Part 60

2K 73 3
                                    

JUNGKOOK melirik Jimin yang terlena disofa. Jam dinding dikerling sekilas. Pukul 1 setengah petang.

Dia memandang segenap ruangan wad itu. Tiada sesiapa melainkan Jimin dan dia sahaja dalam bilik itu.

Perlahan-lahan, Jungkook turun dari katil. Dia membawa selimut ke arah Jimin, lantas dia menyelimuti tubuh lelaki itu. Bibirnya mengulas senyum kecil.

"Aku pergi dulu ye hyung, bye."

Jungkook melihat wajah Jimin buat seketika, lalu dia berjalan keluar dari wad tersebut. Disaat, dia menutup pintu dan berpaling untuk pergi. Dia dikejutkan oleh Daniel yang berdiri dibelakangnya sejurus memandangnya dengan mata dikecilkan.

"Hyung kau ni, terkejut aku tau tak?" Jungkook menolak bahu Daniel perlahan, dan berjalan santai seolah-olah tidak ada apa-apa.

"Jungkook.." Daniel tidak jadi bersuara bila Jungkook berpaling ke arahnya, dengan senyum bunny.

"Asal kau senyum macam tu?" Kata Daniel hairan.

"Aku nak minta maaf aje, sebab ambil dompet hyung tanpa izin hari tu. Aku tak curi tau, aku cuma pinjam aje. Nanti aku pulangkan balik ye? Oh, aku lupa dompet kau ada kat rumah Hoseok hyung. Hehe."

Jungkook tersengih-sengih macam kerang wangi kepada Daniel. Lelaki itu mendengus halus.

"Whatever. Aku tak kisah kau nak curi ke pinjam ke, aku tak kisah. Yang penting sekarang, kau nak ke mana huh? Dengan berkaki ayam kau itu?"

Jungkook segera menunduk, melihat kakinya yang berbalut itu tidak dikenakan selipar. Dia tersengih-sengih kepada Daniel. Tangannya ditarik Daniel, dia hanya menurut bila Daniel minta dia duduk dikerusi.

"Sini kaki kau,"

Jungkook memandang Daniel bingung yang berlutut dihadapannya, dengan kepala melentok ke kiri.

"Kenapa hyung?" Jungkook dibuat terkejut bila melihat Daniel melepaskan kasutnya sendiri, lalu dipakaikan ke kakinya.

Jungkook melarikan kaki kanannya, untuk menghindari daripada dipakaikan kasut.

"Hyung.. habis kau nak pakai apa kalau kau bagi aku pakai kasut kau? Pakai stoking?" Matanya mengerling sekilas stoking warna kelabu yang tersarung dikaki Daniel.

"Ish! Mari kaki kau," rungut Daniel. Meraih kaki kanan Jungkook yang sempat dilarikan oleh empunya.

"Tapi hyung.."

"Aku tak nak kaki kau terluka lagi, tengok kaki kau ni. Kan dah berbalut sebab perangai cuai kau tu, yang nak larikan diri dari hospital sampai tak menyempat nak pakai selipar." Bebel Daniel.

Tepat mengenai hidung Jungkook, yang tersengih lesu itu.

Jungkook menunduk.

"Maaf."

"Hmm. Oklah, aku maafkan kau. Tapi, boleh kau kasi tau aku. Kau nak pergi mana pula ni? Nak larikan diri lagi?" Kata Daniel sedikit menyindir.

Dia bangun daripada berlutut dilantai setelah selesai memakaikan kasut kepada Jungkook, lantas melabuh duduk disebelah Jungkook.

"Aku nak balik."

"Aku hantarkan."

Jungkook memandang Daniel disebelah.

"Apa boleh?" Daniel mengangguk.

"Boleh. Kenapa tak boleh, tapi dengan satu syarat."

Jungkook sudah mengeluh kecil bila mendengar Daniel meletakkan sebuah syarat.

"Ada syarat-syarat lah pula."

"Mesti lah."

Jungkook menjulingkan matanya. Daniel hanya tersenyum senget.

"Apa syaratnya?"

"Aku tak minta banyak pun, cukup jaga diri kau dengan baik. Aku tak nak kau sakit lagi, aku sayang kau tau tak?"

Jungkook merenung wajah Daniel dalam-dalam, tidak lama kemudian dia mengangguk kepala dengan senyum lebar.

"Baik hyung. Aku pun sayang kau juga."

Daniel membalas senyuman Jungkook. Lantas tangan Jungkook diraih.

"Jom. Aku hantar kau balik."

••••••

"THANKS hyung. Sebab hantarkan aku."

Daniel mengangguk kepala dengan senyum nipis.

"No hal lah. By the way, aku lupa pasal kawan-kawan kau tu. Dia tak risau ke nanti, tengok-tengok kau dah mengaib dari wad tu?"

"Oh! Pasal tu, kau tak payah risau. Nanti aku call mereka,"

Kepala Daniel terangguk sekali lagi.

"Hyung aku masuk dulu ye? Hmm, hyung tak nak singgah dulu?" Kata Jungkook, memandang ke arah Daniel.

Daniel menggelengkan kepala.

"Aku ada meeting kejap lagi, sorry ok?"

Jungkook tersenyum.

"It's okay hyung. Tak perlu minta maaf, aku faham orang yang bekerjaya macam hyung ni." Kata Jungkook.

Daniel tergelak kecil dan mencubit pipi Jungkook yang tirus itu perlahan.

"Whatever. Dah, kau pergilah masuk. Aku pasti kau kuat, menghadapi semua dugaan ini. Aku sayang kau."

"Hmm! Aku pun sayang hyung juga." Balas Jungkook sambil membuka pintu kereta dan dia keluar dari perut kereta. Dia pandang Daniel melalui jendela kereta.

"Thanks again hyung. Nanti aku belanja kau makan."

"Selepas kau sembuh dan sihat macam sebelum ni, baru kau boleh belanja aku. Oklah, Jungkookie aku gerak dulu. Jaga diri tau."

"Ya. Hyung pun sama, hati-hati bawa kereta."

Daniel tersengih lalu melambaikan tangan kepada Jungkook dan mengerakkan keretanya pergi dari kawasan perumahan itu.

Jungkook memandang kereta Daniel hingga menghilang daripada pandangan matanya.

Dia merenung rumah banglo yang berdiri megah dihadapannya itu.

"Apa, appa dan omma dah tau pasal ni? Aku rasa macam diorang dah tau aje."

Jungkook melangkahkan kaki menuju ke pintu pagar kecil, yang bersebelah dengan pagar besar yang menjulang tinggi itu.

Matanya menatap hairan ke arah sebuah kereta yang terparkir dihalaman rumah keluarganya itu.

"Macam pernah tengok, bukan ke tu kereta parents Hana? Diorang buat apa kat sini? Apa Hana juga ada?" Bisik Jungkook. Dengan perlahan dia menuju ke pintu rumah.

Tombol pintu dipulas, dia menolak daun pintu secara perlahan. Kakinya menapak masuk.

"Jeon Jungkook? Kamu baru ingat nak balik ke rumah? Best ke bermadu asmara cinta dengan pompuan jalang tu?"

Suara memetir yang nyaring menyambut kedatangannya. Jungkook tersentak memandang ke arah ruang tamu. Dia mendapati, kedua belah keluarganya dan keluarga Hana berkumpul diruang tamu.

Dia sempat mengerling Hana yang duduk disebelah Puan Kim, isterinya tidak sedikit pun memandang ke arahnya. Dia tersenyum perit.

*******
Tbc 👋

Actually, sya nak update selepas maghrib. But, sya tertidur pula. Hehe. 😅

Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Kde žijí příběhy. Začni objevovat