambil melabuh duduk disebelah Hana yang hanya diam memandang pinggan nasi diatas meja. Begitu juga Puan Jeon dan Wonwoo.

"Kook nak masuk ofislah. Dah lama tak masuk, mesti kertas dan fail bertimbul-timbul kat atas meja." Balas Jungkook. Dia mencapai sekeping roti dan segelas air susu suam.

Hana tersenyum sinis, dia merengus halus.

"Cis, nak cari duit untuk buat majlis kahwin lah tu. Dia kan dah nak kahwin dengan pompuan tu. Mestilah nak cari duit lebih, ye tak?"

Hana menyindir sedas. Yang lain hanya senyap sambil memandang Jungkook dan Hana.

Roti kosong yang hendak disua kedalam mulut, terhenti apabila mendengar sindiran Hana itu.

Serta-merta nafsu makan Jungkook hilang begitu saja. Roti tersebut diletakkan diatas piring semula. Gelas air susu diambil dan diteguk sehingga separuh gelas.

"So, kamu memang nak kahwin dengan pompuan tu ke?" Soal Puan Jeon datar. Merenung Jungkook tajam.

"Dah dia buat hal dulu, mesti lah kena tanggung jawab kan? Tak kan nak lari? Itu lelaki pengecut namanya, lari dari tanggung jawab." Sinis Hana. Jungkook mengetap bibir.

"Kalau dia, kahwin dengan pompuan tu. Kamu dan kandungan kamu macam mana? Nak dia lepas tangan macam tu aje ke?" Kata Tuan Jeon.

Hati Jungkook sedikit terasa bila ayahnya seolah tidak sanggup memanggil namanya. Dia tersenyum pilu.

"Hana tak kisah. Selepas dia kahwin dengan Irene, esoknya kami akan pergi mahkamah untuk bercerai." Hana berjeda.

"Anak yang dalam perut ni, hanya anak Hana bukan anak dia. Dia tak ada hak keatas anak dalam perut ni. Hana boleh jaga anak ni sendiri tanpa dia, kerana ni anak Hana seorang."

Jungkook terkesima, memandang isterinya disebelah.

"Hana, kenapa awak nak pisahkan anak saya dengan saya."

"Sebab anak ini tak ada appa macam kau. Dan aku tak nak ada suami binatang macam kau."

Hana bingkas berdiri dan berlalu pergi dari ruang makan itu. Jungkook mengenggam jemarinya kemas, menahan pelbagai perasaan didalam hati.

Apakah dia manusia seperti binatang? Apakah, suatu hari nanti sebuah kenyataan yang sebenar akan terungkap. Apakah, isterinya akan memanggilnya binatang?

Melihat menantunya pergi, Puan Jeon turut berdiri. Dia pandang Jungkook sekilas, lalu dia bersuara lantang yang membuat Jungkook, Wonwoo dan Tuan Jeon terkedu.

"Kamu, kahwin dengan pompuan jalang tu. Kamu jangan pernah, pijakkan kaki kedalam rumah ni. Jangan tunjukkan muka kamu kat kami. Dan.."

Puan Jeon berjeda, merenung mata Jungkook yang sudah bergenang dan teduh memandangnya.

"Kamu bukan anak dari keluarga Jeon lagi."

Selepas berkata begitu, Puan Jeon meninggalkan ruang makan itu. Saat itu juga air mata Jungkook jatuh ke pipi mendengar ayat yang menyakitkan dan menghancurkan hatinya sehingga berkeping-keping tidak terbentuk.

Tuan Jeon dan Wonwoo memandang Jungkook yang menunduk itu. Mereka dapat melihat, titisan air mata Jungkook yang jatuh berderai.

Walaupun dia kecewa dan marah dengan Jungkook, namun hati mereka tetap terluka melihat Jungkook.

"Appa, hyung.. jangan buang kook dari keluarga ni. Kook minta ampun.. ampunkan kook."

Jungkook tidak dapat berucap kata-kata kerana dadanya seksa dan sebak. Dia memangut pandang ke arah Wonwoo dan Tuan Jeon, hatinya bagai ditampar kuat bila mereka berdua membuang pandang ke arah lain seolah tidak mahu memandang ke arahnya.

*******
Tbc 👋

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now