Part 23

3.2K 129 3
                                    

"ABE WEI! Cepatlah kito nok sampai doh ni kat bilik!" Jerit Hana yang berjalan laju dihadapan Jungkook.

Kerut seribu dahi Jungkook, mendengar perkataan yang terasa asing dipendengarannya.

"Bahasa apa kau guna tu?"

"Bahasa cinta kita berdua achia chia chia!" Gelak Hana.

"Aku ingat bahasa orang sakit mentallah tadi, mana tau kan wayar otak kau terputus ke tu sebab mental kau kurang sihat."

Jungkook menyindir sedas. Hana yang sedang seronok gelak, kendur setelah mendengar kata-kata sinis suaminya itu.

"Dasar anak jebon!"

"Apa kau kata?"

"Jebon!!" Jerit Hana lantang. Lidahnya dijelirkan kepada Jungkook.

"Apa!!"

"Jebon. Jebon. Jebon bon bon! Hahahahanat!"

Hana melarikan diri dengan susah payah sambil menarik beg roda warna pink miliknya. Dia gelak seakan mengejek Jungkook.

"Kuangjak betul kau budak! Sini kau setan kecil!!"

•••••

"ABANG JUNGKOOKIE!! Say hello to camera!!" Kata Hana separuh menjerit, berlari anak mengikut langkah Jungkook dihadapan.

Kini mereka berdua mengambil angin petang disebuah pantai di Jeju Island.

"Sibuk ar kau ni budak. Jauhlah." Jungkook menjeling seraya mengelat daripada dirakam.

"Alah. Kekanda Kookie kesayangan adinda cepat lah, tengok kat sini wahai kandaku yang terlanjak hensem." Hana memujuk. Camera Canon yang tergantung dileher, dihala ke wajah Jungkook.

Jungkook mencebik.

"Kekanda, adinda pala bana kau. Blah, jangan ganggu aku. Sibuk ar, aku cakap tak nak maksudnya tak nak lah!"

Jungkook tanpa sengaja membentak Hana membuatkan gadis itu tersentak. Wajah Hana sedikit berubah bila dibentak begitu.

"Sorry. Tak ganggu dah. Bla luh!" Kata Hana dengan nada suara seakan berkecil hati. Ya, dia sedikit terasa dengan Jungkook.

"Shit!" Jungkook meraup rambutnya kebelakang kasar. Pasir pantai disepaknya.

"Kanda!!"

"Opocot mak kau tak pakai baju!!" Jungkook mengusap dadanya agar dapat menenangkan diri. Dia berbalik kebelakang apabila mendengar suara orang ketawa.

"Yah! Kalau aku terkeju kat sini acaner? Kau nak tanggung jawab?"

"Alololo. kalau kanda jadi keju kat sini, dinda bawa lah keju version Kanda masuk bilik kita. Boleh lah dinda makan keju version Kanda tu." Seloroh Hana selamba.

Jungkook ketap bibir geram. Berasa nak campak masuk ke dalam pantai sahaja minah dekat depannya ini, tapi disabarkan juga hatinya. Dia masih suami yang soleh ok?

"Bla lah. Tadi bukan kau merajuk ke?"

"Tak jadilah kanda. Kalau dinda merajuk pun bukannya ada orang pujuk pun, nak harapkan kanda pujuk dinda? Hmm. Kesudahlah tak terpujuknya dinda ni." Bidas Hana selamba. Jungkook hanya mencebik.

"Kalau kau dah tau, kenapa kau nak merajuk juga kalau dah tau yang aku tak kan pujuk kau." Jungkook kembali membidas kata-kata Hana.

Kini Hana pula yang mengigit bibirnya kerana geram. Belum sempat dia mahu membalas, Jungkook dah buat dia terpaku sejenak.

"Sorry adinda, Kanda minta maaf ye? Jangan majuk lagi ye? Sorry, sorry, sorry dinda, dinda, dinda kesayangan kanda." Tangannya mengusap rambut Hana sambil tersenyum manis.

Tidak berkedip mata Hana melihat gelagat spontan Jungkook itu. Dia memegang hidungnya yang mengeluarkan darah.

"Dinda, hidung dinda berdarah!"

"Eh? Jungkook oppa." Tubuh Hana menghempas ke tubuh Jungkook. Dia pengsan.

"Hana? Hana yah! Bangunlah wei, kau jangan main-main pengsan pula wei!! Oh dinda kau boleh pengsan pulak."

*****
Tbc 👋

Sorry for late update. Idea xde hehe. Btw, hope you like it. Sorry kependekan 🙏.

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now