Part 95

1.5K 68 0
                                    

HANA tersenyum manis sambil merakam Jungkook dan duo kembar yang bermain air pantai. Sesekali mereka bertiga saling menyiram antara satu sama lain. Selepas itu mereka bertiga tertawa tatkala melihat tubuh mereka yang sudah basah kuyup itu. Setelah itu, mereka bertiga mengambil port dipinggir pantai. Membina istana pasir.

"Comel." Hana tergelak kecil seraya menutup telefonnya dan diletakkan di sebelahnya. Dia membuka penutup bekas makanan yang terisi kimbab, sushi dan pau. Sekotak air soya, dibuka lalu tuangkan ke dalam cawan plastik.

"Mama!" Hana mengangkat kepala, menghalang ke hadapan. Dia mendapati JungHa dan JungNa berlari kearahnya dengan senyuman lebar, diikuti oleh Jungkook yang berjalan santai dari belakang duo kembar itu. Hana membalas senyuman kedua anaknya itu.

"Dah puas main air pantai?"

"Puas sangat mama, hehe." jawab mereka berdua serentak dengan girang. Jungkook dan Hana tersenyum melihat kedua anaknya.

"Meh sini mama keringkan rambut dan tubuh kamu berdua. Lepastu kita makan." kata Hana sambil mengeluarkan tuala bersih dari beg sandang.

JungHa dan JungNa mendudukkan diri mereka dihadapan mama mereka. Manakala Jungkook, duduk disebelah Hana sambil menunggu gilirannya.

"Dah siap!" Hana membalut tubuh JungHa dan JungNa dengan tuala bersih. Kemudian dia beralih ke arah Jungkook yang sedang memandangnya.

Jungkook hanya diam sambil merenung wajah Hana yang sedang mengeringkan rambut dan wajahnya dengan tuala. Hana yang berasa dipandang, terus menoleh. Mata mereka bertembung, sehinggalah Hana bertindak untuk melarikan pandangan matanya ke arah rambut Jungkook yang lebat itu. Jantungnya hampir gugur kerana ditenung begitu oleh suaminya itu.

"Dah siap. Jom kita makan pula." Hana melingkarkan tuala yang digunakan untuk mengeringkan rambut Jungkook ke leher lelaki itu. Hana tersenyum senget seraya memegang hujung tuala lalu ditarik mendekat kearahnya, membuatkan wajah mereka berdua berhadapan.

Hana memberikan ciuman keatas bibir suaminya sekilas lantas dia melepaskan pegangannya dari tuala tersebut lalu beralih ke arah JungHa dan JungNa yang sudah menjamu selera.

Jungkook menyentuh bibirnya yang dikucup oleh isterinya. Dia sedikit tersentak namun dia hanya senyap sambil mengukir senyum herot.

"Papa, lepasni kita nak ke mana pula? Ke balik?"

"Janganlah balik lagi papa, kitorang tak puas lagi jalan-jalan. Lagipun papa jarang keluar dengan kitorang, asyik dengan kerja ofis papa aje sampai takda masa untuk kitorang."

Jungkook terdiam sebaik sahaja mendengar luahan hati JungHa dan JungNa. Hana juga turut terdiam sambil memandang Jungkook.

"Hmm. Papa minta maaf ya, sebab sibuk akhir-akhir ini. Papa pun dah muak asyik hadap benda sama kat ofis tu. Papa cuma nak luangkan masa bersama dengan korang aje. Tapi apakah daya, dah tanggungjawab papa. Kalau papa tak kerja dan duduk rumah sambil goyang kaki kamu nak makan apa? Makan pasir dan batu?"

Kepala JungHa dan JungNa tergeleng-geleng.

"Tak nak."

Jungkook dan Hana tersenyum kecil. Lalu Jungkook berkata.

"Hmm. Tau pun tak nak. So, nanti kalau kamu berdua dah besar dan berkeluarga. Kamu berdua akan tau apa yang papa rasa ni. Hmm. Papa akan tembuskan kesalahan papa, korang nak pergi mana papa akan tunaikan. Harini biar papa jadi drive korang bertiga untuk bawa korang ke tempat yang korang nak pergi. Pembelanjaan korang juga papa yang tanggung, tapi bukannya papa dah tanggung korang ke sebelum ni?" kata Jungkook.

"Memang pun, baru perasan ke?" kata Hana menyakat Jungkook. Jungkook menjeling kesal.

"Papa kita pergi Lotte World nak tak?" JungHa memberikan cadangan untuk destinasi mereka berempat selepas ini.

"Boleh lah papa. Kita pergi Lotte World. Kitorang dah lama tak pergi sana, last pergi pun dua tahun lepas." kata JungNa dengan muka minta belas kasihan.

Jungkook mencubit pipi JungNa seraya mengangguk kepala dengan senyum manis.

"Yelah, yelah. Kita pergi Lotte World lepasni ye?"

"Yeah! Thanks papa, ni yang buatkan kitorang makin sayang papa ni!"

"Sebelum ni tak sayang lah?"

"Tak!" jawab JungHa dan JungNa selamba dengan gelak nakal sambil ber'high five' riang. Suka betul mereka berdua dapat mengenakan Jungkook, tambahan pula dapat melihat wajah papanya yang monyok itu kerana merajuk.

Hana hanya tersenyum melihat mereka bertiga. Hati Hana berasa gembira dan dia bersyukur dapat berdampingan dengan orang yang amat dia sayang itu. Dia berharap sangat, yang kebahagiaan mereka sekeluarga dapat dikekalkan buat selamanya.

*******
Tbc

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now