Part 87

1.7K 69 3
                                    

HANA tersedar daripada tidurnya apabila telinganya samar-samar mendengar suara merdu seseorang yang sedang menyanyi.

Matanya ditenyeh sejenak, lalu matanya dicelik. Dipandang kearah suara yang menyanyi itu. Seketika kemudian Hana mengukirkan sebuah senyuman sumbing, tatkala matanya menangkap susuk tubuh Jungkook yang sedang mendukung si kembar di kiri dan kanannya sambil memdodoikan sebuah lagu agar JungHa dan JungNa berhenti daripada menangis.

Hana mengerling jam yang tergantung didinding, angka menunjukkan pukul 3 pagi.

"Shh! Anak-anak papa janganlah nangis, nanti mama kamu tersedar daripada tidur macam mana? Berhentilah menangis, dah tak comel anak-anak papa ni. No, no, no." kata Jungkook mencuba memujuk si duo kembar itu agar berhenti menangis.

Dipandang JungHa dan JungNa dengan penuh kasih sayang, yang berada di dukungannya itu. Pipi tembam kedua anaknya itu, diciumnya bertubi-tubi kerana geram.

Secara tiba-tiba JungHa dan JungNa berhenti daripada menangis, lalu digantikan dengan gelak tawa daripada mereka berdua bila melihat wajah acah garang papa mereka itu.

Tangan mungil mereka, tergapai-gapai sekadar untuk menyentuh wajah papanya.

Senyuman Jungkook terukir dengan gelak kecil, melihat gelagat duo kembar yang tidak seiras itu. Jungkook mengalihkan pandangannya daripada JungHa dan JungNa bila terdengar suara gelak seseorang.

Dia mendapati Hana yang sedang memandang kearahnya dengan senyuman tersungging dibibir.

"Sayang, kanda ganggu tidur dinda ke? Sorry eh?" kata Jungkook dengan nada suara yang bersalah. Hana segera menggelengkan kepalanya.

"It's okay lah. Si kembar terjaga ke?"

Soalan Hana dibalas dengan anggukkan daripada Jungkook.

"Ha'ah. Dalam pukul dua setengah, kebetulan time tu kanda tersedar nak ke tandas." jawab Jungkook seraya melabuhkan duduk di birai katil.

"Oh macam tu. Meh sini si duo kembar tu, mesti mereka haus tu sebab mereka sedar." Hana bangun dari pembaringan lalu duduk bersila. Dia segera mengambil salah seorang dari duo kembar itu daripada dukungan suaminya itu.

Jungkook segera membuang pandangan kearah lain, sebaik sahaja Hana mahu menyusukan JungHa. Dia berdeham dengan pipi sedikit berbahang.

JungNa yang berada di dukungannya itu, dipandang sayang. Wajah mungil itu, dikucupnya. Membuatkan si kecil itu tergelak, menampakkan gusinya yang comel itu.

"Anak papa ni nakal ya?" digomol kedua belah pipi tembam yang kemerah-merahan JungNa itu, menghasilkan gelak daripada si kecil.

"Ikut perangai siapa ya?" usik Hana nakal, mengerling Jungkook yang duduk membelakanginya itu.

"Perangai siapa lagi, kalau bukan ikut perangai dinda kan? Sebab budak sorang tukan nakalnya, masyaAllah!  Hanya Tuhan sahaja yang tahu, bertapa nakal tahap nak mampus. Asyik nak usik orang dan gatalnya macam ulat belucas naik daun." bidas Jungkook selamba badaknya, tanpa memandang Hana.

Hana merengus halus, kerana kata-kata Jungkook barusan, yang sangat tepat mengenai hidung mancungnya. JungHa yang sudah terlena kembali, kerana kekenyangan itu diletakkan di sebelahnya.

"Eleh! Dia pun sama, dua kali lima aje." bibirnya dijuih. Bahu Jungkook ditunjal perlahan, membuatkan lelaki itu memangut pandang kearahnya dengan kening diangkat sebelah.

"Betul bukan? Dinda lagi nakal, daripada kanda okey." ejek Jungkook dengan senyuman herot. Keningnya dijungkit beberapa kali, dengan nakalnya.

Hana hanya menjeling Jungkook menyampah, mukanya masam. Jungkook tergelak melihat wajah Hana yang masam mencuka itu.

JungNa yang berada di dukungan Jungkook diambil. Jungkook hanya membiarkan sahaja, seraya beranjak naik ke atas katil. Dia duduk berhadapan dengan Hana.

"Perangai kita sama aje nakalnya, so tak payah nak nafikan hakikatnya." rungut Hana kesal.

Jungkook hanya mendiamkan diri, tidak menyahut kata-kata Hana. Dia hanya memandang Hana yang sedang menyusukan JungNa, dengan kedua pipinya berona merah.

Kemudian, Jungkook mengalihkan pandangan mata ke arah JungHa yang sudah tidur dengan nyenyaknya. Dia tersenyum kecil. Dahi si kecil itu, dikucup lembut.

"Kenapa senyap?" Hana bertanya, apabila perasaan akan suaminya yang diam itu. Dipandang Jungkook yang sedang bermain dengan jari-jemari mungil JungHa.

"Malas nak layan." ringkas sahaja Jungkook menjawab dengan wajah bersahaja. Hana berdecit perlahan. Pipi Jungkook dijadikan mangsa jari ketamnya, kerana geram.

Jungkook tergelak, sejurus menepis lembut tangan Hana yang masih setia mencubit pipinya yang mula berubah warna merah-kemerahan.

"Taulah pipi kita ni tembam, tak payah lah jeles. Asyik nak cubit aje, sakitlah bodoh." bebel Jungkook sebal, kerana pipinya asyik dijadikan mangsa oleh jari ketam isterinya itu.

Hana menggulingkan biji matanya, seraya membetulkan baju tidurnya. JungNa yang sudah terlena kembali, diletak disebelah JungHa.

Jungkook tergelak kecil bila JungNa sendawa, manakala Hana hanya tersenyum dengan kepala digeleng.

"Dahlah, jom tidur." kata Hana. Lantas dia merebahkan tubuhnya mengadap JungHa, begitu juga Jungkook.

"Hmm. Goodnight my duo polar bear." kata Jungkook, seraya mengucup pipi JungHa dan JungNa.

Mata Hana membulat sebaik sahaja mendengar panggilan Jungkook terhadap si duo kembar itu.

"Polar bear? Kanda ingat anak kita ni anak beruang ke?"

"Ha'ah. Bukan dinda, mama beruang ke?"

Hana memandang Jungkook datar.

"Haram."

Hana hanya mampu merengus bila mendapati Jungkook sudah terlena, tidak sampai satu saat. Cepat betul.

"Dasar bapak polar bear kutub selatan."

******
Tbc

******Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Lecturerku, Suami Aku (J.J.K FF) [C]√Where stories live. Discover now