Part 88

1.7K 66 0
                                    

JUNGKOOK memandang Hana yang duduk diwakaf sambil mendongak melihat langit pada petang itu. Dia tersenyum kecil lalu kakinya dilangkahkan menghampiri Hana. Dia melabuh duduk disebelah Hana, sejurus merangkul bahu isterinya.

"Sayang, melamunkan apa? Hmm?"

Hana hanya tersenyum memandang Jungkook sekilas. Tangannya dilingkarkan kepinggang suaminya, lalu bersandar pada bahu Jungkook.

"Takda apa-apa lah. Duo kembar tu dah tido ke?"

Jungkook menggumam menjawab pertanyaan Hana.

Mereka berdua berdiam diri sambil memandang ke langit yang kebiruan dengan burung-burung berkicauan. Angin pada petang itu, sepoi-sepoi bahasa menerpa lembut pada wajah mereka berdua.

"Kanda, boleh dinda nak tanya sesuatu?"

Jungkook menoleh ke arah Hana sejenak.

"Apa?"

"Ni tentang Irene."

Wajah Jungkook terus berubah dingin dan tegang bila nama yang dia tidak mahu dengar, kini meniti dibibir isterinya.

"Asal dengan dia?"

Hana melepaskan pelukan pada pinggang Jungkook, lalu wajah suaminya pula dicari untuk ditatap. Dia tahu yang Jungkook benci dan tidak mahu nama itu disebut-sebut dihadapannya.

"Hmm. Dinda cuma nak tau, betul ke yang Irene tidak dimasukkan ke dalam jail? Melainkan ke hospital sakit jiwa?"

Mereka berdua berbalas pandang, Jungkook mengeluh lalu membuang muka.

"Ya. Dia tidak dijatuhkan hukuman penjara atas tindakan dia haritu, sebab dia sakit."

"Sakit apa?"

"Sakit jiwa raga plus gila." bidas Jungkook selamba dengan wajah datar. Hana hanya mampu menyembunyikan senyum sejurus menggeleng kepala sahaja. Sudah faham dengan perangai selamba badak suaminya itu. Mengata orang nombor satu.

• • • • •

"CUBA, kanda tengok wajah mereka."

Wajah Hana dipandang bingung.

"Kenapa dengan wajah mereka?" soal Jungkook.

"Ish! Muka anak kita ni, cuba kanda perhatikan betul-betul. Dan teka wajah mereka ikut wajah siapa?" kata Hana mendatar. Dijelingnya Jungkook.

Jungkook membulatkan mulutnya lalu mengangguk kepala faham.

"Oh? Ok meh kanda scan."

Jungkook dan Hana memandang wajah JungHa dan JungNa yang berguling-guling diatas tilam yang Jungkook bentang dilantai ruang tamu. Dua kembar yang tidak seiras itu, sedang bermain dengan permainan mereka.

Jungkook tersenyum lebar bila menangkap sesuatu daripada hasil pemerhatiannya.

"Mata JungHa dan JungNa bulat, so mereka ikut mata kanda lah." kata Jungkook.

"Kalau bulu mata dan kening?" soal Hana.

Jungkook memandang kedua anaknya itu lalu tersenyum.

"Bulu mata mereka lentik, ikut dinda. Kalau kening mereka pula ikut kanda, tebal dan hitam pekat."

Hana hanya mencebik. Baru sahaja Hana mahu buka mulut, Jungkook kembali bersuara.

"Kalau pipi dan bibir, semestinya ikut papanya. Cuma hidung tu, ikut mama mereka. Haha, sikit je yang ikut wajah dinda. Kanda paling banyak, dinda dah kalah. So, dinda kena ikut cakap kanda untuk seminggu." Jungkook tersenyum puas, melihat wajah Hana yang masam mencuka itu.

"Eleh, okay! No hal lah! Tapi, sifat mereka kita tak tau lagi ikut siapa."

"Yang tu, kita kena tunggu mereka besar dulu lah. Baru kita tau perangai mereka ikut siapa." kata Jungkook dengan semangat. Keningnya dijongket kepada Hana, dengan sebuah senyuman herot.

Hana hanya menjulingkan matanya. Menyampah betul bila tengok wajah Jungkook yang berlagak itu.

"Kalau tak puas hati cakap." kata Jungkook selamba dengan senyuman mengejek.

Hana merengus halus sambil memeluk tubuhnya. Jungkook dijelingnya tajam.

"Memang! Menyampah gila!"

Jungkook gelak bila melihat wajah bengkek Hana itu. Puas hatinya kerana dapat mengenakan isterinya itu.

******
Tbc

Maaf chapt ni sikit hambar ye. 😊
Btw citer ni dalam otw nk tamat. Tpi sya xtau lagi nk buat ending dia cm mna. 😂

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum